Tuesday, June 25, 2013

Jerebu, Kelas Cancel

Assalamualaikum ,


:)


Hai! Dah lama tak tulis kat blog. Rindu kat blog. Hehe. Sekarang musim err digelar musim ke? Huhu tak tau lah. Sekarang jerebu telah kembali. Teruk jugak aku tengok kat luar. Asap jerebu tu sampai masuk rumah. So keluar ke tak keluar ke sama je. Tapi tak seteruk kat luar la. Tapi sekarang tengah hujan. Alhamdulilah hujan. Dapatlah kurangkan sedikit jerebu. Jerebu ni menyebabkan banyak kerja tergendala. Aku pulak tak beli lagi mask. Memang tak keluar mana la jawabnya. Kelas pon takde hari ni. Hehehe. Dah la hari ini ade kuiz business math. Rasa macam dalam rasa tak seronok tu, seronok jugaklah. Hehe! ;)

Okey lagi sekali. Aku banyak sangat nak cerita tapi cerita aku selalu tak sampai. Sebab aku suka bercerita ada intonasi sikit taip ni aku tak pro lagi nak buat intonasi. Tapi aku tetap nak taip jugak iyelah takde siapa nak dengar celoteh aku ni kan. :P Ermm dah berapa bulan dah ek aku duduk sini.? 1..2..3..hmm nak masuk tiga bulan dah! Wow!..Kejap je masa berlalu. Well dah tinggal lama sini macam-macam cerita menarik yang berlaku. Seronok , tak seronok. rasa nak balik. masalah jiwa, masalah tu, masalah ni..aishh macam-macam la. Sejak tinggal sini aku pon lebih kenal diri aku. Aku pon belajar ringankan mulut padahal aku tak suka bercakap.

Perangai. Kan kalau nak cerita pasal perangai memang sampai bila tak terhabis. Yelah kita tinggal serumah dengan orang yang kita tak berapa kenal dan sekarang semakin dan sedang lebih mengenali antara satu sama lain. :) Hmm aku tak suka nak hal-hal yang the bad site yang sangat menyakitkan hati aku. Tak baik la pulak. Sebab nanti aku akan privatekan post ni. Cukuplah Allah sahaja yang tahu. Aku juga tak sempurna. Baik-baik aku, aku pon ada perasaan, jangan sampai tak pernah tengok aku marah, tetibe dapat tengok pulak. Aku pon tahu bebai jugak laa wei! Okey sekian ;)



P/S : Jangan mudah melihat keburukan orang lain, seolah-olah tiada sekelumit kebaikan dalam diri dia...mari muhasabah diri! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)