Sunday, January 8, 2017

SS

Assalamualaikum,




:)



Bertemu lagi di tahun 2017 ni. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menulis diblog ni, Tak sangka pulak aku masih taklupa password nak access blog ni haha. Lama kot aku tinggalkan blog ni. Daripada last post, sampai la post ni. Dah 2017 dah. Mananya nak update hari-hari tu sangat. Hahaha. Update setiap tahun ada la.. Hee~~

Tahun baru azam baru. Cita-cita baru..Hehh cita-cita baru ye. Cita-cita lama ape cerita? Hehe. Yeah kejapkan je rasa masa berlalu. Manusia pun berubah. Kedaan sekeliling pun berubah. :)

Untuk yang macam aku tak seperti tidak sedar diri untuk berubah, amat terasa la segala perubahan. Daripada manusia hingga laa ke keadaan sekeliling. Haishhh.. Ni rasanya bila orang cakap " Bestnya zaman sekolah dulu, rasa nak balik zaman sekolah.." Masa aku sekloah dulu aku tak faham kenapa la orang nak balik zaman sekolah. Dah kerja la syok. Dapat kumpul duit. Dapat beli macam-macam. Haha. Tapi bila dah membesar ni rasa kenangan masa kecik tu lagi best. Tak pusing-pusing nak fikir pasal duit. Pasal tu pasal ni. Tapi ada benda memang la kena berubah ye tak. Takkan la kau nak jadi budak kecik je selama-lamanya. Ada benda indah. Ada benda tak indah. Hidup bagaikan roda.

Di usia yang meningkat ni, memang mengajar aku banyak perkara. (dah mula dah ayat baku) Macam-macam. Macam-macam situasi yang rasa macam nak nangis,terharu, menyakitkan hati, dan macam-macamlah. Ini lah hidup.

Umur dah meningkat. Haha. Hehh..Kerjaya yang actually belum stabil. Kewangan yang masih tunggang langgang. Masa depan yang samar-samar. Dah tahun baru dah ni pon hah..Acano tu yo?

What do you want?

Entahla kadang rasa nak cakap kat orang, "Pray for Me"

Di kemuncak hidup yang nak ke turning point, tapi turning point masih nampak kabur.

......


Kerja hari ni, seem like sigh...~~~



TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, September 18, 2016

BEGINNING

Assalamualaikum,  :)



Lamanya tak tulis blog. Nak cakap sibuk takda la sibuk mana. Rindunya nak menulis balik. Macam biasa niat nak tulis tu selalu terbantut. Ada ja benda dan rintangan kalau nak bukak blog. Aku ingat nak la cuba aktif tulis balik. Takpalah kalau takda yang nak baca sekalipun sebab blog ni pun lebih kurang suka-suka ja. Nak mengasah bakat kononnya. Haha.

Entry ni permulaan untuk tahun 2016. Haha. Betoii tu 2016 nak habis kauu baru nakk mula?? Pigidahhh! Haha. Banyak idea nak tulis tapikan idea tu selalu datang tak kena masa. Contoh dalam kereta. Tengah-tengah syok melayan jiwa dengar lagu mai pulak idea yang menarik. Tapi sayangnya tak dapat nak zahir terus dan idea tu pon lama- lama fade awayyy..haa dah macam lagu kauu..haa cerita pasal lagu, sekarang ni banyak lagu best2. Aku tak la terlalu minat hiphop tapi bila mai tang mood nak seronok kadang-kadang hip hop ni perlu. Damn..opps..Ciss banyak lagu bermain kat kepala aku berebut-rebut nak keluaq. Tapi sayangnya aku tak tau tajuk lagunya. So nyanyi2 gitu2 je la dalam kepala. Pernah dengar lagu fantastic baby? haa lagu tu pun aku layan. dance, i want dance dance dance..tu je la yang aku tau haha..

Okeyy setakat tu je la dulu untuk beginning aku. Aku harap idea nak tulis tu takkan faded away dah la lepas ni. kalau boleh nak setiap hari ada entry nak tulis. Takpa aku catat la kat mana2 yang patut dulu sebelum aku zahirkan kat blog ni ye tak.? We will see...hehe ;) Okeyy adioss!
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, November 14, 2015

Mencari Tempat Praktikal

Assalamualaikum,



:)



Aduhhh....pening toii toii toiii...Aku masih lagi tak jumpa tempat praktikal. Dengan assigment yang due date dah dekat yang banyakkkkkkk gilerr aku tak siapkan lagi..haishh..meluah perasaan. Selama ni aku tengok senang je orang nak cari tempat praktikal. Tanya si polan, " Kita praktikal kat sini sini je awak.." "Eh jauh la tempat praktikal dengan rumah" "Eh best la praktikal kat sini.." "Mana ye nak cari rumah sewa sebab saya dapat praktikal kat sini" dan sebagainya dan ayat yang lebih kurang dengannya. Bilakah aku dapat cakap macam tu? Haaaaa!! Entah apa-apa..sakit kepala!

So as conclusion tak semua yang kita lihat mudah bagi orang lain, mudah juga untuk kita. Selain itu benda takkan jadi mudah dan senang kalau kita malas berusaha. Maybe aku patut lebihkan usaha lagi. Make an effort! 200%!
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)