Tuesday, October 1, 2013

1906

Assalamualaikum , 


:)


Jika Kehadiran seseorang itu Menyakitkan hati kita, Mengkhianati atau Melukakan hati kita. Ketahuilah mereka adalah utusan daripada Allah untuk menduga dan menguji hatimu 


Hai. Lamanya tak jenguk blog ini. Hihi. Aku nak update tapi selalu tergendala. Well biasalah busy....facebook lebihh~~ :P

Tahu tak sejak aku duduk luar jauh dari tempat asal, macam-macam perkara aku belajar. Aku belajar kenal diri aku dan juga orang lain. Kalau dulu pengetahuan aku terhad kerana aku berada ditempat yang terhad. Ahh imagine je lah terhad aku maksudkan tu.

Normal la kan kalau kawan-kawan gaduh. Aku, aku tak pernah lagi la setakat ni gaduh besar punya dengan kawan-kawan aku. Aku tak boleh. Mereka antara yang terpenting dalam hidup aku, so tak bisa aku kalau tak cakap dengan mereka. Aku sayang mereka tau walaupun aku tak pernah cakap. Ceewaahhhhhhhhh~~  :)

So kenapa aku update pasal ni tiba-tiba?? Hmm ye sebab dah terjadi, tapi bukan akulah. Tahu tak aku seorang yang sangat susah menangis secara tiba-tiba?? Tapi bila perkara ini berlaku air mata aku mudah mengalir. Pelajaran aku terganggu sikit. Walhal bukan aku yang gaduh. Haaa so pelik! =,="

Aku tak berapa pasti sebab sebenar mereka bergaduh. Tapi beberapa kali jugak aku tengok, dengar mereka gaduh a.k.a perang mulut. Jerit,tengking..Okey kalau ada kat tempat aku macam mana?? Hmm.. Dah la everything we share together, then this things happened. Suddenly.

Sampai sekaranglah perkara ini berlarutan. Aku yang rasa mungkin boleh jadi pendamai pon dah give up. Hari tu kitorang ada usrah. Ketua usrah tu tau la apa yang berlaku. Dia cubalah yang terbaik untuk mendamaikan. Aku yang tak da kena mengena boleh pulak menangis. Aku pon tak tau kenapa? Haishh buat malu ja. :P

Kawan kita yang kita jumpa kat sekolah tu tak sama dengan kawan yang tinggal serumah dengan kita. Yang dekat sekolah tu mungkin kita hanya kenal dia 30 % je. Yang satu rumah tu 100% luar dalam dia kita akan kenal. So dalam situasi macam ni kena bersedialah kalau dia akan buat perkara yang buat kita tak puas hati sebab tolak ansur dan bertimbang rasa tu penting apabila kita serumah. Ada yang pengotor,pengemas,tak suka itu,tak suka ini. Kena ingatlah duduk luar ni tak sama macam duduk rumah dimana kita boleh buat sesuka hati kita.

Aku setakat ni bolehlah. Tak adalah 100% aku suka ataupun tak suka. Kita kena give and take. Tapi sejak adanya masalah ni aku pon semakin kenal diri aku. Aku memang kadang-kadang boleh tewas dalam keadaan tekanan. Oleh sebab tu aku cuba mengatasi perkara ni. Tahu tak sebab perkara ni, aku punya buat kerja gila yang tak pernah aku buat atau tak pernah terfikir nak buat pon. Haha. Hah baru keluar 'haha' setelah beberapa perenggan. Kalau mak tahu ni memang kena sembelih hidup-hidup kau.. :P Salah satu sebab terjadinya kerja gila ni... Ahh aku memang geram dengan kawan aku lagi sorang ni. Mesej aku sampai sekarang tak dibalas. Ishh. Memang dia kenalah kalau aku jumpa dia. Geram! Tapi takpalah malas nak cerita kerja gila apa yang menyebabkan habis RM aku huahuahua, nanti kalau mak aku jumpa blog ni habis aku pulak. Hehe.

Bagi aku dalam berkawan ni memang macam-macam perangai kita jumpa. Ada suka ini,ada yang tak suka ini. Ada cakap kasar, ada yang lembut sangat. Tapi aku tak tau nak nak cakap macam mana tapi nak cakap jugak kawan-kawan yang aku jumpa setakat ni memang best. Kadang-kadangkan aku rasa kitorang ni 'sepesen' (sama ja). Walaupun tak macam orang lain tapi aku rasa itulah keunikan kami. Hahaha. Seriuslah.

Kadang berkawan ni pon macam bercinta. Terima dia seadanya dan dia terima kita seadanya. :) Kawan-kawan ni Allah yang bagi. Jadi cubalah hargai sebaiknya. Bergaduh tu biasalah. Tapi bagi aku tak biasa. Hehe. Aku tak boleh kalau gaduh dengan kawan aku. Biarlah aku sakit hati. Asalkan hubungan ni sentiasa terjaga. Insya Allah.

Haaa ada lagi..hehe..walaupun ada kelas lagi sejam tetap masih mahu tulis lagi..Dah la Zohor belum lagi :P Baju tak gosok lagi..:P Okeyyy sikit lagi ye...Kadang kawan-kawan kita ni melakukan kesalahan yang mungkin menyakitkan hati kita..tapi jangan hanya kerana satu kesalahan tu kita nak tutup sepuluh kebaikan yang dia pernah buat. Itu aku. Walaupun kadang-kadang orang cakap 'hang kenapa kawan dengan dia, dia tu suka buat macam tu,macam ni??' Tapi honestly kadang-kadang aku terpengaruh. Aku suka ikut cakap orang walaupun hati aku tak tahu kenapa. Itu mungkin satu ujian untuk aku juga. Kadang-kadang walaupun aku faham, tak semestinya aku yang terbaik..layak jadi kawan baik. Sebab kawan yang baik akan sentiasa menasihati kawan dia. Aku...aku kadang-kadang...tapi yang termampu aku akan cuba.

Okeyy aku rasa aku dah banyak sangat info aku bagi.. Yang boleh pakai tu ambil,yang macam ntah hape je tu abaikan..Aku juga sedang belajar cara-cara nak bagi perkara yang terbaik dalam blog ni. Tulis benda-benda manfaat..taklah asyik nak tulis isi hati je,pengalaman hidup yang tak banyak mana ni...Aku sedang belajar..kalau ada salah atau tak puas hati tu biasalah..aku manusia biasa punyai kelemahan :P





*Ingat nak upload gambar,tapi nanti-nantilah ;)

P/S   : Sayang aku pada mereka hanya Allah saja yang tahu :) Friends forever <3


TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)