Thursday, March 28, 2013

Its Me..Dilema

Assalamualaikum ,


:)


Lama sudah tak menaip kat blog ni. Takde lah tak sibuk pon. Cuma tak berapa nak ada mood nak menaip cerita sensasi :)

Tau tak pendam masalah atau perasaan sendiri itu sangat menyeksakan?? Hurmm aku ingat aku kuat sangat. Tapi tak. Aku rasa lemah sangat. Rasa sorang-sorang berdepan dengan hal-hal ini. Tapi aku tak lupa Allah sentiasa ada. Tak pernah lupa. :)

Aku bukan tak ada tempat nak cerita meaning manusia la. Kalau diari ada tapi tak sama macam manusia. Entah tak reti nak cerita. Bila nak mula cerita dan tengok muka je aku dah kelu lidah. Aku akan cakap kat diri aku.. " die pon banyak masalah, nak tambah dengan masalah aku pulak.." , " boleh ke die faham selepas aku cerita kat die? " ....... aku akan selalu akan melalui dilema macam tu. Sebab macam tu aku bukan seorang story teller yang bagus. Cerita kelakar akan jadi tak kelakar sebab aku yang cerita.

So aku dah tak tau la nak telan macam mana lagi dah perasaan ni. Harap esok dan esok dan esok akan jadi lebih baik untuk aku. Harap masih ada harapan untuk aku esok. :)


*Tertangguh lagi nak cerita pasal baitul muslim...banyak hal menarik yang dikongsi..nanti-nantilah..insya Allah :)



P/S : Aku dah tak larat nak tanggung...dan aku serius...
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, February 15, 2013

Tak Tidur

Assalamualaikum ,


:)


Huarghhhh!!! Pecah rekod la aku tak tidoq. Haishh. Tunggu nak charge MP3 ni. Dah la charge kena guna tenaga laptop ni dan aku pulak baru tau cara-cara charge MP3 ni pukul 3.30 pagi tadi. Hahh?! Adoi sampai sekarang tak penuh-penuh lagi. Sekarang dah pukul 5.00 pagi. Zombi la aku esok ni. @_@


Dah esok, mungkin sesuai cakap hari ni la kot, dalam pukul 2 petang nak gerak pergi KL. Yeayy KL aku datang!!!!!!!! Hehehe. Seronok bangat dapat pergi jalan-jalan. :D Okey kehadiran aku ke KL adalah sempena seminar yang dianjurkan disana. Aku pon tak sangka tiba-tiba aku nak pergi. Iyelah kalau sebelum kalau ada seminar kat KL ke memang aku tak pernah pergi sebab alasan jauh. Takda teman. Tapi kali ni dah alang-alang kakak aku nak pergi, apa salahnya aku pergi untuk tambah ilmu ye dokkk?? Hehe. Seminar ni dua hari. So mungkin isnin baru balik. Naik bas. Aku seorang. Pertama kali. Haaa~ yang tu aku rasa tak excited pon. Huhuhu. Tapi apa-apa pun tawakal je lar. :)



Seminar Baitul Muslim 2.0


Nampaknya macam menarik! So excited! Ermm tengok macam nanti. First time yokk!! :D Aku cuba sebaik mungkin catat dan ingat apa yang disampaikan dan lampirkan dalam blog ni. Aku ni kalau bab tulis menulis  atau menceritakan balik memang kadang-kadang terseangkut jugak. Tapi aku akan cuba insya Allah. Benda baik elok dikongsi. Doakan saya! :D



P/S : Cari tudung tak jumpa lagi!!! Stresss!!

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, February 10, 2013

Serius

Assalamualaikum ,


:)


Aku sekarang berada dalam situasi getir. Getir tak berapa getir. Alaa tak getir kott. Aku tak taulah nak explain macam mana. Tak nak melbih-lebih sangat. Hurmm. Sekarang aku rimas, rungsing, rimas, rungsing. Rasa macam dah tak tau nak cerita kat siapa. Tu laa susah kalau orang yang jenis suka pendam buat pekasam ni. Tengok sekarang semua dah jam, hang, sesak, serabut, kusut!! Aku betul buntu. Arghhh. Kalau orang seribu kali menyampah apatah lagi aku kali kan la dengan empat ratus. Haaa macam tu laa perasaan aku. Aku kusutttt. Kadang-kadang tu kan kenapa?? Kenapa?? Please.........laa........... Betul-betul dah takda mood. Rasa macam hape je sekarang. Rasa macam hye hye to bye bye dah.


Malam ni akan tidoq dengan otak serabut. Bangun pagi dengan sakit kepala. Petang yang akan menyampah. Sekian.


Ya Allah kuat kan hamba Mu ini Ya Allah...aku terasa lemah...Kuatkan aku Ya Allah.
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)