Friday, May 27, 2011

Fenomena Halo Matahari

Assalamualaikum,




Hari ini aku nak cerita pasal fenomena halo matahari. Tadi masa baru balik daripada sekolah aku ada berlakunya halo matahari ni. Mula-mula tu aku ingatkan gerhana matahari ataupun gerhana bulan. Biasalah perihal sains2 ni banyak dah lupa. Rasa tu rasa teruja giler aku cakap gerhana matahari. Padahal aku sendiri pun tak tau gerhana matahari sebetul-betulnya macam mana.

Yang agak lawak jugak aku cakap yang keliling matahari tu bayang-bayang bulan. Oww besar tu je rupanya bulan. Hahaha. Nampak sangat cetek betul ilmu sains angkasa ni. Yeah aku pun tak tau saiz bulan besar macam mana. Kalau nak tau kena google la tengok.

Erm macam mana aku tau ini fenomena halo matahari sebab aku google tengok. Aku tak puas hati kalau tak tau cerita sebenar. Nasib baik line internet dah ok boleh la google.

Mengikut wikipedia fenomena halo adalah sejenis lingkaran cahaya seakan-akan matahari yang mengelilingi matahari atau bulan.


Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

sumber : wikipedia

Wahh menarik juga dapat belajar pengetahuan baru ni. Hehe. Ok itu je la aku nak share. Sekian . :)


......................................................................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, May 21, 2011

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum,


Hari ini agak penat juga. Tapi rasa puas hati gila dapat tengok wayang juga. Iyala selalu dok dengar orang pi tengok wayang akhirnya dapat juga aku tengok wayang hehehe.



Cerita apa aku tengok tadi? Tentulah cerita Nur Kasih The Movie. Cerita tu tengah hot sekarang. Ramai orang dok komen cakap cerita tu best. Aku apa lagi cepat-cepat la nak pi tengok. hehehe.
Sebelum cerita Nur Kasih ni keluar kat panggung cik Masitah dah ajak tengok dah. So aku pun apa lagi cepat-cepat la ajak dia. Kitorang pi dua orang ja. First time date dengan cik Masitah. Hahaha.
Masa nak beli tiket tu ramai juga la orang. Alhamdulilah dapat la juga tempat walaupun agak bawah-bawah.

Ermm cerita Nur Kasih tu bagi aku boleh la tahan. Dia ada sedih dan kelakar dia. Part yang sedih tu bagi aku tak la sedih sampai menangis tapi ada la rasa sebak. Part yang mana masa Adam nak mati tu. Lepas tu ada budak tu sanggup berkorban nak derma jantung dia kat Adam. Lepas tu part yang Adam cari cincin Nur Amina masa diorang insiden. Adam hilang. Nur Amina tak putus-putus cari Adam. Akhirnya berkat kesungguhan dia dapat gak jumpa Adam.

Part yang kelakar tak kelakar sangat pun masa tiba-tiba je muncul Nur Amina yang tua. Sebenarnya yang buat aku rasa lawak bila cik Masitah tiba-tiba je gelak bila muncul Nur Amina yang tua dengan spontannya. Hahaha. Orang lain dok tengah feel pun boleh kacau. Iye la mula-mula tunjuk sikit-sikit pastu terus tunjuk muka. Aishh aku pun tak tau nak cerita macam mana. Kena tengok sendiri bagi pendapat sendiri la senang :)

Pada hari yang sama cik Pija, cik Shahira, dan cik nisak pi Ipoh untuk perlawanan futsal. Ermm sedih la tak dapat pi. Aku nak pi tapi tu la ada sebab yang tak boleh dielakkan aku tak dapat la nak pergi. Sedihh kot. Tapi berdasarkan keputusan yang diumumkan oleh cik Pija kat fb tadi, diorang main dengan agak baik. Yeah..they play perfect without me! Ermmm. Tahniah.



...........................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, May 12, 2011

Happy Birthday!!

Assalamualaikum,





Tanggal 12 Mei 2011 cukuplah umur aku 19 tahun.Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk melihat dunia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih berpeluang untuk bernafas dengan selesanya di muka bumi ini.Huhu.

Biasalah bila umur dah bertambah ni takdanya sambutan yang meriah. Cuma jalani aktiviti harian macam biasa. Btw terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi meng'wish'kan Selamat Hari Lahir,Happy Birthday kat aku. Korang memang terbaik!! Sayang korang!! :))

Cik Afiza kata dia nak belanja aku tapi tak tau nak belanja apa. Tapi atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan takdak rezeki la dia nak belanja aku. Tak apa la tahun depan masih ada..hehe..:D

....................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, May 10, 2011

Biar Betul!

Assalamualaikum,

Hari ni aku buat keje gila. Keje yang aku tak pernah terfikir pun nak buat. Hari ini hari first exam untuk pertengahan tahun. First paper Pengajian Am. Kertas 1: 2 jam , kertas 2 : 3 jam.

Untuk kertas 2 aku memang buat gila.

Aku tak buat graf.Aku tak buat GRAF!!!!!!!! Bukannya tak cukup masa tapi aku blurr. Aku tak tau pasai pa dengan aku ni. Aku kena serangan panik. Oleh itu aku dah buang 15 markah macam tu ja. :(


Nak menyesal pun dah tak da guna. Tapi kalau aku FAIL paper ni bermakna hidup aku musnah, gelap tiada harapan. :(((

......................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, May 8, 2011

Tak Bernasib Baik

Assalamuailaikum,

Aku baru je balik dari satu majlis sambutan hari ibu kat Taiping Golf  Resort kat Bukit Jana. Majlis tu nak meraikan setiap ibu yang hadir. Ramai juga yang hadir. Ada yang dari Persatuan ibu tunggal dan macam-macam la. Aku pun tak berapa nak tahu sangat siapa yang hadir. Masa mula-mula kawan aku ajak datang tu aku ingat nak buat saja makan untuk budak-budak futsal dari team kami. Rupa-rupanya nak sambut hari ibu. Owww baru ku tahu. hehe.

Lepas tu ada Lan Pet Pet, Haiza, Maya Matahari, yang hadir untuk menghiburkan kitorang. Rasa pelik pula bila tengok real-real ni. Nampak lain kot dalam tv dengan real. Biasa la aku ni jarang-jarang la nak bertemu artis-artis nih. Tu rasa pelik semacam je. Well kalau dah nama  pun artis pergi mana pun orang nak ambik gambar buat kenangan. Mula-mula Lan Pet Pet. Semua orang berpusu-pusu nak ambik gambar dengan dia. Aku tengok dia pun macam dah tak senang duduk. Aku duduk sebelah meja je dengan Lan Pet Pet tu.hehe. Tengah dok syok-syok melayan ibu Halimah dari Jamu Mak Dara yang tengah memberi ucapan tentang produk beliau orang dok sibuk nak tangkap gambar bagai. Wah susah jugak jadi orang terkenal ni. Ok aku lupa nak bagi tau  ibu Halimah dari Jamu Mak Dara turut hadir memeriahkan sambutan hari ibu. Hehe.

Tak lama lepas tu Haiza dan Maya Matahari pula datang. Wahh cantik kot. Masa aku tengok kat tv biasa-biasa ja. Mekap diorang punya la tebal. Dressup jangan cerita la. Biasa la artis mestila kena kelihatan cantik sebab diorangkan menjadi perhatian umum. Lepas diorang wat persembahan ja orang dok sibuk panggil nak tangkap gambar. Well artis.

Ok itu semua bukan la cerita utama yang aku nak bagitau. Aku nak cerita pasal nasib yang tak berapa nak baik. Ermmm untuk kesekelian kalinya aku tak pernah nak bernasib baik. Bernasib baik pasal pa ni nak bagi tau. Well kalau dah majlis rasmi ni mesti la ada macam-macam acara. Antara acara feveret aku 'lucky draw' atau istilah melayunya cabutan bertuah. Eeeeeee geram kot. Muka ni memang kalau bab-bab cabutan bertuah memang tak bertuah langsung. Dah la mengharap dengan penuh pengharapan. Last-last tak dapat. Agak mengecewakan jugak. Hadiah dia boleh la tahan. Antaranya barangan Jamu Mak Dara dan hamper.
Seumur hidup aku tak pernah nak dapat cabutan bertuah ni. Hadoi..

Teringat masa dekat Putrajaya haritu. Hadiah cabutan bertuah dia memang superbb giler. Memang kalau dapat memang tak tidur malam la kot aku rasa. Ni la antara hadiah-hadiah dia. Sumpah rasa nak menangis.










Giler superb kan. Penat lelah kami tunggu samapai habis majlis tidak berbaloi. Tak dak rezeki la katakan. Aku memang jelez la tambah-tambah lagi yang ipad tu la. Serius jelez. Yang hanphone nokia tu aku tak pasti la nokia tu ke atau jenis lain. Tapi yang konfom handphone tu canggih. Budak yang menang laptop tu duduk depan meja kitorang. Tengok muka dia memang senyum memanjang. Ya la menang laptop tu. Sapa nak bagi oii. Aku dengar juga menang sekali broadband. bertuahnya badann....

Ermmmmmm........Bila aku nak bertuah pulak nih!!!HUHUHU

Ok ok. Itu semua bukan masalah besar. Tak perlu nak runsing-runsing. Tahun depan cuba lagi.

.............................................................................

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)