Friday, December 21, 2012

Patah Hati, Jahit Manik, Plan A ke Plan B..

Assalamualaikum ,


: )


Hai lamanya tak update kat blog. Hehe. Well tak ada benda nak taip jadi tak update ler. : )

Patah hati. Memang sakit giler bila dah patah hati. Rasa macam kelabu jugak la hidup ni dalam 40 saat gitu. 40 saat per sehari. Haha. Jiwa kacau memang jiwa kacau. Aku pon tak tau la macam mana la aku boleh tetibe patah hati ni. Haishh. Tapi serius rasa macam mayat hidup pon ada. Makan tak lalu, mandi tak basah, nak online pon takda mood. Haaa. Memang sakit. Tu la jadinya bila aku gagal kawal hati aku menyebabkan sampai patah bukan patah seribu macam lagu Shila Amzah tu, tapi patah banyak ribu daa. Sekarang pon aku tengah lawan dan lawan dan lawan tak nak jadi macam mayat hidup tu dah. Tak cool. Tak sosial. Huhu. Tapi kan bila aku fikir luar dari kotak fikiran aku, rasa macam kelakar dan geli hati pon ada. Sebab? Sebab benda ni tak patut pon aku patah hati. Ini semua hanya sebab obsesi yang melampau dan lupa yang aku masih ada masa depan untuk dilukis. So sekarang kita enjoyyy!!! walau dalam patah hati... : )


Okeyh hari tu kan aku ada masuk kelas. Kelas apa? Aku belom sambung belajar lagi tapi dah masok kelas. Hehe. Saya suka saya suka. Terus terang la aku cakap duduk rumah goyang kaki memang bestt tapi tak ada faedah langsung. Rasa macam kau la manusia paling rugi dalam dunia ni. Yelah muda goyang kaki, tua makan kaki. Haa nak macam tu? Tak da masa depan..Masa muda ni la nak try semua tapi try hal positif je la. Ni muda nak lepak aishh naik sebu otak aku habaq pi kat hang..hehe..Okay panjang leter pulak. Tak, macam ni, nak bagi tau aku masuk kelas jahitan. Haha. Jahitan manik. Syokk! Lama nak belajar jahit manik ni. Dah alang-alang ada orang sediakan dan murah pulak tu so grab je la peluangyang hanya sekali sebulan je. Tapi rasa kurenggg pulak masuk kelas tu sebab aku sorang-sorang. Aku bukan tak boleh hidup sorang-sorang tapi weii kelas baru takda geng nak sembang dengan sapa???Huhu..Tapi kerana minat yang mendalam aku gagah kan jugak. Kalau dah sorang-sorang tu kenalah buat ramah ye dokk? Hehe nasib baik semua geng2 kat kelas tu sporting. Aku takda rasa dipinggiran. Cikgu yang ajar tu pon sporting. Dan tak sportingnya aku. Tiba-tiba aku jadi pendiam. Sampai cikgu tu kata senyap je okey ke tak ni? Adess.. =,="


Jahit manik ni diajar oleh cikgu tangan kanan so aku kenalah ikut rentak tangan kanan. Dan selalu macam tu. Agak mencabar la sebab die jahit pakai tangan bukan mesin yang tak kisah kiri ke kanan kan. Bila kidal yang buat rasa lambat giler. Pastuh corak lari. Tak larat nak kejor =,=" Maksudnya tak perfect macam peserta yang lain. Haiyaa ~ Takpalah aku pon masih belajar. Kayuh pelan2. : D




Ni hasil cikgu tu punya jahitan. Yaa kemas tertarik memang debomm!







Dan ni la hasil jahitan aku..haha nampak tak beza? 




Yang bentuk daun-daun pink tu patut rapat-rapat jadi bunga. Takpa aku kena belajar lagi. : D



Okeyh satu perkara lagi aku dah tahu..yehaa!! Alhamdulilah..



Hari tu kan post sebelum ni cerita pasal nak sambut birthday Syera 24 Disember ni. Tapi sambut lebih awal la kan sebab pada tarikh lahir si Syera tu takda sapa la kat sini. Kalau ada sibuk! Huhu. So oleh sebab birthday girl nya tak boleh balik pada tarikh yang termaktub so terpaksa la cancel semua. Tinggal angan-angan je laa. Bukan apa dulukan masa sekolah birthday aku,atyn,solehah,eida,amalina,khairunnisa semua  sambut ramai-ramai dengan meriahnya. Sebab birthday kitorang adalah waktu sekolah. Syera pulak hujung tahun mana dah orang nak sekolah. So macam birthday die sorang je kitorang tak sambut. Tak syiok pulak kan. Jadi terjadi plan nak sambut Syera ni. Tapi malangnya tak jadi sebab tu lah. Takda. Kawan-kawan dah merantau dah semua. Kesimpulan yang tak berapa nak simpulnya tak taulah bila kami nak sambut ramai-ramai sekali. Tett!! 

Tak jadi plan A beralih kami ke plan B. Kami buat hal kami la terpaksanya. Jalan-jalan Taiping Sentral. Tengok wayang , karoake , pusing-pusing lake garden. Part paling menarik shooting!!! Semua bajet model sudah. Hehe. Okeyh gambarnya memang cun dan meletopz. Oleh sebab itu tak payah tunjuk la kan..hehe. Just imagine empat gadis posing ditaman yang indah. Heeee ~~


Okeyh itu je lahh setakat ni. Nak out nak cari lagi ubat untuk patah hati. Hehe.


: )










TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)