Friday, July 13, 2012

Belajar Buat Apam Pokadot dan Coklat Buatan Tangan

Assalamualaikum ,


: )


Sebenarnya belajar benda baru ni seronok sangat. Tambah-tambah lagi belajar perkara yang kita suka. Dan paling best kita rasa seronok. Hehe. : )

Sementara nak tunggu result upu yang lamooo gilorrr nak keluar tu, aku lepak2 la dulu cari ilmu baru. Bosan derr duduk rumah goyang kaki sahaja. Walaupon macam best, tapi sebenarnya BOSAN! Happy die sekejap jep. So untuk menghilang kan rasa kebosanan yang tahap kritikal pergilah aku mengembara mencari benda baru. Hak3. Bajet pergi ke negara China. Iyalah menuntut ilmu sehingga ke negeri China ye dokk?? Hehe.

Belajar Buat Apam Pokadot


Belajar masak memasak nih best sangat. Even belajar jenguk-jenguk buku jep. Tambah lagi bila kita belajar dan resepi kita tu menjadi. Hehe. Dulukan first time aku jumpa apam pokadot nih aku rasa pelik. Aku fikir nih apam ke? Kenapa pelik sangat? Ada dot-dot lepas tuh warna-warni lagi. First time tu rasa was-was giler nak makan. Sebab comel sangat pon iye sebab terlalu pelik dan warna-warni pon ada.

Tapi sekarang tak lagi. Aku rasa tak pelik dan tak tertanya-tanya lagi. Haha. Makan dengan penoh konfiden dan keasyikan. Haha. Sebab baru aku tahu rupanya ianya kuih apam pokadot. Ala-ala adik-beradik kuih apom (eja apom ke apam?? ). 


Belajar buat kuih apam pokadot nih mula sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang. Tapi sekarang dah lain sebab macam best dapat buat benda baru dalam hidup. Nampak sangat tak pernah buat kuih. Hua3.




Sebelum kukus..tapi ini bukan aku buat..hehe



Lepas kukus...macam-macam corak ada..mengikut kreatviti masing-masing.. : )



Warna-warni ; )



Dengan muka kebanggaan dapat siapkan banyak giler apam pokadot..hak3..padahal campur orang lain punyer sekali.. ;P



Cik Afiza jugak tidak ketinggalan :D




Corak strawberi kaler pelik tu dengan bentuk hati merah tu aku buat. Kreatif tak? Hak3


Sebenarnya macam-macam corak boleh nak buat. Tapi nanti tak boleh panggil apam pokadot dah la panggil corak suka hati I lahh..Hahaha..Okayy tak lawak. =,= " Kalau bosan boleh la try. Hehe. : )


Coklat Buatan Tangan

Wahh belajar buat coklat very kevavvomm!! Opps bahasa apa tuh? Hak3..Hentam sajalah labu. :D Siapa tak suka makan coklat ? Haa Haa Haa...jangan tak suka wei sedapp oooo.. tak caye? Try la pi kedai beli dan makan. Haa sedapkan? Heeee~~

Sebenarnya dah lama dan teringin sangat nak belajar buat coklat hasil buatan tanganku sendiri ahakzz. : ) Then bila ada peluang bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang mengantuk disorongkan  bantal, haa apa lagi peribahasa boleh digunakan...ermmm...heee tak ingat dah...haaa macam tu lah perasaanya. best gilerrww.. Hua3 :P

Macam-macam aku belajar. Coklat buatan tangan yang kita makan tu rupanya tak sama dengan coklat masakan. Heh ke aku sorang je fikir selama ni coklat buatan tangan tu guna coklat masakan =,=" Atotototoyy~~ Coklat buatan tangan nih guna coklat compound, ada macam-macam jenis white coklat, dark coklat, milk coklat. Jangan risau coklat-coklat ini boleh didapati di kedai yang jual barang-barang buat kek. Cuma balik rumah cairkan dan langsungkan kreativiti yang anda suka. Ceewahhhh!! :D



Cantik tak? :D




Kalau suka bolehlah tambah hazelnut..tapi nak makan hazelnut macam tu saja pon bolehh..macam aku..kah3




Ni antara corak lain..boleh tambah warna..Bentuk pon boleh buat suka hati.. ; )


Serius lorr best sangat. Rasa macam senang sangat. Tuang coklat dalam acuan, ketuk-ketuk, bubuh dalam freezer, lukis corak suka hati kau, tunggu sampai keras sikit, then ngapp! Hak3! :D Senangkan? Senangkan? Hehe. Trylahh nanti. Hehe.

Selain belajar buat coklat untuk dimakan aku belajar jugak nak hias coklat. Hias cantik-cantik jadi macam jambangan bunga. Seronok sebab senang rupa-rupanya. Tapi tengok memang senang. Dapat kat tangan aku ermm tengok takda selera orang nak beli. Sebab tak berupa. Hahaha. Haa lagi satu belajar buat lolichoc. Ni kalau budak-budak tengok sure terpegun habis! Rasa bukan budak-budak je mak budak kakak budak, abang budak pon mesti suka. Sebab apa? sebab die menarik giler! Tapi alaaa tak tangkap gambar pon nak tunjuk.Tapi ni aku search kt google.



lolichoc

Then belajar juga buat coklat cornflakes raya. Ni lagi senang. Bubuh cornflakes bubuh coklat, lepas tuh letak dalam freezer. Then ngapp! Sedapp kot. Nanti raya nak try buat. Takda gambar nak tunjuk sebab taksub nak makan. Hahaha. Okayy tipu. Sebab bateri dah lemah. takda chance nak tunjukkan. Hek3. Imagine sajalahkan. Hehe. Selain boeh dijadikan hobi dan makanan feveret boleh dibuat jual jugak kot. Serius kalau kita kreatif lagi bagus. Boleh masyukkk~~ Hohoho. 


P/S : Lepas ni nak pergi kelas buat kek pulak..hahaha..Memang pulun.. :D
















TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, July 6, 2012

Ting Tong Random

Assalamualaikum ,



Tiap kali kalau nak tulis benda baru :

" ................"

" ishh tak boleh tulis macam nih..(backspace 5x) "

" ( idea hilang secara tiba-tiba ) "

" skemanye ayat "

" (idea keluar meluap-luap macam pop corn tanpa henti ) "

dan

menghasilkan karya yang bukan tulus dari hati.

Tak tahu apa masalahnya. Apa yang ditakot sangat pon tak tau. Dan kemudian yang membacanya tak faham. Dan terus beredar. Mencari perkara yang lebih baik untuk dibaca.




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, July 2, 2012

Much Random

Assalamualaikum ,




Hurmm rasakan macam nak lari jauh-jauh je. Delete akaun fb, blog (mungkin), off hp. Lari jauh-jauh dari semua orang. Cari kehidupan baru. Kadang rasa macam benci , annoying , geram , malas...dengan keadaan sekeliling sekarang. Semua orang ada hal. Busy. So why i should not have buzy life too? Yeahh dengan melarikan diri dari realiti kehidupan sekarang.

Tapi aku je macam tak sanggup. There always have sweet part in a bitter life. So jangan putus asa. Mereka tidak menarik aku akan menarikkan. Styling your life. Huhhhhhh ! : (

Losing my temper. So tak elok. Jalan-jalan cari makan mungkin best. Belajar menghormati.







P/S : Look , think , stay cool then take an action!

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)