Entri kali ni special sikit. Sebab apa dia special mari kita baca ramai2.
Kisahnya bermula seawal pagi Sabtu....
Aku dengan lengkap berseragam memakai T-shirt atau jersi yang berwarna hitam merah. Tertera tulisan 'X-TREME GURLZ' (fuhhhh...) di belakang jersi. Dengan berinner putih dan bertudung putih , kasut berwarna coklat (my feveret) yang hampir lusuh dek kerana tuannya ketidak menjagaan dirinya : P sambil tersarung stokin berwarna putih ( putih lagi...) di kaki. Semangat untuk beraksi di padang futsal berkobar-kobar (berkobar-kobar laa sangat..: P)
Dan untuk itu aku hanya mampu dapat bermain selama 5 minit sahaja separuh masa perlawanan. Hahaha. Dari lima perlawanan (kalau tak silap le) satu perlawanan separuh masa pertama iaitu 5 minit sahaja aku dapat beraksi. Itu pun dengan aksi yang teruk aku tunjukkan (padan la main 5 minit je...) Aku sudah tidak hebat..Blurrrrr...Perlawanan selebihnya aku jadi penonton yang over excited tengok team aku main yang suke sangat nyaris nak goal. Hal ini menyebabkan keluarlah suara yang kuattt..Shoott!! Shoott!! bagai nak rak tapi tak goal pon..
Tapi berkat aku beraksi 5 minit je team 'X-TREME GURLZ' berjaya mendapat tempat ketiga dari enam pasukan. (kalau aku main lebih daripada tu mesti tak dapat) Hahaha. Biasalah sumbangan besar bukan dari aku. Tu boleh dapat tempat. Pasukan yang menang no 1 dan no 2 hebat2 belaka dan diorang ada pemain yang berpengalaman. Kira ok la dapat no 3 : ) Dapat RM 200 : D Tahniah...Lain kali no 1 pulak k. ; )
*sebab-sebab aku cakap (tulis sebenarnya) entry ni special :-
- Aku tulis dalam kertas dulu baru aku post dalam blog (nak jimat elektrik laa katakan)
- Pecah rekod aku dapat main 5 minit je (tak kisah pun..sambil mata ke atas)
- Entri pasal futsal ( suka futsal ; P )
- Banyak pulak angka lima..haha
- Dan sebab yang terakhir sebab aku rasa nak tulis entri ni special tu jadi special entri ni..special x ??? : D Ngeeee
EXTRA : Tunggu la kebangkitan aku..yeahh!!! ; P
0 Pendapat:
Post a Comment