: )
Selamat Hari Raya.
Raya tahun ni biasa biasa sahaja. Sambut ala kadar sahaja. Semenjak tak jadi budak sekolah dah ni rasa tak best pulak raya. Semua kawan-kawan dah ada haluan masing-masing. Kalau masa sekolah dulu satu je misi kami iaitu EXAM EXAM EXAM ! Sekarang semua dah bawa hal masing-masing. Nak jumpa pon kena buat appointment seminggu lebih awal. Ish3. Redha je la. Hidup memang sentiasa berubah. : )
Tapi ada jugak bestnya raya ni tau. Boleh jumpa orang yang lama dan susah giler nak jumpa. Kalau aku orang yang paling susah nak jumpa ialah sepupu sebelah ayah aku. Choii betoi. setahun sekali je jumpa. Memang kalau jumpa tengah jalan memang sah2 aku tak kenal dah. Iyelah setahun jumpa muka dah lain. Semua makin hensem dan makin lawa. Kadang-kadang tu macam tak percaya eh tu sepupu aku ke? Haha. Sampai macam tu sekali. Memang susah nak jumpa sebab tinggal jauh dan jarang contact. Bila tibanya hari raya nih dapatlah kami bersua muka walaupun masing malu-malu kucing. Tak sembang pon. Haha. Nak tangkap gambar apatah lagi. Alamat facebook pon aku tak tau. Nama diorang pon aku ingat2 lupa dan memang pon kalau jumpa tengah jalan tak tau dia tu saudara aku. Haha. T_T
Yang paling nostalgia untuk aku hari raya nih dapat jumpa jiran lama balik. Masa aku pindah aku kecik lagi. So bile dah jumpa waktu raya2 ni semua dah besar panjang. Seronok dapat jumpa Izzah dan Kirah balik. Dulu dioranglah kawan sepermainan aku waktu kecik. Walaupun aku lebih tua dari diorang tapi aku suke kawan dengan diorang. Okayy sebenarnya bukan diorang , sebenarnya Izzah je dan Kirah kadang-kadang sebab Kirah kecik lagi waktu tu. Beza aku dengan Izzah tiga tahun. So boleh la kan geng. Kirah ntahla aku tak ingat. Tapi waktu tu die memang kecik lagi. Nak ajak main panjat pon die tak past lagi. Macam mana nak geng. Hehe. Sekarang jumpa semua dah besar panjang. Izzah pon nak ambik SPM dah tahun ni. Cantik dah die sekarang. Oleh sebab aku dan die malu-malu kucing kami tak sembang pon. Tak tangkap gambar pon. Kami just salam senyum bertentang mata dan selesai. Ermm kan bagos dapat sembang rancak dengan die masa kecik2 dulu. Tapi nak buat macam mana dah lapan tahun kami terpisah. So macam kekok dahlah nak sembang. Ermm rindu kot waktu kecik-kecik dulu... : )
Raya tahun ni paling sederhana dan biasa-biasa sahaja sebab tahun kami sekeluarga tak pi beraya dimana-mana pon. Raya kat rumah je. Huhu. Semenjak ayah sakit raya pon biasa-biasa je. Kemas, cat rumah sebab nak raya je. Kuih pon beli sikit je. Cuma kali ni mak kena masak. Sebab orang yang datang beraya kat rumah kami. Memang penat. Tengok orang tak putus-putus datang rumah rasa macam nak lari je. Haha. Daripada raya pertama sampai raya ketiga memang ramai. Raya ke empat dah biasa-biasa. Satu dua kereta je datang. Hehe. Tapi mana boleh. Tetamu adalah keutamaan. Eh bukan senang tau orang nak datang rumah kite. Nak2 yang datang dari jauh tu lagilah. Tunjukkanlah keseronokan anda. Huhu. : ))
Raya tahun ni jugak dapat la jugak beraya kat rumah teacher Murni. Sekaligus melawat teacher yang baru keluar hospital. Alhamdulilah teacher dah beransur pulih. Lagi seronok dapat beraya dengan kawan-kawan yang tersayang. Tu je lah motipnye. Dapat jalan-jalan dengan diorang. Seronok sangat. Hehehe. : ) Sebenarnya tak cukup korum lagi nak beraya. Banyakkk rumah tak pi lagi. Tapi tulah macam aku cakap kawan-kawan sudah ada komitmen masing-masing. Kena buat appointment seminggu lebih awal baru dapat keluar sekali. Kalau zaman sekolah dulu anytime, anywhere je. Haha. Teros jalan. Duet raya pon dapat kumpul banyak :P Ni mulalah rase nak jadi budak sekolah balik nih. Aduyaii~~
Masih ada lagi raya ke enam ke tujuh dan seterosnyaa...semangat!!
SELAMAT HARI RAYA!!! |
P/S : Ada cerita yang tak mungkin dilupakan : )))
0 Pendapat:
Post a Comment