Thursday, September 12, 2013

Merantau

Assalamualaikum ,





:)


Lama tak menulis kat blog. Nak kata sibuk hahaha..itu je yang mampu. Sambil menulis blog sambil melayan lagu. Lagu Sandiwara Cinta. Hmmm syahdu jugak la. Kawan aku pernah sampai nak menangis lagu ni. Aku pon tak paham kenapa dengar lagu je boleh nangis. Okeyy mungkin aku tak pernah mengalami situasi macam tu kan. Sambil menaip ni rilek dulu sebelum masuk kelas pukul 2. Ikotkan malas betul nak pergi. Satu kelas jer. Tapi mengada-ngada sangat la malaslah apalah. Jangan malas sangatlah tak kemana pon. :P

Hari ni lega sikit daripada demam. Deman sebab bengkak gusi. Uishhh memang rasa tak larat sangat satu badan. Waktu sakit macam ni rasa macam nak balik rumah je. Tapi tu lah rumah jauh sangat pulak. Tapi takpe kat sini ada kawan-kawan yang ambil berat jadilah sebagai pengubat rindu nak balik rumahkan. Legalah sikit daripada semalam nak kena kipas pon tak boleh tau. Tapi tak kena kipas pon badan tak berpeluh dan masih sejuk mengigil. Makan tak lalu. Takpelah sihat ke sakit ke Allah yang bagi. Tanda Allah sedang ingat kita. :) Kuatkan Semangat!

Tau tak sejak hidup merantau ni macam-macam benda aku tengok,kenal,tahu dan tak tahu. Antara perkara yang menarik pernah berlaku sepanjang aku belajar kat sini iaitu dapat masuk ke studio tv3 buat rakaman rancangan 'Akustika Ramadhan'. Dapat jumpa artis. Tapi aku tak berapa teruja pulak bila dapat jumpa artis sebab bila tengok depan-depan kan aku tengok diorang pon manusia biasa jugak. Ada hidung,mata,mulut. Ke sebab tak jumpa feveret aku? Ke aku memang tak berperasaan? Haha entah la. Lepas tu kat sini aku belajar naik bas, teksi pergi balik stesen bas,KTM. Tak pernah seumur hidup aku, terfikir aku boleh buat semua ni sorang-sorang. Yes.sejak duduk kat sini semua rasa macam aku kena buat sorang kena bijak fikir jalan mana yang terbaik. Ceewahhh ayat mengada gitu.

Di sini jugak aku belajar erti apa itu persahabatan. Tak kiralah bagi pihak aku mahupun pihak yang satu lagi. Apabila duduk berjauhan daripada keluarga kita cuma ada kawan-kawan je kat sini. So dari sini kita kena pandailah bergaul. Aku memanglah jenis tak pandai bergaul sangat pun. Tak tahulah. Hanya orang yang tertentu je boleh masuk. Yang lain pon okey jugak. Takde gaduh-gaduh pun. :) Cuma kadang-kadang tu kitan tak tahu siapa kawan yang boleh kita minta tolong kalau kita susah. Setakat ni....no komen :) Aku jugak beljar memperbaiki diri aku untuk jadi sahabat yang baik untuk kawan-kawan aku. Tak kiralah baru kenal ke, lama kenal ke..Kadang-kadang tu honestly memang selfish tu ada. Dan tak dinafikan kadang-kadang kita kena selfish. Tapi entahlah..kadang-kadang tu dalam sesetengah situasi tu..kecewa tu muncul sebab selfish..Tapi semua orang tak sempurna,semua orang nak terbaik dalam kehidupan mereka tambah lagi dalam zaman sekarang kita perlu bersaing. :) So setiap hari aku cuba menasihatkan diri aku, aku juga melakukan kesilapan,begitu juga mereka, sama-sama sepatutnya saling menasihati. Terima dengan ikhlas dan jangan ingat diri sahaja yang betul. :)

Bab pelajaran pula, aku dah masuk semester 2. Hmmm tough jugak subjek sem 2 ni. Aku memang tak tahu boleh score kaw-kaw ke tak. Kadang-kadang tu kan rasa macam ahhh nak give up,malas nak study, tapi aku kena ingat tujuan aku apply nak belajar kat sini. Apa tujuan aku nak sambung belajar? Insya Allah aku kena kuat walaupun tak kaw tapi biarlah berpatutan...ahhh istilah ape ntahh aku ni..demi mak,keluarga, dan semua orang yang aku sayang. :)

Oh lagi satu, Twitter i dah boleh bukak. Aww boleh dah tweet2 balik dah lepas ni. :)


P/S : Tidak bisa ku gapai walaupun hati meronta mahu..Oleh itu aku perlu berusaha lagi.. :)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

0 Pendapat: