Thursday, November 22, 2012

Aktiviti Berfaedah Kami ~

Assalamualaikum ,


: )


Lama tak taip dan publish kat blog. Hehe. Tak ada benda menarik nak cerita. : ) Tapi kali ni ada la jugak benda nak cerita. Aktiviti aku dan kawan-kawanku!! Hehe! Orang bujang memang ada ja kerjanyo~ : D Idea ni timbul kerana kami takda kerja. Idea apa?? Idea buat kek beramai-ramai bersama Atyn dan Soleh. Berlangsung dirumahku syurgaku. Kononnya ni ala-ala practise sebelom buat kek hari jadi Syera bulan Disember nanti. See2 kami ni rakan-rakan penyayang sebab kek hari jadi kawan buat sendiri pastuh siap ada hari untuk practise. Kes3~~ : D

Kami buat dua jenis kek ja iaitu kek oren dan kek coklat. Tapi kek coklat tu buat sampai dua biji, perabih bahan la katakan plus practise habis-habisan untuk kek birthday Syera. Hehe. Mesti konfim sedap la practise sampai dua kali : P

So ini laa kek-kek yang sedap dalicious sangat ni..hehe sediakan kain untuk lap takut2 terliur.. : P




KEK OREN








KEK COKLAT : DENGAN HIASAN COKLAT RICE DAN KACANG BADAM







KEK COKLAT : DENGAN HIASAN COKLAT RICE WARNA-WARNI DAN KACANG HAZEL







Hehehe..terliur tak?? Tak?? ok fine.. : P Penat oww sampai tiga biji kek. Nasib tiga orang buat, kalau sorang-sorang pengsan 4 jam bangun pon longlai. Hehe kes stamina tak cukop la tu.. : D

Okey la tunggu apa citer kek Syera pulak..haha..ntah jadi ka ntah tunggang-langgang.. : D In the next entry : )





: D


P/S : Hope for better life..pray for Gaza!










TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, October 8, 2012

Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum ,



Ini adalah first entry selepas aku kehilangan ayah buat selama-lamanya pada 5 Oktober yang lalu. Sebenarnya aku tak tau nak nak explain macam mana perasaan aku sebenarnya. Kalau nak cakap sedih tu sememangnya sedih. Tapi aku redha. Sudah tertulis ajal ayah sampai pada waktu tersebut. Aku sebagai anak apa yang boleh aku buat adalah selalu berdoa untuk ayah aku. Doa untuk kesejahteraan ayah. Sentiasa jaga diri sebagai anak perempuan.

Kehilangan ini memang aku tak pernah jangka. Selama ni ayah sakit. Jadi mungkin susah aku nak sedar apa yang lainnya daripada ayah. Aku sedikit dan sangat terkilan sebab sewaktu ayah menghembuskan nafas terakhir aku tiada disisi. Selama ayah sakit aku ada disisi ayah tapi apabila tiba waktu ayah nak 'pergi' aku tiada. Tapi aku redha ketentuan Ilahi. Siapalah aku untuk menghalang rencanaNya. Aku cuba apa yang aku termampu.


Al-Fatihah.


P/S : Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dan kata-kata nasihat. Tak lupa juga ucapan takziah dan sedekah al-Fatihah kepada ayah. Aku sangat menghargai. :')






TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, September 17, 2012

Kudap - Kudap

Assalamualaikum ,



: )



Ohohoho bulan syawal sudah habis maknanya raya pon sudah habis , dan maknanya jugak tak boleh dah puasa enam. Jeng3. Tiba pulak bulan Zulkaedah. Musim haji pulak. : )

Suatu hari tu kan perot aku rasa lapar sangat. Bukak peti ais tak ada apa pon untuk aku makan. Buka kabinet pon lagi lagi lagi laaaaa..tak ada yang menarik untuk aku kudap-kudap. Lepas tu buntu laaa aku ni. Lapar beb..takkan nak pelahap nasik 24 jam je.. mahu jadi belon aku. Tak nak ! Tak nak ! : P

Oleh itu berfikir la otak aku dengan pantasnya...pasal bab makan otak selalu laju, tapi kalau bagi soalan math otak selalu jam macam kat jalan raya masa orang berpusu-pusu nak balik kampung sempena hari raya...kah3..dan tiba-tiba ! Ting ! bunyi idea sudah mari..Hehehe..

Aku teringat aku ada beli coklat bar sebab ingat nak buat coklat yang corak-corak tu. Tapi selalu tak sempat sebab sibuk sangat, okayy malas pon ya jugak hahaha. Okayyy oleh sebab hari ini aku rajin sikit so aku gunakan bahan-bahan yang aku telah beli suatu ketika dulu. Haha. Dan corn flakes pon masih ada, sesuailah nak buat kudapan aku ni.


Mula-mula kenalah cairkan coklatkan. Kalau tak cairkan macam mana nak ngap sekali besar bar coklat tu. Saiz coklat bukan saiz macam coklat cadbruy tu. Bukan ! Haha. Lepas dah cair masukkan cornflakes dan gaulkan.




Dah siap gaul masukkan dalam 'cup'.






Dah masukkan dalam 'cup' sejukkan di dalam peti ais.




Dan tadaaaa ! Dah siap. Bolehlah dijadikan kudapan pada waktu lapang.Haha. Kalau suka boleh tabur badam. Tahap kesedapannya dijamin sedapp ! Hehe.


Orang buat masa nak raya, tapi aku buat masa dah habis raya. Haha. Okayy la baru lain daripada yang lain. : D 



P/S : Hari tu timabang berat..rasa nak nangis je...huhuhu ;'(





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)