:)
Hai Selamat Hari Raya! Hari ini raya kedua nak masuk raya ketiga. Raya tahun aku raya biasa2 ja. Takdak meriah sangat. Baju pon bedal je mana yang ada. Kuih raya semua kuih tunjuk. Takda mood nak buat kuih. Cuma buat ketupat, rendang, nasi impit, dan kuah kacang ja. Kalau nak masak special2 tunggu orang datang la kot. Hehe.
Raya tahun ni simple je. Mak pon tak sihat sangat. Anak-anak dia pon tolong yang termampu je sebab tak pro nak masak sedap2. Raya tahun ni pon raya tiga orang ja. Kakak, aku dan emak. Simple.
Raya raya ni tak tau nak buat apa. Bukak tv. Layan je cerita tu best ke tak. Ulang pon ulang. Kalau tak layan tv layan fb,twitter dan pelbagai yang mengikut mood. Hahh cerita pasal fb malas bebenor nak bukak fb selalu hari raya ni. Sebab apa tau tak? Sebab semua sakan post gambar raya di pagi 1 Syawal. Majoriti timeline. Okayy normal laa biasalah. Yang tak normal aku jelah takdak gambar nak post. Haha. Bukan takdak baju raya tapi takdak siapa nak tangkap gambar. Jurugambar rasmi takdak. Nak syok sendiri okeylah. U knoww syok sendiri.
Duit raya tahun ni tak boleh nak cerita lebih-lebih laa berapa jumlah hasil kutipan sebab baru raya kedua kann. Mana tau kot2 rezeki kat raya keempat, ke raya kelima ke kann? kann? :P Sebab lain lagi tahun ni tak raya mana sangat pon. Biasa-biasa je.
Mercun. Tak main. Tak sentuh pon. Even yang pop2 tu pon. Bunga api pon tak main. Kalau Annesa dengan Awadah balik sini boleh laa main. Ada geng. :P Ni sekarang sorang2 takdak kawan nak main dengan yang ye dokk?? Rindu zaman kecik-kecik dulu. Main mercun, bunga api, main api, memang wajiblah. Lepas bukak puasa mesti main. Dengan sepupu-sepapat, kawan-kawan. Zaman kecik-kecik jugak bestkan. Hehe.
Okeyy tak tau nak cerita apa lagi pasal raya aku tahun ni. Sebab raya pon tak habis lagi. Huhu. Tak tau lah bila semangat raya aku yang dulu-dulu nak muncul. Mood raya sekarang 50-50 ja. Tapi masih boleh dikawal lagi. Perghh~ Nak bercerita raya kat orang pon takdak cerita. Raya saya yang biasa-biasa. Kalau ada kelapangan datanglah rumah meriahkan raya aku. Hehe. Okeyy itu je.
*Ahh ingat nak letak gambar, macam-macam hal teknikal pulak... =,="
P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
0 Pendapat:
Post a Comment