Saturday, May 11, 2013

I'm Here..

Assalamualaikum ,


:)


Jauh perjalanan luas pemandangan. Yes. Ya. Saya setuju. :) Sejak kat sini macam-macam aku belajar. Belajar berdikari. Belajar nak berjimat. (Aku semakin boros sejak akhir-akhir ni). Hoho.

Kalau kita pergi sekolah kita jumpa kawan kita hanya beberapa jam. Kenal die tak sampai sehari pun. Maksudnya kita tak tahu apa aktiviti atau perkara apa yang dia suka buat selain belajar kat sekolah. Tapi sejak aku dah masuk u ni tinggal dengan orang yang aku baru kenal..hmm..sebenarnya memang kita akan lebih kenal seseorang tu bila kita tinggal dengan dia. Kan?

Hal ini termasuk kenal mengenali diri aku sendiri. Apa yang aku buat waktu lapang-lapang dalam keadaan takda tv (hoh?!) Aku buntu. Haha. Konon. Aku belajar untuk lebih berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih ramah. Ikut aku memang aku akan senyap je. Setakat ni belom homesick lagi. Hehe.

Aku sedang belajar berdikari. Kenal lebih ramai orang. Dan kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best. Macam-macam perangai manusia sebenarnya. Ada yang macam tu, ada yang, macam ni. :)

Lagi satu sejak dah sampai ke sini, ade beberapa perkara yang aku tak dapat nak kawal, contohnya perasaan aku, dan sekarang aku dapat kawal dan memang aku rasa aku dah lupakan dah. Aku rasa tenang. Fuhhh! Bila keluar dari rumah sendiri,daerah yang lama aku duduki ni, rasa macam wahh hidup ni luas. Kalau tak merantau memang tak merasa la semua ni. Kan nampak sangat view hidup aku yang dulu sangat sempit. Betul. Sekarang macam bolehlah. Tak la rasa jakun sangat. Hehe.

Ada la beberapa kawan aku tak tahu pon aku sambung belajar. Yang tahu pon aku bagi tau last minute. Adalah sebab nye. Tak penting pon nak cerita. Yang aku tahu jalan ini yang aku pilih dan insya Allah aku akan seronok. :)

Tapi bile duduk jauh daripada keluarga ni, memang la rasa kepayahan sikit. Tapi takpe itulah cabaran. Pengalaman hidupkan. Hehe. Kawan-kawan baru kat sini pon okey je. Takde pon yang sombong2. Takde pon teruk perangai macam aku bayangkan. Cuma kena lebih bijak bergaul la atau orang lain akan bosan dengan aku. HuaHua.

Aku akan cuba harungi hidup aku sekarang. Demi masa depan kan. :)



view dari tempat saya tinggal sekarang.

Saya rindu Taiping. Saya rindu mak saya, ayah saya.. :') Hari ibu aku sederhana je, sebab mak aku tiada di Malaysia dan sedang menunaikan umrah. :)

~Selamat Hari Ibu Mak..~


:')




P/S : Hijrah untuk mencari pembaharuan dann memahami hidup bukan hanya mengenai makan dan tidur saja... :)




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, April 8, 2013

I'm Move On~~



Assalamualaikum, 












TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, March 28, 2013

Its Me..Dilema

Assalamualaikum ,


:)


Lama sudah tak menaip kat blog ni. Takde lah tak sibuk pon. Cuma tak berapa nak ada mood nak menaip cerita sensasi :)

Tau tak pendam masalah atau perasaan sendiri itu sangat menyeksakan?? Hurmm aku ingat aku kuat sangat. Tapi tak. Aku rasa lemah sangat. Rasa sorang-sorang berdepan dengan hal-hal ini. Tapi aku tak lupa Allah sentiasa ada. Tak pernah lupa. :)

Aku bukan tak ada tempat nak cerita meaning manusia la. Kalau diari ada tapi tak sama macam manusia. Entah tak reti nak cerita. Bila nak mula cerita dan tengok muka je aku dah kelu lidah. Aku akan cakap kat diri aku.. " die pon banyak masalah, nak tambah dengan masalah aku pulak.." , " boleh ke die faham selepas aku cerita kat die? " ....... aku akan selalu akan melalui dilema macam tu. Sebab macam tu aku bukan seorang story teller yang bagus. Cerita kelakar akan jadi tak kelakar sebab aku yang cerita.

So aku dah tak tau la nak telan macam mana lagi dah perasaan ni. Harap esok dan esok dan esok akan jadi lebih baik untuk aku. Harap masih ada harapan untuk aku esok. :)


*Tertangguh lagi nak cerita pasal baitul muslim...banyak hal menarik yang dikongsi..nanti-nantilah..insya Allah :)



P/S : Aku dah tak larat nak tanggung...dan aku serius...
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)