Monday, May 21, 2012

Bukit Larut : Pendakian Yang Berjaya !!

Assalamualaikum ,


: )


Lama dah tak tulis menulis kat blog nih...hehe...bukan malas...okayy malas sikit tapi sebenarnya keterujaan menulis hilang cepat sangat...haha..iyelah baru bukak komputer teros on fb lepas tuh baca itu baca ini lepas tuh tetibe tak ada mood...hehh? apo kena mengeno jooo?? : P

Okayy sekarang nih aku giler serabut sangat...lima bulan duduk rumah...perabih duet perabih beras.. suatu tekanan sebenarnya sebab aku tak menjadi apa-apa. Rasa macam i'm miss zero sekarang nih. Nak cari benda nak buat tak ada benda nak buat. Tengok tv tak larat nak tengok. Tengok fb lagi sumpah aku tak larat. Bosan. Makan takot gemuk pulak. So?? apa yang aku dah buat selama lima bulan ni. Arghhhhhh!!! tak ada apa-apa. : (

Okayy lupakanlah sekejap cerita pasal hal serabut. Sekarang nak cerita pulak aktiviti aku. Bila aku dah serabut aku mesti nak keluar. Tapi bukan keluar pergi merapu-merapu. Tapi keluar beriadah dengan kawan-kawan lama. Actually tak ada lah lama. Tiga tahun ja kami terpisah. Haha macam jejak kasih pulak. Memang jejak kasih pon. Hehe.

Cerita ni dah lama tapi sekarang baru nak cerita. Aishh panjang betoi intro. Cecube straight forward. : P Okayy pada hari ahad 13 Mei 2012 hari tu memang bosan tak bosan jugak la bagi aku. Tapi agak seronok jugak sebab kawan aku ajak mendaki bukit larut. Yahoo !! ya bedabedaduuuu!!! Rindu tau nak jupa diorang. Masing-masing sibuk belajar semua so lama sangatttt kami tak jumpa. So kami decide pergi bukit larut sempena reunion semula kami nih : )

Nak cerita habaq mai mendaki bukit larut ni bukan macam mendaki tangga kat sekolah tu. Giler penat. Ambil masa kira-kira berjam-jam jugak sampai. Ikot hati kau aku pilih nak naik jip ja sebab tinggii sangattttt !! Lebih kurang pukul 8 kitorang daki. Aku baru je pijak beberapa step permulaan perdakian kami nih dah terasa lelah. Nama pon daki. Mesti la kan condong. Tenaga yang digunakan banyak daripada kita jalan straight. Dan namanya pulak bukit mesti banyak condong. Hahaha ! Serius tenaga aku habis. =,=" So untuk elak penat sangat berhenti jugak la sambil snap beberapa gambar dengan "kalkulator" (bukan nama sebenar).




aku muka letih.mereka je masih steady =,="




di check point pertama. sebenarnya penat tapi masih bersemangat. Yeah!





kamilah duta kempen menjaga kebersihan jalan raya kita ; )




King and Dayak malu-malu nak tangkap gambar : P





love them <3







macam-macam sudut kami cuba...hehe






rasa ni kat checkpoint 2...budak lelaki jenoh tunggu budak perempuan kesian depa : D


 


budak lelaki malu nak tangkap gambar...hehe




wahhh cantik sangat...rasa tu macam wisma Taiping je? Yeke?




masa ni aku rasa aku kena tinggal jauh dah...=,="




mereka masih bersemangat..arghh mana aku?




sambil tunggu aku..mereka posing dulu...aku mana?




ni haaa...penat tau nak kejar diorang...tak ada tenaga dah...




Mape,Hafiz,Dayak,King heroes of 5Sc2










Sampai puncak jugak akhirnya..Yeayyy!! Pendakian yang berjaya !



Fuhhh!!! serius penat sangat. Aku rasa ni la first time aku rasa dah tak ada tenaga sangat-sangat. Tapi akhirnya syukur berjaya jugak naik bukit larut sehingga ke puncak. Ni semua berkat semangat kawan-kawan aku. Hehe. Diorang suruh jugak aku naik sampai puncak dan aku berjaya !! Totally masa kami naik lebih kurang 5 jam. Dari pukul 8 sampai pukul 1. Penat tau. Kesian jugak kat diorang sebab aku semua lambat. Hehe. Patut 4 jam jadi 5 jam gara-gara berhenti banyak kali sebab tunggu aku. Baikkan diorang..Hehe..


Okayy kalau dah alkisah naik 5 jam macam mana pulak turun?? Jauh kott...Di entri akan datang..Hehe : D



P/S : Jiwa kacau fikir masa depan =,="





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

0 Pendapat: