:)
Hari ni harungi hidup seperti biasa. Penat menangis dengan sebab-sebab yang tak mementu. Sebab yang tak akan ada solusinya. Rasa malas dah nak sakit hati.
Aku telan jugak walaupun pahit. Walau rasa peritnya nak terima. Tapi untuk hari ini aku berjaya. Aku perlukan ruang nak pulihkan hati ni. Sebab sudah tiada keihlasan, keinginan lagi dalam hati aku ni untuk semangat macam dulu. Semua perkara aku dah rasa malas nak buat. Banyaknya perkara yang tak larat dah aku nak fikir.
Hari ni aku telan jugak pedih ni. Aku seka juga air mata aku. Rasa mainan emosi sahaja semua ini. Mungkin aku juga lupa hikmah yang akan datang. Terlampau fikirkan manusia. Kejarkan cita-cita raih simpati manusia. Nonsense.
Aku harap hari mendatang aku akan kuat. Even aku bukan aku yang dulu semangat sentiasa. Pedih hati masih terasa. Calar masih belum hilang. Aku sedang cuba belajar sikit-sikit untuk redha. :')
Sekian untuk hari ini.
P/S : Aku rasa seronok berusrah. Macam-macam cerita. Banyak tak tahu dari tahu.
0 Pendapat:
Post a Comment