Friday, April 29, 2011

Letih Tolak Motor Dan Pak Cik Yang Melompat

Assalamualaikum,

Huh hari aku rasa letih sangat. Mana la tak letihnya petang tadi berpenat lelah dengan Pija tolak motor aku. Masa kat traffic light aku perasan motor aku tayar pecah. Ermm nasib baik la pecah kat tempat yang tak banyak kereta, kalau tak jenoh juga la. Letih kot nak kena tolak motor ni. Nak naik gelong dia tahap teruk sangat. Kesian juga la kat kawan - kawan aku tu. Pasal motor aku diorang balik lambat. Jauh juga la kitorang tolak. Memang gila penat. Itupun aku bergilir-gilir dengan cik Pija. Naik lengoh tangan segal bagai. Orang yang lalu lalang tengok dengan muka tak bersalah ja. Geram pun ada.

Itu kisah tolak motor tayar pecah yang jauh berkilo kilo meter hendaknya. Satu hal lagi nak cari kedai motor. Memang tension gila pusing satu Taiping bagai nak rak tak jumpa-jumpa. Itulah hidup jarang-jarang keluar tu boleh sesat kat tempat sendiri...aishhh :P

Ada la lebih kurang 20 minit aku dengan Syera pusing cari kedai motor. Alhamdulilah lega jumpa kedai SOON SOON HUAT MOTOR. Lebih kurang macam tu la ejaaan kedai dia. Aku pun berunding la dengan uncle baiki motor tu untuk ikut aku dengan Syera pergi ke tempat aku, Nisak, Pija dan Syera tinggal kan motor aku. Masa tu aku dengan Syera ja yang pergi cari kedai motor tu. Ok mula-mula uncle tu macam tak nak ikut aku dan Syera pergi ke lokasi yang dinyatakan kat uncle tu. Ade ke patut uncle tu suruh kitorang tolak motor pi kedai dia. Huh memang tak nak la. Dah la berat jauh pulak tu. Pujuk punya pujuk akhirnya uncle tu setuju nak ikut. Yeyyy! Mission succeed! LEGA...Perkara yang tak boleh blah aku dengan Syera yang ikut uncle tu pergi ke lokasi yang dinyatakan..hahaha..sebab kitorang pon bukan berapa ingat pon jalan nak balik..hahaha...

Ok dah sampai ke lokasi tersebut uncle tu pon tukar tayar motor aku. Chek punya check ada paku terlekat kat tayar aku. Ermmmmm..masa bila pulak aku langgar paku.....musykil..selesai baiki motor aku pon dikenakan cas RM**..boleh tahan la..

Nak Maghrib juga la baru kitorang balik. Masa nak on the way balik lalu kat traffic light simpang empat. Ala yang ada empat traffic light. Masa aku tengah kusyuk menanti nombor traffic light le angka '00'. Tiba-tiba dengar suara " arghhh tengok die jatuh! " aku pon tengok la..Rupanya ada seorang pak cik tu jatuh dari basikal dia kat depan traffic light sebelah kiri kami. Paling tak boleh blah pak cik tu dok buat keras lebih kurang macam pak cik tu pause diri dia kat depan traffic light tu.

lebih kurang macam ni la tapi tak ada la teruk macam ni.
Lepas tu yang paling aku rasa nak gelak pak cik tu buat syok melompat dengan girangnya depan traffic light tu. Aku terkesima sekejap..Aishhh pak cik ni betul ke tak dok lompat-lompat kat jalan raya..hahaha..lawak kot..Ye la bayangkan dah la kat atas jalan raya semua orang nampak lepas tu buat syok lompat dengan girangnya sambil keluarkan suara bagi menarik perhatian orang..Apa pak cik tu cuba sampaikan..hahaha..then lepas tu aku dapat tau rupa-rupanya pak cik tu 'kurang waras' sangat..Ok faham.


Kalau orang normal buat macam ni kat atas jalan raya tak tau nak kata la...


EXTRA : Beg pakaian untuk nak pergi ke Putrajaya tak kemas lagi..Aduiii!! 4 jam lagi dah nak bertolak ape pon tak kemas!
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, April 22, 2011

Dah Besar

Tadi bila aku tengok je album foto kawan aku kat fb aku rasa macam terkesima sekejap.Ala lebih kurang terkejut la.Kawan aku tu sebaya dengan aku.Umur 19 tahun dia dah bertunang dan bakal menjadi isteri orang! Aku macam tak percaya je.Tapi kena percaya juga la.Ye la kan dia baru 19 tahun dan bakal pikul satu tanggungjawab yang besar dan kalau ada rezeki dapat anak.Lepas itu jadi mak orang pulak di usia muda..Huhu..Bagi aku umur semuda itu nak pikul tanggung jawab sebesar itu rasa macam susah je kan?Tapi kalau dia boleh pikul dan laksanakan tanggungjawab dia tu aku memang tabik gila.Kalau untuk aku, aku memang tak bersedia lagi.Banyak perkara yang aku nak buat.Aku belum capai matlamat aku lagi.Tapi kalau jodoh dah sampai tak tahu le.Tapi serius aku macam kagum la dengan orang yang nak kahwin muda ni, sebab diorang sanggup pikul tanggungjawab yang orang lebih tua dari diorang pun belum tentu boleh lakukan.Bila aku tengok gambar tu aku mula la terfikir, sebenarnya umur macam aku ni dah boleh kahwin. Dah capai akil baligh dah pun tapi perangai belum menampakkan ciri-ciri aku boleh kahwin.Perangai macam budak-budak tak menampakkan ciri-ciri kematangan. Memang belum 'past' nak buat calon..sedih..huhuhu.. Ok la aku nak buat azam..sebelum umur aku mencapai ke angka 20 aku bertekad nak jadi matang.Nampak ciri-ciri umur 20..very matured you!:D Harap macam tu la..:P..Tapi sebenarnya berperangai macam budak-budak pun 'best' apa..Tak la 'stresss' memanjang.Ok tak salah pun nak berperangai keanak-anakkan sikit.nampak lebih manja dan comel tak gitu??..ermm mungkin untuk sesetengah orang ok la..Sebenarnya bergantung kepada setiap individu la..Tepuk dada tanya selera..nak pilih yang terbaik untuk diri kita sendiri..Bagi sesetengah orang, orang yang perangai macam budak- budak ni gedik, mengada, meluat dan whateverrr......Lagi satu orang yang perangai macam ni tak boleh diharap..betul ke???.Macam aku cakap setiap orang ada selera yang berbeza-beza.Kalau tak suka A boleh pilih B atau C atau D atau apa-apa je la..Yang penting kita perlu bangga jadi diri kita sendiri..dan jangan sombong OK!..Really sarcastic!

...............................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, April 16, 2011

Apa Ni??

Assalamualaikum,



Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang kita rasa bahagia, kadang-kadang kita rasa sedih,kadang-kadang kita rasa nak marah je memanjang. Kita sebagai manusia biasa memang tak sempurna dan sering melakukan kesalahan yang kita tak jangka. Tapi sebenarnya kesilapan atau kegagalan yang kita hadapi merupakan titik kepada kejayaan kita seterusnya.Contohnya kalau kita gagal peperiksaan. Gagal peperiksaan tak semestinya kita bodoh dan tak pandai, tapi menunjukkan bahawa kita sebenarnya kurang usaha dan perlu banyak lagi latihan.Tak perlu kita nak cakap "ala aku memang tak pandai pon sebab tu dapat 'result' teruk, si A tu dapat cemerlang sebab dia semula jadi pandai".Itu adalah alasan untuk orang yang malas berusaha.  Dah tahu dapat 'result' teruk tu pergi la ulang kaji banyakkan latihan. Jangan la kita jadi orang yang malas berusaha kemudian banyak bagi alasan.Sesungguhnya 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'. Jadi janganlah kita terus nak buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah. InsyaAllah kejayaan kita akan perolehi.



EXTRA : Kritikan yang membina untuk diri sendiri dan juga yang membaca entri ni...peace..



................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, April 5, 2011

AKU OK!!!!!!

Assalamualaikum,



Aku OK..!! Dia bukan milikku..huhu..
Walaupun aku terasa sikit tak apa la..aku redha je..
Ada banyak benda lain lagi yang aku boleh buat..
Aku kena lupakan..lupa lupa..ermmm boleh ke??
susah nak lupakan suatu perkara yang pernah buat hidup kita bahagia...ermm
Aku kena teruskan hidup aku......
lupakan..lupakan...
:((

........................................
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)