Saturday, April 5, 2014

Pashmina

Assalamualaikum,


:)



Photo

Rindunya kat bloggggg!!!! Huhu. Lama tak update! Hari ni aku kembali dengan pelbagai cerita yang menarik. Konon. Takpe kita try. :)

Seperti mana quato yang terpampang di atas..Hmm..apakah yang dapat dihuraikan? Itu lah topik yang nak cuba disampaikan.

Siapa aku sekarang tidak sama aku yang dulu. Manusia berubah. Banyak faktor. Antara faktor utama keadaan sekeliling. Kadang-kadang aku tak terfikir aku nak berubah jadi macam ni. Aku akan jadi macam ni. Aku yang dulu lain dari aku yang sekarang.

Tau tak dulu aku tak suka pakai selendang. Tengok macam pelik je. Nak lilit sana sini. Pusing sini. Pusing sana. AHHH!! Bukan bidang kemahiran aku yang tertinggi nak buat semua tu. Annoying kot buat semua tu sebab aku memang tak reti!! Its always end with horrible result!

Tapi sekarang nak cakap aku pakai selendang tak jugak. Haha. Tapi yang lainnya aku banyak koleksi selendang dan nak sama banyak dengan tudung bawal aku. Tapi oleh sebab ke 'fail' an melilit dan tahap kemahiran yang sangat kebawah aku simpan je lah selendang itu  untuk tatapan almari baju dan beg plastik. Haha.

Tapi yes, ada tapi dan tapi..aku sedang berjinak-jinak nak pakai pashmina. ( Baru keluar perkataan pashmina kau ) Sebab pashmina tak jarang sangat berbanding dengan selendang lainnya. Takpe aku tengah try ni. Nnati aku tangkap gambar.

Itulah antara perubahan aku. Aku tengah cuba berubah jadi seorang muslim yang mematuhi ajaran Islam sepenuhnya. Since tudung bawal yang aku ada sekarang tidak menepati ciri-ciri itu sepenuhnya dan aku masih bertatih untuk pakai tudung dan baju labuh serta longgar yang bersesuaian dengan kehendak syariat. Kadang-kadang niat saja tak cukup dek non, cuba buat step by step yang termampu. Kalau secara drastik tu takut diri sendiri jugak terkejut. Macam mana nak cerita ekk..Kalau tak mampu secara terus ubahlah dari tudung, ke baju, seluar fit ke kain labuh. Insya Allah niat yang baik Allah pasti tolong. Kita je jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah.

Cabaran sangat kuat. Siapa kita yang dulu akan sentiasa menghantui kita tapi jangan biar ia mempengaruhi kita. Rapatkanla diri dengan orang yang sentiasa dekat dengan Allah , dengan orang yang mencari redha Allah.

As usual aku tak berapa hebat dalam mengupas tajuk. Maafkan aku kalau sesiapa yang baca ni harap benda lain tapi bacanye lain. Hehe. Aku sedang cuba lagi nak perbaiki mutu blog, gaya penulisan aku ni. Kalau boleh sesiapa yang baca akan dapat sesuatu yang berharga dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya bukan baca kosong Insya Allah aku akan luaskan lagi pembacaan dan pencarian aku supaya blog ni bukan blog kosong. Kosong..kosong..kosong... ^^v

Sekian,

Macam tulis report pulopp~~ :)


P/S : Mengenali mereka satu rahmat yang mengajar sesuatu dalam hidup aku..Sayang mereka kerana Allah :)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

0 Pendapat: