Thursday, May 23, 2013

Hyee!!

Assalamualaikum,


:)


Aku kan sebenarnya banyak benda nak cerita. Tapi entahlah nanti jadi berterabur pulak. Okeyy whatever~~
So macam mana duduk kat sini? Duduk jauh dari keluarga, jauh daripada tempat kau dibesarkan? Hmmm just not cool but still acceptable. Aku belajar la nak biasa hidup dengan kawan-kawan yang aku baru kenal. Setakat ni masih di tahap okey. Aku cuma risau bila tiba time tak okeyy~~ Haaa. You know..first impression everything looks good, well, nice and whateverrr~~ Itu yang masih aku tengah nak adapt. So far masalah sekarang ialah bila nak cari makann~~ Aaaaa!!! =,=' Nak makan itu,ini...tapi dalam masa yang sama nak berjimat. Pinjaman tak dapat lagi. Hmm..so this place had thought me to think twice, triple before buy! :O Thats so annoying!! But im still fine. Kann macam banyak pulak speaking kali ni. Antara sebabnya adalah aku satu bilik dengan orang cakap fluent english. Haha. Ianya serba sedikit terpengaruh jugak la. Emm apa lagi aku nak cerita...haa setakat ni baru sekali je aku balik Taiping tu pon bulan lepas. Bulan depan baru balik. So aku memang totally homesick sekarang. Kerja aku memang banyak sangat tapi aku rasa malas sangat nak buat. So sekarang aku memang tengah risau giler. Aku tak boleh fokus dag. Dengan Mp3 buat hal. Aku tak boleh dengar lagu privately. Urghh~ Suasana kat sini bukan macam hostel tapi macam sewa rumah. So pergi kelas pon pandai-pandai la ko nak hidup mak Jemah, cari kenderaan ko. Naik bas. Cari makan. So independent. So and so many soooooooooOOO~~ :) So whatever. Aku banayak kerja sangat nak siapkan. Contoh busines math. Kena buat banyak latihan. Ada kerja lagi. Hahahaha! Aku sudah merasai tekanannya. Sekarang rasa letih mengantuk dan nak tidur. So whatever~~


P/S : I looks into the sky and said " i miss u "
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, May 11, 2013

I'm Here..

Assalamualaikum ,


:)


Jauh perjalanan luas pemandangan. Yes. Ya. Saya setuju. :) Sejak kat sini macam-macam aku belajar. Belajar berdikari. Belajar nak berjimat. (Aku semakin boros sejak akhir-akhir ni). Hoho.

Kalau kita pergi sekolah kita jumpa kawan kita hanya beberapa jam. Kenal die tak sampai sehari pun. Maksudnya kita tak tahu apa aktiviti atau perkara apa yang dia suka buat selain belajar kat sekolah. Tapi sejak aku dah masuk u ni tinggal dengan orang yang aku baru kenal..hmm..sebenarnya memang kita akan lebih kenal seseorang tu bila kita tinggal dengan dia. Kan?

Hal ini termasuk kenal mengenali diri aku sendiri. Apa yang aku buat waktu lapang-lapang dalam keadaan takda tv (hoh?!) Aku buntu. Haha. Konon. Aku belajar untuk lebih berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih ramah. Ikut aku memang aku akan senyap je. Setakat ni belom homesick lagi. Hehe.

Aku sedang belajar berdikari. Kenal lebih ramai orang. Dan kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best. Macam-macam perangai manusia sebenarnya. Ada yang macam tu, ada yang, macam ni. :)

Lagi satu sejak dah sampai ke sini, ade beberapa perkara yang aku tak dapat nak kawal, contohnya perasaan aku, dan sekarang aku dapat kawal dan memang aku rasa aku dah lupakan dah. Aku rasa tenang. Fuhhh! Bila keluar dari rumah sendiri,daerah yang lama aku duduki ni, rasa macam wahh hidup ni luas. Kalau tak merantau memang tak merasa la semua ni. Kan nampak sangat view hidup aku yang dulu sangat sempit. Betul. Sekarang macam bolehlah. Tak la rasa jakun sangat. Hehe.

Ada la beberapa kawan aku tak tahu pon aku sambung belajar. Yang tahu pon aku bagi tau last minute. Adalah sebab nye. Tak penting pon nak cerita. Yang aku tahu jalan ini yang aku pilih dan insya Allah aku akan seronok. :)

Tapi bile duduk jauh daripada keluarga ni, memang la rasa kepayahan sikit. Tapi takpe itulah cabaran. Pengalaman hidupkan. Hehe. Kawan-kawan baru kat sini pon okey je. Takde pon yang sombong2. Takde pon teruk perangai macam aku bayangkan. Cuma kena lebih bijak bergaul la atau orang lain akan bosan dengan aku. HuaHua.

Aku akan cuba harungi hidup aku sekarang. Demi masa depan kan. :)



view dari tempat saya tinggal sekarang.

Saya rindu Taiping. Saya rindu mak saya, ayah saya.. :') Hari ibu aku sederhana je, sebab mak aku tiada di Malaysia dan sedang menunaikan umrah. :)

~Selamat Hari Ibu Mak..~


:')




P/S : Hijrah untuk mencari pembaharuan dann memahami hidup bukan hanya mengenai makan dan tidur saja... :)




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)