Thursday, December 11, 2014

Masih Disini

Assalamualaikum,


:)


Haiiii!!! Rindunya nak berblog balik!!!Tak tau nak cerita macam mana rindunya kat blog sekarang nih..hehe..Hmm nak cakap sibuk tu hmmm entahlahh benda lain boleh buat pulak macam tengok movie hohoho.

Sekarang banyak sangat perkara dah berubah. Aku,teknologi, dan orang sekeliling..Ya Allah betapa rindunnya aku dekat mereka. Haishh Terimbau-imbau kenanangan.. Rindu korang sangat-sangat. Kalau dulu facebook jadi medan utama untuk kitorang berhubung, lihar perkembangan masing-masing. Tapi sekarang dah ada whatsapp, wechat, Instagram.. Nak tau perkembangan diorang tanya atau tengok kat situ je. Kadang-kadang kat facebook pon masih ada yang aktif. Rinduu..

Alhamdulilah aku masih disini. Intan masih hidup lagi. Hihi. Kehidupan aku setakat ini alhamdulilah. Biasa-biasa ja. Belom ada agenda nak kahwin lagi. Jangan risau kalau ada aku mesti jemput. Kah3. Haha. Entahlah semakin meningkat usia aku ini aku asyik disogokkan dengan cerita kahwin sahaja. Yangsebaya aku ramai yang dah kahwin. Haishh macam mana la aku tak terfikir hal kahwin. Haha. Tapi untuk aku belom lagi. Stay macam ni je. Chill! Since kawan-kawan rapat aku belom kahwin lagi memang la aku boleh chill.Haha. Tapi betulkan niat. Bukan nak kahwin sebab kawan kita nak kahwin okeyy. Hidup bukan fikir pasal kahwin semata-mata. Mahalkan dirimu. Simpan untuk yang halal okeyy. ;)

Cuma nak cakap lagi..tetiba rindu kawan-kawan lama aku. Nak nangis. Hehe. Sekarang. Aku yang sekarang bukan yang dulu. Of course people change right. :D Mentally...Physically... hehehe. Alhamdulilah hidup aku semakin bewarna-warni. Aku kenal macam-macam orang. Mereka mengajar aku banyak perkara tentang hidup. Hidup jauh dari keluarga juga mengajar aku untuk berdikari. Semua perkara kena buat sendiri. Tiada emak untuk sediakan semua. Hua3 Tiada yang terbaik selain rumah sendiri. :)

Insya Allah tinggal setahun setengah lagi untuk aku habiskan pelajaran aku di Shah Alam ni. Gambate!! Menggenggam segulung ijazah menjadi idaman..yeahhh!!

Okeyylah setakat ini sahaja untuk kali ini.. semoga berjumpa lagi!

;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, April 5, 2014

Pashmina

Assalamualaikum,


:)



Photo

Rindunya kat bloggggg!!!! Huhu. Lama tak update! Hari ni aku kembali dengan pelbagai cerita yang menarik. Konon. Takpe kita try. :)

Seperti mana quato yang terpampang di atas..Hmm..apakah yang dapat dihuraikan? Itu lah topik yang nak cuba disampaikan.

Siapa aku sekarang tidak sama aku yang dulu. Manusia berubah. Banyak faktor. Antara faktor utama keadaan sekeliling. Kadang-kadang aku tak terfikir aku nak berubah jadi macam ni. Aku akan jadi macam ni. Aku yang dulu lain dari aku yang sekarang.

Tau tak dulu aku tak suka pakai selendang. Tengok macam pelik je. Nak lilit sana sini. Pusing sini. Pusing sana. AHHH!! Bukan bidang kemahiran aku yang tertinggi nak buat semua tu. Annoying kot buat semua tu sebab aku memang tak reti!! Its always end with horrible result!

Tapi sekarang nak cakap aku pakai selendang tak jugak. Haha. Tapi yang lainnya aku banyak koleksi selendang dan nak sama banyak dengan tudung bawal aku. Tapi oleh sebab ke 'fail' an melilit dan tahap kemahiran yang sangat kebawah aku simpan je lah selendang itu  untuk tatapan almari baju dan beg plastik. Haha.

Tapi yes, ada tapi dan tapi..aku sedang berjinak-jinak nak pakai pashmina. ( Baru keluar perkataan pashmina kau ) Sebab pashmina tak jarang sangat berbanding dengan selendang lainnya. Takpe aku tengah try ni. Nnati aku tangkap gambar.

Itulah antara perubahan aku. Aku tengah cuba berubah jadi seorang muslim yang mematuhi ajaran Islam sepenuhnya. Since tudung bawal yang aku ada sekarang tidak menepati ciri-ciri itu sepenuhnya dan aku masih bertatih untuk pakai tudung dan baju labuh serta longgar yang bersesuaian dengan kehendak syariat. Kadang-kadang niat saja tak cukup dek non, cuba buat step by step yang termampu. Kalau secara drastik tu takut diri sendiri jugak terkejut. Macam mana nak cerita ekk..Kalau tak mampu secara terus ubahlah dari tudung, ke baju, seluar fit ke kain labuh. Insya Allah niat yang baik Allah pasti tolong. Kita je jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah.

Cabaran sangat kuat. Siapa kita yang dulu akan sentiasa menghantui kita tapi jangan biar ia mempengaruhi kita. Rapatkanla diri dengan orang yang sentiasa dekat dengan Allah , dengan orang yang mencari redha Allah.

As usual aku tak berapa hebat dalam mengupas tajuk. Maafkan aku kalau sesiapa yang baca ni harap benda lain tapi bacanye lain. Hehe. Aku sedang cuba lagi nak perbaiki mutu blog, gaya penulisan aku ni. Kalau boleh sesiapa yang baca akan dapat sesuatu yang berharga dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya bukan baca kosong Insya Allah aku akan luaskan lagi pembacaan dan pencarian aku supaya blog ni bukan blog kosong. Kosong..kosong..kosong... ^^v

Sekian,

Macam tulis report pulopp~~ :)


P/S : Mengenali mereka satu rahmat yang mengajar sesuatu dalam hidup aku..Sayang mereka kerana Allah :)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, February 9, 2014

Never Ever

Assalamualaikum ,



:)


Hai! Lama nak tak update blog. Macam-macam hal berlaku. Rasanya dah tak terupdate sekarang ni. Sekarang aku boleh cerita apa yang aku rasa boleh nak cerita je.

Sekarang aku dah semester 3. Kejap je rasa. Aku rasa tak sabar nak habis. Nak kerja. Wahhh.. banyak tau barang aku nak beli. Aku rasa jeles tengok orang kerja yang dapat beli macam-macam. Student macam aku ni kena berjimat nak beli ape pon. :) Kan2?

Dulu aku rasa rumah ni okey. I mean actually we can live happily together. Tapi sangkaan aku meleset sekali. Semuanya tak macam aku impikan. Pelamin angan-anganku musnah gitu. Kitorang tak serasi. Sekarang aku rasa tak selesa sangat. Rasa tak sabar nak keluar dari rumah ni sesangat. Haaa sampai macam tu sekali. Even rumah ni sempit tapi kalau hati kita harmoni takda sifat-sifat negatif insya Allah semua akan berjalan dengan lancar. Walau badai melanda sekali pun semuanya mampu diharungi dengan jayanya. Semuanya berbalik pada hati kitalah sebenarnya.

Sekarang dengan perasaan yang bercampur-baur ni rasa macam nak lari je dari rumah ni tapi nanti tak tau nak tinggal kat mana pulak kan. Entahlah satu perasaan yang tak seronok nak tinggal kat sini. Kalau rumah aku dekat memang rasanya hari-hari aku nak balik. :)

Aku tak tau nak rasa apa. Aku rasa jauh dengan semua. Ishh it seem i'm so heartless, meaningless kat sini. Pelajaran pon kadang-kadang terganggu fokus. Kadang-kadang niat tulis kat sini bukan nak luah perasaan, kalau boleh nak tulis happy2 je.

Sebab tu kadang-kadang aku akan cakap kat diri aku sendiri, bersedia untuk berubah. Sat tu aku memang bukan orang yang sama lagi. Ikut situasi aku aku kena jadi macam tu la ye. I have too. I need to protect myself,my priority..I have to change..


P/S : Baik-baik aku, kalau orang lain cuba ambil kesempatan kau akan menyesal...ecececehh :P Sukahatilah

 
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)