Thursday, September 29, 2011

oH H0hoho...

Assalamualaikum ,

Hai2 yang tgh membaca..: )

Mengomen pasal masa depan...

wowowow0www...wth!! sikit sangat lol!!
okayy suka hati laa...ade aku kisahh??
Itulah pengajaran untuk orang yang malas giler-giler baca buku....tepuk tangan..yeyy!!!!

YOU READ LITTLE, LITLLE YOU GET!! DESERVE IT RIGHT!!!

well nak menangis tak ada guna redha je la...
masih ada masa lagi...mungkin...anything can happen..we will see...



P/S : Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya....


...........................................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, September 26, 2011

Sentiasa Ada........

Apabila kita berada dalam kesedihan orang lain cuma boleh cakap 'bersabarlah'...
Ya mungkin mereka tak tahu perkataan apa yang sesuai patut diucapkan..mereka juga simpati..
namun bertanya balik pada diri sendiri..apa yang akan aku cakap pada diri aku sebenarnya??sama macam apa yang orang lain katakan..?? bersabar?? kuatkan semangat??

Sebenarnya tiada perkataan yang sesuai nak menggambarkan apa sebenarnya perasaan terbuku didalam hati...
Tuhan sajalah yang tahu apa yang dirasai...

Bila duduk sendiri ni macam-macam fikir..baik ada buruk ada..
Macam-macam kenangan...ya apabila semua tinggal kenangan buat hati jadi sayu sebak sedihh terutamanya..
kuatkah hati ini??

Orang lain nampak ketabahan itu dari luaran..
Tapi pada dasarnya sedang remuk, bercelaru sebenarnya dalam hati..sedih mengenangkan bahawa diri jarang menghargai dan sepatutnya lebih menjaga hati...

Susah sebenarnya nak percaya apa yang berlaku..terjadinya dalam sekelip mata..tiada tawa ria terpacul ikhlas dari hati..sesetengah perkara kena dikorbankan...perluu..

Pilu hati...siapa yang tahu...mereka mungkin tidak memahami walau diri menceritakan..namun tidak salahkan mereka..mereka juga ada masalah...mereka juga ada kehidupan yang perlu dihadapi....

Andai tiba waktunya adakah diri ini akan bersedia???
Sentiasa mendoakan yang terbaik walaupun semuanya tidak akan menjadi biasa seperti dahulu.....





P/S : Jika diputarkan balik waktu tidak akan aku biarkan dia berpenat lelah sebegitu rupa..tidak akan aku menyusahkan dia..akan aku tunaikan segala permintaan..tapi manusia..apabila dia kehilangan baru dia belajar untuk menghargai.....namun itu semua dah terlambat.........


..........................................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, September 18, 2011

Apabila Itu Ini Tak Terjadi

Assalamualaikum ,


Hyeeeee!!

Okeyh apabila itu dan ini tak terjadi maka jadinya plan lain..Plan A telah bertukar menjadi plan B..
Niat asal nak study dan mengabadikan diri dekat library tapi apakan daya library macam tutup jerr..
Aduyaii..hal ini sangat mendukacitakan hati hamba....

Oleh itu terjadinya lencongan ke tempat yang sepatutnya dijauhi..iaitu tettttttt!!! Ya tepat sekali..TESCO..!!!
Apa mungkin ker nak stadi kat sana???
Mungkin jugak...tapi setelah dinilai semula dan direwindkan butang rewind yang ada kat kepala..makan saja lebih..minum sampai dua air gelas..stadi??? entah kemana hala pun tak tau laaa...

Tapi ada la jugak baca sikit2 pasal penubuhan koperasi..okeyh biar try rewind balik apa yang aku dah ingat...

Syarat2 penubuhan koperasi :
mendaftar dengan pengarah SKM wilayah ataupun daerah..
Selepas mendapat kelulusan daftar ahli baru sekurang-kurangnya 10 orang...
Menentukan objektif penubuhan koperasi tesebut....
Mengubal undang-undang kecil....

Ermmm lepas tu...............tak ingat tak ingat..!!
Ni pun belom tentu betul..Kejap check balik...

Okeyhh salah!!!!
Jawapan betol die

Langkah-langkah Penubuhan Koperasi :
- Buat Permohonan kepada Pengarah SKM wilayah atau daerah
-Bentuk jawatankuasa penaja sekurang-kurangnya 10 orang
 #Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
#Menentukan objektif penubuhan koperasi
#Mengubal undang-undang kecil
#Mendaftar bakal ahli sekurang-kurangnya 100 orang

Okeyhhh itu sebenarnya jawapan dia....ada lagi tu pon tak larat nak hafal dah..ish3
Macam mana la ni..wake up wake up!!!
Lepas tuh malam dok goyang kaki pusing kepala kiri kanan senang hati walhal satu apa pon tak ingat...WHAT A SHAME......=,=

Sudah-sudah la tuh...okeyhh finee.......byeee!!

P/S : Masih marah kat seseorang..tapi tau dah dia tak akan pujukk..pujuk diri sendiri je laa......really spoiled the mood =,=
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, September 16, 2011

Mengharap Keajaiban

Assalamualaikum ,

Hello yang tengah membaca dan usha2 blog nih...thanks..: ) (ade ke??..:P)

Hari ni baru balik dari hospital Raja Pemaisuri Bainun..ala yang dekat Ipoh tuh..aku kadang-kadang suka lupa nama dia..macam susah je ingat..entah kalau tempat yang boh nama-nama ni memang aku susah sikit nak ingat..

Hospital tuh dah jadi rumah kedua untuk aku dan family aku..ayah masih tak sedar-sedar lagi..tiap hujung minggu kalau ada orang bawa boleh la aku pi.. tapi sekarang tengah sibuk nak trial STPM..jadi susah aku nak pi jenguk tiap-tiap hari..kalau kat Hospital Taiping senang la sikit..boleh ulang-alik..

Tengok keadaan ayah buat aku sebak sayu je..bayangkan la daripada elok kita tengok orang tu boleh becakap bawa kereta sume..tiba-tiba terlantar kat hospital tak boleh buat apa-apa..semua kena harap orang..rasa macam tak percaya ja..aku pon dah tak tau nak fikir apa...just boleh doa yang terbaik dan mengharap ada keajaiban akan berlaku..yaa orang mungkin boleh tengok aku ketawa, suka ria, muka tak ada perasaan..tapi percayalah kalau sesuatu musibah melanda ahli keluarga kita, mesti kita akan terasa..just cara kita tunjuk berbeza.. :'(

Okey..thanks for reading this..; )


P/S : Amboi-amboi cik Isya kita..bersemangat edit2 gambar semua..pastuh buat dialog sendiri puji diri aishh..tapi xpe naseb cik Isya ni comel ( comel cik Isya < comel cik Intan ^^v ) ...btw tahniah cik Isya sebab dapat markah tinggi untuk BM 1..hasil usaha anda tidak sia-sia...:D

....................................................................................


TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, September 10, 2011

Hidup Sebagai Si Bujang

Assalamualaikum ,

Hari ini bosan..dah nak dekat seminggu mak tak balik sebab jaga ayah kat hospital..Hari Khamis tu adalah balik juga tapi tak balik lama pun..tu sebab nak tukar baju nak basuh baju dah lama..
Ermm ayah pon masih tak sedar-sedar lagi..tak tau laa bila ayah nak sedar..Seminggu dah tak tengok ayah..sebab sibuk nak ambil exam trial...Lagi pon takdak siapa pon nak bawa..Jauh benor kat ipoh..takkan laa aku nak naik motor..itu kejo gilor namanya..sekarang ni semua kerja dan hal ehwal kat rumah semua aku kena uruskan sendiri...basuh baju, lipat baju,basuh pinggan,masak memasak sikit, kemas sana sini....berdikari..ermm bila mak nak balikk..:((
Semua urusan dan hal ehwal diri kena uruskan sendiri...nasiblah ada lesen...
Semoga ayah cepat sedar sihat macam biasa............




P/S : Apabila kita kehilangan sesuatu baru disaat itu kita belajar betapa pentingnya menghargai...

   
.........................................................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, September 1, 2011

Please Be Okayy

I want to say that i always pray the best for you
I want you to be okay
To be normal like before
Please hang on
I want you to stay
Smile to me
Loving me like before
Give support to me
Take good care of me
Always be with me

Please be okayy
I need you.............







..........................................................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)