Wednesday, March 11, 2015

Semangat!

Assalamualaikum,



:)


Ada masa juga nak update haha! Okey. Baru je lepas update sempat lagi update.hee.

Saat aku nak nangis bila aku dah tak kenal tujuan aku ada kat sini, rasa sakit bila komitmen kita tak dihargai, rasa menyampah nak tengok muka2 yang buat aku rasa menyampah, rasa tak sabar nak tinggalkan tempat ni, tinggalkan mereka since mereka pun dah tak perlukan aku, dan macam-macam lagi yang aku fikir. Aku menangis. Penat. Aku mempersoalkan kenapa. Tapi tiada jawapan. Aku berhenti menangis. Buat apa nak menangis sebab mereka. Perlahan-lahan aku cari kekuatan. Senyuman dalam tangisan. Keikhlasan dalam keterpaksaan. Aku cuba. Tinggal doa sahaja untuk menguatkan aku. Aku harungi juga hari-hari ini. Aku ingatkan balik diri aku tujuan aku disini. Aku cari balik diri aku yang dulu. Then aku jalan-jalan di blog. Ternampak blog cik Isya. Haha. Ya dia masih update lagi blog die. Banyak dah kisah dia aku tak baca. So aku baca. Lepas tu baca entry demi entry. Senyum. Hahah. Gila kejap. Pukul 4 pagi hokeyy! Sebab apa senyum gila sorang-sorang? Entah aku tetiba rindu aku yang dulu. Baca blog cik Isya ingat aku yang dulu. Lepas tu semangat tetiba. Aku tak boleh nangis dah sebab yang remeh. Nonsense. Grow up.

So, today i'm trying to start with a new determination. Semangat. Lupakan kisah yang lalu. Hidup perlu diteruskan. Hargai pada yang masih menghargai.

Sekian.

P/S : Mari mencari redha Allah ;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Setelah Lama Tak Post

Assalamualaikum,


:)


Haiii..lamanya tak tulis blog..terlalu banyak cerita yang nak dikisahkan. Aku rindu nak mengarang. ye walaupun mengarang bukan minat aku sangat tapi dengan mengarang aku tak pernah rasa stress. So aku suka mengarang. Walaupun mungkin kalau mengikut tatabahasa bahasa Malaysia banyak salah, tapi selagi yang membacanya dapat membaca okeyy la tu kann..heee. Aku suka bila kalau lecturer bagi test atau quiz yang suruh mengarang. Sebab aku tak perlu menghafal dan semuanya bergantung sepenuh pada otak aku sahaja dan fakta-fakta yang pernah aku baca. Kalau tak baca tak boleh mengarang juga sebenarnya.

Lamanya aku dah tinggal kampung halaman. Eh tapi mesti la ada balik kampung juga. Maksud aku dah lama aku bermaustatin kat negeri orang. Macam tak percaya. Tapi lama tak lama pun nak masuk dua tahun je pun. Tapi aku rasa lama la juga. Sebab sepanjang tempoh tu macam-macam perkara dan peristiwa yang aku tempuh. Pengalaman kat negeri orang ni banyak mematangkan aku, banyak mengajar aku pasal erti kehidupan, kenal diri sendiri. Sebelum ni mungkin aku boleh katakan aku ni seorang low confident level jugak punya orang. Tak yakin pon nak cakap kat depan. Dengan orang yang baru kenal. Sekarang? Hmm tak laa berani sangat..haha..tapi walau tangan yang menggeletar sekurang-kurangnya aku dah tak rasa segan nak cakap kat depan dan nak berconfident bila cakap dengan orang lain. Mungkin bagi orang lain..elehhh itu je.. tapi dalam tempoh singkat ini iaitu dua tahun ini sedikit-sebanyak dah membentuk diri aku. Aku sudah lebih jelas dengan matlamat aku. Tinggal nak berani je lagi. Haha =_="

Bila berjauhan dengan family ni kita ada kawan-kawan kat sini je buat teman gelak tawa, nangis suka duka, bila kita kesunyian. Alhamdulilah aku dipertemukan dengan pelbagai sahabat disini. Tak sedetik pun aku rasa sunyi walau aku berjauhan dengan family. Merekalah peneman aku kat sini. Masak, buat program, assignment, dan macam-macam lagi aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Tak kiralah dari kawan serumah sampailah rakan sekelas. They are awesome!

Hari demi hari berlalu. Macam-macam perasaan ada. Kadang rasa penat nak nangis sebab manusia. Manusia tak sempurna. Ada hari dia menyenangkan ada hari dia menyakitkan. Allah jentik aku dengan ujian yang kecil aku sudah rasa rebah, rasa dah tak sanggup. Allahu Akhbar! Masih lemah iman. Masih banyak perlu aku belajar dalam hidup ni. Ujian ni mematangkan. Semoga aku kuat. Semoga kita kuat. Bergantung pada Allah jua kau takkan pernah kecewa. :)

Kalau cerita pasal masa depan pulak aku tak tahu la. Haa beratnya nak bayangkan. Tempat praktikal pun aku tak tahu kat mana la nak pergi. Since GST pun dah nak dekat ni, ingat nak pergi cari kat luar bandar je..hmmm entahlah tak buat keputusan lagi. Fokus study dulu la. Kerja? Langsung la tak boleh nak bayangkan. Hmmm macam-macam nak fikir ni. Kena start merancang dah ni. Ayoyoyokk!

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi aku dah tak ingat. Sebab dah peram lama sangat dalam otak kan. Dah jam. Hmmm..cuma nak cakap..aku harap perubahan ni tak mati disini, tak habis walaupun aku dah sambung belajar malah bertambah lagi. Aku tak tahu apa lagi akan jadi pada masa depan aku. Susah juga sebenarnya nak berubah. Lagi kau cuba lagi banyak cabaran. Cabaran itulah sebenarnya mengekalkan lagi perubahan kau. Sama ada kau jatuh atau terus bangkit. Semoga aku terus istiqomah walaupun aku dah jauh dengan mereka. Aku tak habis belajar lagi tapi dah rindu mereka. Semoga perjalanan ini perjalanan yang bermakna dan penuh dengan kemanisan iman. Aku harap aku kuat. Sentiasa kuat. Aku merancang Allah juga merancang, yang pasti perancangan Allah itu lebih baik.

Doa untuk aku. Doa untuk diri kita. Doa untuk saudara-saudara kita. Supaya kita sentiasa lurus dijalanNya. Supaya generasi kita tidak membesar dengan sia-sia :)

Sekian dahulu nukilan kali ini,

Assalamualaikum..

P/S : Kalau kau fikir jodoh itu rahsia Allah, maut juga rahsia Allah..tak tahu mana satu yang datang dahulu. :)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, December 11, 2014

Masih Disini

Assalamualaikum,


:)


Haiiii!!! Rindunya nak berblog balik!!!Tak tau nak cerita macam mana rindunya kat blog sekarang nih..hehe..Hmm nak cakap sibuk tu hmmm entahlahh benda lain boleh buat pulak macam tengok movie hohoho.

Sekarang banyak sangat perkara dah berubah. Aku,teknologi, dan orang sekeliling..Ya Allah betapa rindunnya aku dekat mereka. Haishh Terimbau-imbau kenanangan.. Rindu korang sangat-sangat. Kalau dulu facebook jadi medan utama untuk kitorang berhubung, lihar perkembangan masing-masing. Tapi sekarang dah ada whatsapp, wechat, Instagram.. Nak tau perkembangan diorang tanya atau tengok kat situ je. Kadang-kadang kat facebook pon masih ada yang aktif. Rinduu..

Alhamdulilah aku masih disini. Intan masih hidup lagi. Hihi. Kehidupan aku setakat ini alhamdulilah. Biasa-biasa ja. Belom ada agenda nak kahwin lagi. Jangan risau kalau ada aku mesti jemput. Kah3. Haha. Entahlah semakin meningkat usia aku ini aku asyik disogokkan dengan cerita kahwin sahaja. Yangsebaya aku ramai yang dah kahwin. Haishh macam mana la aku tak terfikir hal kahwin. Haha. Tapi untuk aku belom lagi. Stay macam ni je. Chill! Since kawan-kawan rapat aku belom kahwin lagi memang la aku boleh chill.Haha. Tapi betulkan niat. Bukan nak kahwin sebab kawan kita nak kahwin okeyy. Hidup bukan fikir pasal kahwin semata-mata. Mahalkan dirimu. Simpan untuk yang halal okeyy. ;)

Cuma nak cakap lagi..tetiba rindu kawan-kawan lama aku. Nak nangis. Hehe. Sekarang. Aku yang sekarang bukan yang dulu. Of course people change right. :D Mentally...Physically... hehehe. Alhamdulilah hidup aku semakin bewarna-warni. Aku kenal macam-macam orang. Mereka mengajar aku banyak perkara tentang hidup. Hidup jauh dari keluarga juga mengajar aku untuk berdikari. Semua perkara kena buat sendiri. Tiada emak untuk sediakan semua. Hua3 Tiada yang terbaik selain rumah sendiri. :)

Insya Allah tinggal setahun setengah lagi untuk aku habiskan pelajaran aku di Shah Alam ni. Gambate!! Menggenggam segulung ijazah menjadi idaman..yeahhh!!

Okeyylah setakat ini sahaja untuk kali ini.. semoga berjumpa lagi!

;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)