:)
Lama sudah tak menaip kat blog ni. Takde lah tak sibuk pon. Cuma tak berapa nak ada mood nak menaip cerita sensasi :)
Tau tak pendam masalah atau perasaan sendiri itu sangat menyeksakan?? Hurmm aku ingat aku kuat sangat. Tapi tak. Aku rasa lemah sangat. Rasa sorang-sorang berdepan dengan hal-hal ini. Tapi aku tak lupa Allah sentiasa ada. Tak pernah lupa. :)
Aku bukan tak ada tempat nak cerita meaning manusia la. Kalau diari ada tapi tak sama macam manusia. Entah tak reti nak cerita. Bila nak mula cerita dan tengok muka je aku dah kelu lidah. Aku akan cakap kat diri aku.. " die pon banyak masalah, nak tambah dengan masalah aku pulak.." , " boleh ke die faham selepas aku cerita kat die? " ....... aku akan selalu akan melalui dilema macam tu. Sebab macam tu aku bukan seorang story teller yang bagus. Cerita kelakar akan jadi tak kelakar sebab aku yang cerita.
So aku dah tak tau la nak telan macam mana lagi dah perasaan ni. Harap esok dan esok dan esok akan jadi lebih baik untuk aku. Harap masih ada harapan untuk aku esok. :)
*Tertangguh lagi nak cerita pasal baitul muslim...banyak hal menarik yang dikongsi..nanti-nantilah..insya Allah :)
P/S : Aku dah tak larat nak tanggung...dan aku serius...