Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang kita rasa bahagia, kadang-kadang kita rasa sedih,kadang-kadang kita rasa nak marah je memanjang. Kita sebagai manusia biasa memang tak sempurna dan sering melakukan kesalahan yang kita tak jangka. Tapi sebenarnya kesilapan atau kegagalan yang kita hadapi merupakan titik kepada kejayaan kita seterusnya.Contohnya kalau kita gagal peperiksaan. Gagal peperiksaan tak semestinya kita bodoh dan tak pandai, tapi menunjukkan bahawa kita sebenarnya kurang usaha dan perlu banyak lagi latihan.Tak perlu kita nak cakap "ala aku memang tak pandai pon sebab tu dapat 'result' teruk, si A tu dapat cemerlang sebab dia semula jadi pandai".Itu adalah alasan untuk orang yang malas berusaha. Dah tahu dapat 'result' teruk tu pergi la ulang kaji banyakkan latihan. Jangan la kita jadi orang yang malas berusaha kemudian banyak bagi alasan.Sesungguhnya 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'. Jadi janganlah kita terus nak buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah. InsyaAllah kejayaan kita akan perolehi.
EXTRA : Kritikan yang membina untuk diri sendiri dan juga yang membaca entri ni...peace..
................................................................
0 Pendapat:
Post a Comment