Hari ini aku nak cerita pasal fenomena halo matahari. Tadi masa baru balik daripada sekolah aku ada berlakunya halo matahari ni. Mula-mula tu aku ingatkan gerhana matahari ataupun gerhana bulan. Biasalah perihal sains2 ni banyak dah lupa. Rasa tu rasa teruja giler aku cakap gerhana matahari. Padahal aku sendiri pun tak tau gerhana matahari sebetul-betulnya macam mana.
Yang agak lawak jugak aku cakap yang keliling matahari tu bayang-bayang bulan. Oww besar tu je rupanya bulan. Hahaha. Nampak sangat cetek betul ilmu sains angkasa ni. Yeah aku pun tak tau saiz bulan besar macam mana. Kalau nak tau kena google la tengok.
Erm macam mana aku tau ini fenomena halo matahari sebab aku google tengok. Aku tak puas hati kalau tak tau cerita sebenar. Nasib baik line internet dah ok boleh la google.
Mengikut wikipedia fenomena halo adalah sejenis lingkaran cahaya seakan-akan matahari yang mengelilingi matahari atau bulan.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
sumber : wikipedia
Wahh menarik juga dapat belajar pengetahuan baru ni. Hehe. Ok itu je la aku nak share. Sekian . :)
......................................................................................................................
0 Pendapat:
Post a Comment