Wednesday, May 6, 2015

Random Talk


Assalamualaikum,


:)


Hai blog..hehe. Today maybe just random talk. Sebab aku banyak lagi tak study untuk final. I try to find my mood to study. Stress.

Pernah tak bila korang beri all out of everything yang korang ada dan tiba-tiba korang tak dipandang? Tidak perasan akan kewujudan korang untuk satu ketika. Dan orang yang biasa-biasa kadang tenggelam timbul pulak disanjung. Ahh akuu selalu. Yeahh it sucks!! Okeyy maaf. Itu adalah salah satu perasaan yang annoying yang kadang aku rasa nak tumbuk orang kadang-kadang. Perasaan terhina. Gila terhina. Tapi kau dah tak ada pilihan dan kau terpaksa juga menghadap benda yang kau dah annoying tu. Membuat gerakerja bersama-sama. Dan betapa seksanya senyum dalam keadaan hati tak pasrah. Ya Allah sakit sangat. Menangis. Itu je mampu.

Tapi perkara ini banyak mengajar aku. Mematangkan aku. Membentuk aku. Saat itu Allah benar-benar uji aku sama ada aku ni bekerja untuk manusia ke untuk Allah. Sebulan lebih untuk aku belajar pasrah dengan perkara ni. Sakitnya tak payah cerita la. Menangis sampai bengkak mata. Haha. Teruk. Nangis sebab dosa tak pulak. Sadis.

Aku belajar bila aku terlalu kejar pujian orang, kejar penghargaan orang aku tak kemana-mana pun. Semua tu sementara. Untuk mengubat kekecewaan, aku belajar untuk redha. Aku jalani hidup aku seperti biasa. Aku pergi tempat sepatutnya tempat aku. Aku hargai apa yang aku terlepas pandang sebelum ni. Aku luaskan pergaulan aku. Aku luaskan pengetahuan aku. Aku cari sahabat baru. Luaskan kenalan aku. Lama-lama aku rasa ahh perkara ni tak sepatutnya jadi end world untuk aku. Aku masih ada yang menyayangi dan untuk disayangi.

Walau hati aku kadang masih rasa tercalar dengan perkara ini, tapi aku pilih untuk tidak terlalu untuk ingat perkara ini. Aku ambil perkara ni sebagai pengajaran hidup aku. Bila kau tiada apa-apa tiada siapa pandang kau. :) So, carilah ilmu. Jangan sombong dengan sesiapa pun. Adalah sakit bila orang yang paling kau sayang, paling kau percaya yang buat kau rasa dikhianati.

I promise myself that I won't cry for the same reason and the same person again.


P/S : Tak sabar nak habis study.. yeaahuu!! :)))



TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, March 13, 2015

Hai!

Assalamualaikum,




:)


Hari ni harungi hidup seperti biasa. Penat menangis dengan sebab-sebab yang tak mementu. Sebab yang tak akan ada solusinya. Rasa malas dah nak sakit hati.

Aku telan jugak walaupun pahit. Walau rasa peritnya nak terima. Tapi untuk hari ini aku berjaya. Aku perlukan ruang nak pulihkan hati ni. Sebab sudah tiada keihlasan, keinginan lagi dalam hati aku ni untuk semangat macam dulu. Semua perkara aku dah rasa malas nak buat. Banyaknya perkara yang tak larat dah aku nak fikir.

Hari ni aku telan jugak pedih ni. Aku seka juga air mata aku. Rasa mainan emosi sahaja semua ini. Mungkin aku juga lupa hikmah yang akan datang. Terlampau fikirkan manusia. Kejarkan cita-cita raih simpati manusia. Nonsense.

Aku harap hari mendatang aku akan kuat. Even aku bukan aku yang dulu semangat sentiasa. Pedih hati masih terasa. Calar masih belum hilang. Aku sedang cuba belajar sikit-sikit untuk redha. :')

Sekian untuk hari ini.

P/S : Aku rasa seronok berusrah. Macam-macam cerita. Banyak tak tahu dari tahu.
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Wednesday, March 11, 2015

Semangat!

Assalamualaikum,



:)


Ada masa juga nak update haha! Okey. Baru je lepas update sempat lagi update.hee.

Saat aku nak nangis bila aku dah tak kenal tujuan aku ada kat sini, rasa sakit bila komitmen kita tak dihargai, rasa menyampah nak tengok muka2 yang buat aku rasa menyampah, rasa tak sabar nak tinggalkan tempat ni, tinggalkan mereka since mereka pun dah tak perlukan aku, dan macam-macam lagi yang aku fikir. Aku menangis. Penat. Aku mempersoalkan kenapa. Tapi tiada jawapan. Aku berhenti menangis. Buat apa nak menangis sebab mereka. Perlahan-lahan aku cari kekuatan. Senyuman dalam tangisan. Keikhlasan dalam keterpaksaan. Aku cuba. Tinggal doa sahaja untuk menguatkan aku. Aku harungi juga hari-hari ini. Aku ingatkan balik diri aku tujuan aku disini. Aku cari balik diri aku yang dulu. Then aku jalan-jalan di blog. Ternampak blog cik Isya. Haha. Ya dia masih update lagi blog die. Banyak dah kisah dia aku tak baca. So aku baca. Lepas tu baca entry demi entry. Senyum. Hahah. Gila kejap. Pukul 4 pagi hokeyy! Sebab apa senyum gila sorang-sorang? Entah aku tetiba rindu aku yang dulu. Baca blog cik Isya ingat aku yang dulu. Lepas tu semangat tetiba. Aku tak boleh nangis dah sebab yang remeh. Nonsense. Grow up.

So, today i'm trying to start with a new determination. Semangat. Lupakan kisah yang lalu. Hidup perlu diteruskan. Hargai pada yang masih menghargai.

Sekian.

P/S : Mari mencari redha Allah ;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)