Monday, October 8, 2012

Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum ,



Ini adalah first entry selepas aku kehilangan ayah buat selama-lamanya pada 5 Oktober yang lalu. Sebenarnya aku tak tau nak nak explain macam mana perasaan aku sebenarnya. Kalau nak cakap sedih tu sememangnya sedih. Tapi aku redha. Sudah tertulis ajal ayah sampai pada waktu tersebut. Aku sebagai anak apa yang boleh aku buat adalah selalu berdoa untuk ayah aku. Doa untuk kesejahteraan ayah. Sentiasa jaga diri sebagai anak perempuan.

Kehilangan ini memang aku tak pernah jangka. Selama ni ayah sakit. Jadi mungkin susah aku nak sedar apa yang lainnya daripada ayah. Aku sedikit dan sangat terkilan sebab sewaktu ayah menghembuskan nafas terakhir aku tiada disisi. Selama ayah sakit aku ada disisi ayah tapi apabila tiba waktu ayah nak 'pergi' aku tiada. Tapi aku redha ketentuan Ilahi. Siapalah aku untuk menghalang rencanaNya. Aku cuba apa yang aku termampu.


Al-Fatihah.


P/S : Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dan kata-kata nasihat. Tak lupa juga ucapan takziah dan sedekah al-Fatihah kepada ayah. Aku sangat menghargai. :')






TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)