Tuesday, October 1, 2013

1906

Assalamualaikum , 


:)


Jika Kehadiran seseorang itu Menyakitkan hati kita, Mengkhianati atau Melukakan hati kita. Ketahuilah mereka adalah utusan daripada Allah untuk menduga dan menguji hatimu 


Hai. Lamanya tak jenguk blog ini. Hihi. Aku nak update tapi selalu tergendala. Well biasalah busy....facebook lebihh~~ :P

Tahu tak sejak aku duduk luar jauh dari tempat asal, macam-macam perkara aku belajar. Aku belajar kenal diri aku dan juga orang lain. Kalau dulu pengetahuan aku terhad kerana aku berada ditempat yang terhad. Ahh imagine je lah terhad aku maksudkan tu.

Normal la kan kalau kawan-kawan gaduh. Aku, aku tak pernah lagi la setakat ni gaduh besar punya dengan kawan-kawan aku. Aku tak boleh. Mereka antara yang terpenting dalam hidup aku, so tak bisa aku kalau tak cakap dengan mereka. Aku sayang mereka tau walaupun aku tak pernah cakap. Ceewaahhhhhhhhh~~  :)

So kenapa aku update pasal ni tiba-tiba?? Hmm ye sebab dah terjadi, tapi bukan akulah. Tahu tak aku seorang yang sangat susah menangis secara tiba-tiba?? Tapi bila perkara ini berlaku air mata aku mudah mengalir. Pelajaran aku terganggu sikit. Walhal bukan aku yang gaduh. Haaa so pelik! =,="

Aku tak berapa pasti sebab sebenar mereka bergaduh. Tapi beberapa kali jugak aku tengok, dengar mereka gaduh a.k.a perang mulut. Jerit,tengking..Okey kalau ada kat tempat aku macam mana?? Hmm.. Dah la everything we share together, then this things happened. Suddenly.

Sampai sekaranglah perkara ini berlarutan. Aku yang rasa mungkin boleh jadi pendamai pon dah give up. Hari tu kitorang ada usrah. Ketua usrah tu tau la apa yang berlaku. Dia cubalah yang terbaik untuk mendamaikan. Aku yang tak da kena mengena boleh pulak menangis. Aku pon tak tau kenapa? Haishh buat malu ja. :P

Kawan kita yang kita jumpa kat sekolah tu tak sama dengan kawan yang tinggal serumah dengan kita. Yang dekat sekolah tu mungkin kita hanya kenal dia 30 % je. Yang satu rumah tu 100% luar dalam dia kita akan kenal. So dalam situasi macam ni kena bersedialah kalau dia akan buat perkara yang buat kita tak puas hati sebab tolak ansur dan bertimbang rasa tu penting apabila kita serumah. Ada yang pengotor,pengemas,tak suka itu,tak suka ini. Kena ingatlah duduk luar ni tak sama macam duduk rumah dimana kita boleh buat sesuka hati kita.

Aku setakat ni bolehlah. Tak adalah 100% aku suka ataupun tak suka. Kita kena give and take. Tapi sejak adanya masalah ni aku pon semakin kenal diri aku. Aku memang kadang-kadang boleh tewas dalam keadaan tekanan. Oleh sebab tu aku cuba mengatasi perkara ni. Tahu tak sebab perkara ni, aku punya buat kerja gila yang tak pernah aku buat atau tak pernah terfikir nak buat pon. Haha. Hah baru keluar 'haha' setelah beberapa perenggan. Kalau mak tahu ni memang kena sembelih hidup-hidup kau.. :P Salah satu sebab terjadinya kerja gila ni... Ahh aku memang geram dengan kawan aku lagi sorang ni. Mesej aku sampai sekarang tak dibalas. Ishh. Memang dia kenalah kalau aku jumpa dia. Geram! Tapi takpalah malas nak cerita kerja gila apa yang menyebabkan habis RM aku huahuahua, nanti kalau mak aku jumpa blog ni habis aku pulak. Hehe.

Bagi aku dalam berkawan ni memang macam-macam perangai kita jumpa. Ada suka ini,ada yang tak suka ini. Ada cakap kasar, ada yang lembut sangat. Tapi aku tak tau nak nak cakap macam mana tapi nak cakap jugak kawan-kawan yang aku jumpa setakat ni memang best. Kadang-kadangkan aku rasa kitorang ni 'sepesen' (sama ja). Walaupun tak macam orang lain tapi aku rasa itulah keunikan kami. Hahaha. Seriuslah.

Kadang berkawan ni pon macam bercinta. Terima dia seadanya dan dia terima kita seadanya. :) Kawan-kawan ni Allah yang bagi. Jadi cubalah hargai sebaiknya. Bergaduh tu biasalah. Tapi bagi aku tak biasa. Hehe. Aku tak boleh kalau gaduh dengan kawan aku. Biarlah aku sakit hati. Asalkan hubungan ni sentiasa terjaga. Insya Allah.

Haaa ada lagi..hehe..walaupun ada kelas lagi sejam tetap masih mahu tulis lagi..Dah la Zohor belum lagi :P Baju tak gosok lagi..:P Okeyyy sikit lagi ye...Kadang kawan-kawan kita ni melakukan kesalahan yang mungkin menyakitkan hati kita..tapi jangan hanya kerana satu kesalahan tu kita nak tutup sepuluh kebaikan yang dia pernah buat. Itu aku. Walaupun kadang-kadang orang cakap 'hang kenapa kawan dengan dia, dia tu suka buat macam tu,macam ni??' Tapi honestly kadang-kadang aku terpengaruh. Aku suka ikut cakap orang walaupun hati aku tak tahu kenapa. Itu mungkin satu ujian untuk aku juga. Kadang-kadang walaupun aku faham, tak semestinya aku yang terbaik..layak jadi kawan baik. Sebab kawan yang baik akan sentiasa menasihati kawan dia. Aku...aku kadang-kadang...tapi yang termampu aku akan cuba.

Okeyy aku rasa aku dah banyak sangat info aku bagi.. Yang boleh pakai tu ambil,yang macam ntah hape je tu abaikan..Aku juga sedang belajar cara-cara nak bagi perkara yang terbaik dalam blog ni. Tulis benda-benda manfaat..taklah asyik nak tulis isi hati je,pengalaman hidup yang tak banyak mana ni...Aku sedang belajar..kalau ada salah atau tak puas hati tu biasalah..aku manusia biasa punyai kelemahan :P





*Ingat nak upload gambar,tapi nanti-nantilah ;)

P/S   : Sayang aku pada mereka hanya Allah saja yang tahu :) Friends forever <3


TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, September 12, 2013

Merantau

Assalamualaikum ,





:)


Lama tak menulis kat blog. Nak kata sibuk hahaha..itu je yang mampu. Sambil menulis blog sambil melayan lagu. Lagu Sandiwara Cinta. Hmmm syahdu jugak la. Kawan aku pernah sampai nak menangis lagu ni. Aku pon tak paham kenapa dengar lagu je boleh nangis. Okeyy mungkin aku tak pernah mengalami situasi macam tu kan. Sambil menaip ni rilek dulu sebelum masuk kelas pukul 2. Ikotkan malas betul nak pergi. Satu kelas jer. Tapi mengada-ngada sangat la malaslah apalah. Jangan malas sangatlah tak kemana pon. :P

Hari ni lega sikit daripada demam. Deman sebab bengkak gusi. Uishhh memang rasa tak larat sangat satu badan. Waktu sakit macam ni rasa macam nak balik rumah je. Tapi tu lah rumah jauh sangat pulak. Tapi takpe kat sini ada kawan-kawan yang ambil berat jadilah sebagai pengubat rindu nak balik rumahkan. Legalah sikit daripada semalam nak kena kipas pon tak boleh tau. Tapi tak kena kipas pon badan tak berpeluh dan masih sejuk mengigil. Makan tak lalu. Takpelah sihat ke sakit ke Allah yang bagi. Tanda Allah sedang ingat kita. :) Kuatkan Semangat!

Tau tak sejak hidup merantau ni macam-macam benda aku tengok,kenal,tahu dan tak tahu. Antara perkara yang menarik pernah berlaku sepanjang aku belajar kat sini iaitu dapat masuk ke studio tv3 buat rakaman rancangan 'Akustika Ramadhan'. Dapat jumpa artis. Tapi aku tak berapa teruja pulak bila dapat jumpa artis sebab bila tengok depan-depan kan aku tengok diorang pon manusia biasa jugak. Ada hidung,mata,mulut. Ke sebab tak jumpa feveret aku? Ke aku memang tak berperasaan? Haha entah la. Lepas tu kat sini aku belajar naik bas, teksi pergi balik stesen bas,KTM. Tak pernah seumur hidup aku, terfikir aku boleh buat semua ni sorang-sorang. Yes.sejak duduk kat sini semua rasa macam aku kena buat sorang kena bijak fikir jalan mana yang terbaik. Ceewahhh ayat mengada gitu.

Di sini jugak aku belajar erti apa itu persahabatan. Tak kiralah bagi pihak aku mahupun pihak yang satu lagi. Apabila duduk berjauhan daripada keluarga kita cuma ada kawan-kawan je kat sini. So dari sini kita kena pandailah bergaul. Aku memanglah jenis tak pandai bergaul sangat pun. Tak tahulah. Hanya orang yang tertentu je boleh masuk. Yang lain pon okey jugak. Takde gaduh-gaduh pun. :) Cuma kadang-kadang tu kitan tak tahu siapa kawan yang boleh kita minta tolong kalau kita susah. Setakat ni....no komen :) Aku jugak beljar memperbaiki diri aku untuk jadi sahabat yang baik untuk kawan-kawan aku. Tak kiralah baru kenal ke, lama kenal ke..Kadang-kadang tu honestly memang selfish tu ada. Dan tak dinafikan kadang-kadang kita kena selfish. Tapi entahlah..kadang-kadang tu dalam sesetengah situasi tu..kecewa tu muncul sebab selfish..Tapi semua orang tak sempurna,semua orang nak terbaik dalam kehidupan mereka tambah lagi dalam zaman sekarang kita perlu bersaing. :) So setiap hari aku cuba menasihatkan diri aku, aku juga melakukan kesilapan,begitu juga mereka, sama-sama sepatutnya saling menasihati. Terima dengan ikhlas dan jangan ingat diri sahaja yang betul. :)

Bab pelajaran pula, aku dah masuk semester 2. Hmmm tough jugak subjek sem 2 ni. Aku memang tak tahu boleh score kaw-kaw ke tak. Kadang-kadang tu kan rasa macam ahhh nak give up,malas nak study, tapi aku kena ingat tujuan aku apply nak belajar kat sini. Apa tujuan aku nak sambung belajar? Insya Allah aku kena kuat walaupun tak kaw tapi biarlah berpatutan...ahhh istilah ape ntahh aku ni..demi mak,keluarga, dan semua orang yang aku sayang. :)

Oh lagi satu, Twitter i dah boleh bukak. Aww boleh dah tweet2 balik dah lepas ni. :)


P/S : Tidak bisa ku gapai walaupun hati meronta mahu..Oleh itu aku perlu berusaha lagi.. :)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, August 23, 2013

Square

Assalamualaikum ,



:)


Haii..
Hari ni aku berada dalam mood yang berbolak balik..
Macam-macam emosi ada..
Aku dah tak tau nak rasa apaa..haish

Pernah tak rasa kecewa?
Kecewa..hmm
Aku tengah kecewa sekarang..sebab tu berperenggan post ni
Tau tak sekarang macam-macam aku fikir..ahh memang tak tau la kan..
Keluar berseronok jumpa kawan-kawan tadi rasa separuh je seronok tu..
Iyelah takkan nak bad mood jumpa orang sebab bukan salah diorang..
Aku perlukan ketenangan..

Kadang-kadang rasa macam tak guna je kan sebab tak pernah buat orang yang kita sayang happy..
Kadang-kadang aku rasa macam tu..
Haish sampai tak sanggup nak tengok muka pon..
Sebab serba salah..
Rasa tak guna..
Menangis pun tak guna kalau tak usaha..


I'M SORRY

P/S : Kecewa yang tak terucap....
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, August 10, 2013

Hai, Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum ,



:)



Hai Selamat Hari Raya! Hari ini raya kedua nak masuk raya ketiga. Raya tahun aku raya biasa2 ja. Takdak meriah sangat. Baju pon bedal je mana yang ada. Kuih raya semua kuih tunjuk. Takda mood nak buat kuih. Cuma buat ketupat, rendang, nasi impit, dan kuah kacang ja. Kalau nak masak special2 tunggu orang datang la kot. Hehe.

 Raya tahun ni simple je. Mak pon tak sihat sangat. Anak-anak dia pon tolong yang termampu je sebab tak pro nak masak sedap2. Raya tahun ni pon raya tiga orang ja. Kakak, aku dan emak. Simple.

Raya raya ni tak tau nak buat apa. Bukak tv. Layan je cerita tu best ke tak. Ulang pon ulang. Kalau tak layan tv layan fb,twitter dan pelbagai yang mengikut mood. Hahh cerita pasal fb malas bebenor nak bukak fb selalu hari raya ni. Sebab apa tau tak? Sebab semua sakan post gambar raya di pagi 1 Syawal. Majoriti timeline. Okayy normal laa biasalah. Yang tak normal aku jelah takdak gambar nak post. Haha. Bukan takdak baju raya tapi takdak siapa nak tangkap gambar. Jurugambar rasmi takdak. Nak syok sendiri okeylah. U knoww syok sendiri.

Duit raya tahun ni tak boleh nak cerita lebih-lebih laa berapa jumlah hasil kutipan sebab baru raya kedua kann. Mana tau kot2 rezeki kat raya keempat, ke raya kelima ke kann? kann? :P Sebab lain lagi tahun ni tak raya mana sangat pon. Biasa-biasa je.

Mercun. Tak main. Tak sentuh pon. Even yang pop2 tu pon. Bunga api pon tak main. Kalau Annesa dengan Awadah balik sini boleh laa main. Ada geng. :P Ni sekarang sorang2 takdak kawan nak main dengan yang ye dokk?? Rindu zaman kecik-kecik dulu. Main mercun, bunga api, main api, memang wajiblah. Lepas bukak puasa mesti main. Dengan sepupu-sepapat, kawan-kawan. Zaman kecik-kecik jugak bestkan. Hehe.

Okeyy tak tau nak cerita apa lagi pasal raya aku tahun ni. Sebab raya pon tak habis lagi. Huhu. Tak tau lah bila semangat raya aku yang dulu-dulu nak muncul. Mood raya sekarang 50-50 ja. Tapi masih boleh dikawal lagi. Perghh~ Nak bercerita raya kat orang pon takdak cerita. Raya saya yang biasa-biasa. Kalau ada kelapangan datanglah rumah meriahkan raya aku. Hehe. Okeyy itu je.


*Ahh ingat nak letak gambar, macam-macam hal teknikal pulak... =,="



P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, July 29, 2013

Excited Sangat! =,="

Assalamualaikum,



:)


Hai! Aku nak final exam. Tak sedang menghadapi final tapi aku masih menghadap fb,twitter,blog, dan sebagainya. Ianya menunjukkan i'm cool with exam~hehe..pigidahh!! Tak concentrate lagi ada laaaa~~ =,="

Bulan tujuh ada beberapa kawan aku punya hari jadi. Bulan tujuh aku selalu aku susah ingat. Hehe :P. Sebab birthday Afiza yang selalu aku boleh hafal aku tak ingat. Serba salah kot! Birthday dia 7 July tapi aku wish 18 July. Aku memang betul2 tak ingat. Ialah rasa teruk sangat.

So the next birthday untuk bulan 7 cik Solehah. Itu pon aku keliru antara bulan 10 atau bulan 9. Aku seorang kadang-kadang punyai short term memory. A few date birthday kawan aku je aku boleh ingat betul2 punya. Tapi yang birthday Solehah ni selepas aku check2 dan reconfirm balik betullah telahan aku. 29 July. Haha.Tapiii..........sebelum sampai ke telahan yang betul tu pon aku masih keliru. Hahaha! adoyy nasib tak kantoi. Birthdayy aku dulu Solehah tu call wish birthday. Kali ni birthday dia aku ingat nak call la jugak konon. Mula-mula first call dia tak angkat. Takpa lek lu. Lepas beberapa minit aku call lagi. Die angkat dengan suara mamai2. Baru bangun kot. Baru balik dari Kelantan kot teka aku lagi.

Lepas tu, aku tengok date.. 27 July..masa tu tengah on call dengan Solehah..Then baru aku ingat birthdayy 29 BUKAN 27 !!!! So apa yang terjadi?? Kredit sedang jalan. Niat asal nak nyanyi lagu birthdayy..so macam mana?? Hahaha! sumpah rasa macam lawak! Nasib tak tersasul pi nyanyi lagu birthday!! Huhuhu~~ Aku tak boleh bayangkan apa akan terjadi pada hidup aku kalau aku tersasul waktu tu. Tutup dengan sarung guni pon rasa tak cukup kot..Haha..So pada waktu tengah call tu aku bagi alasan " ehh tak da apa la, takpalah Soleh kredit aku tak banyak ni...okey bye assalamualaikum.." Lebih kurang macam tu la dialognya..Lepas letak tu rasa macam malu plus kelakar =,=" Hadoyyy~~ Agak Solehah tu tertanya-tanya tak sebab apa aku call hari itu?? Jeng3~~ ;)



P/S : Happy Birthdayy Solehahhh!! Happy Birthdayy Afiza!! Ada birthdayy siapa2 aku lupa??


TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, July 28, 2013

Untitle

Assalamualaikum,



Pernah ke terfikir suatu hari kita akan kehilangan ibu bapa kita atau salah seorang darinya? Bagi aku aku tak pernah. Hal ini jadi sekelip mata bagi aku. Rasa macam baru semalam je aku terfikir yang aku masih ada ibu dan bapa. Tapi ajal maut ketentuan Allah.

Apa yang aku boleh lakukan hanya cuba jadi anak yang solehah. Aku harap doa aku sampai untuk arwah ayah. Al-Fatihah.
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, July 22, 2013

Just Untitle

Assalamualaikum,



:)



Hai! Lamanya aku tinggal kan blog ni. Nak cakap bersawang tipulah, tak ada pon kan. Hehe. Sejak akhir-akhir ni agak sibuk dengan urusan itu dan ini. Sibuk tu sampai tarikh pun boleh lupa kecuali kalau tarikh untuk test dan exam insya Allah tak lupa. :)

So kenapa dengan tiba-tiba tergerak hati nak buka blog ni? Hmm as usual sesi luah perasaan la kaannn..aperw lagi uolls. =,="

Tau tak baru-baru ni salah seorang kawan aku call. Aku tak tau kenapa tiba-tiba die call. Sebelum ni pon ada call tapi aku tak sempat angkat dan nak suruh aku call balik?? Memang tak la kalau missed call hanya sekali dan kredit ciput2 je. So kali ni die call waktu memang sesuai la. Waktu orang hendak solat subuh. Baguslah call time tu. Aku memang tengah nyenyak dibuai mimpi. Hanphone kat sebelah. So angkatlah aku panggilan tersebut dengan mamainya. Ingat tak ingat lah sangat apa yang kitorang sembang. Kejap je pon.

Kawan aku : Hello Intan.

Aku : Hello..(sambil cuba kembali ke alam realiti )

Kawan aku : Hang buat apa? Sorry kacau waktu macam ni.

Aku : Tak buat apa..eh tak dak pa lah..

Kawan aku : Hang balik dari U hang bila?

Aku tersentak. Pilu. Rasa teruk sangat.

Aku : Bulan lapan. Dua haribulan baru balik.

Kawan aku : Oww lambat lagi ingat hang balik dah.

Dan so on..kejap je..dan aku tidur balik dan LUPA nak pi SUBUH!! =,="

So apa yang aku nak cakap? Kenapa soalan die boleh buat aku tersentak dan pilu bagai?? Hmm..sebenarnyakan aku tak bagi tau die pon aku dah sambung belajar. Lepas tu die boleh pulak tanya bila aku nak balik dari U. So satu hari tersebut aku rasa aku bukanlah kawan yang baik. Rasa teruk sangat. Tapi apa-apa pun, aku tak bagi tau pon bersebab. Sebabnya ialah biarlah malas nak bagi tau. Aku harap die faham. Yang pilunya die tau hal ini bukan dari aku. So reaksi apa aku nak bagi bila aku jumpa die nanti?? Aku pon tak tau...huhuhu ~~






P/S : Selamat Berpuasa ! :)





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu, Kelas Cancel

Assalamualaikum ,


:)


Hai! Dah lama tak tulis kat blog. Rindu kat blog. Hehe. Sekarang musim err digelar musim ke? Huhu tak tau lah. Sekarang jerebu telah kembali. Teruk jugak aku tengok kat luar. Asap jerebu tu sampai masuk rumah. So keluar ke tak keluar ke sama je. Tapi tak seteruk kat luar la. Tapi sekarang tengah hujan. Alhamdulilah hujan. Dapatlah kurangkan sedikit jerebu. Jerebu ni menyebabkan banyak kerja tergendala. Aku pulak tak beli lagi mask. Memang tak keluar mana la jawabnya. Kelas pon takde hari ni. Hehehe. Dah la hari ini ade kuiz business math. Rasa macam dalam rasa tak seronok tu, seronok jugaklah. Hehe! ;)

Okey lagi sekali. Aku banyak sangat nak cerita tapi cerita aku selalu tak sampai. Sebab aku suka bercerita ada intonasi sikit taip ni aku tak pro lagi nak buat intonasi. Tapi aku tetap nak taip jugak iyelah takde siapa nak dengar celoteh aku ni kan. :P Ermm dah berapa bulan dah ek aku duduk sini.? 1..2..3..hmm nak masuk tiga bulan dah! Wow!..Kejap je masa berlalu. Well dah tinggal lama sini macam-macam cerita menarik yang berlaku. Seronok , tak seronok. rasa nak balik. masalah jiwa, masalah tu, masalah ni..aishh macam-macam la. Sejak tinggal sini aku pon lebih kenal diri aku. Aku pon belajar ringankan mulut padahal aku tak suka bercakap.

Perangai. Kan kalau nak cerita pasal perangai memang sampai bila tak terhabis. Yelah kita tinggal serumah dengan orang yang kita tak berapa kenal dan sekarang semakin dan sedang lebih mengenali antara satu sama lain. :) Hmm aku tak suka nak hal-hal yang the bad site yang sangat menyakitkan hati aku. Tak baik la pulak. Sebab nanti aku akan privatekan post ni. Cukuplah Allah sahaja yang tahu. Aku juga tak sempurna. Baik-baik aku, aku pon ada perasaan, jangan sampai tak pernah tengok aku marah, tetibe dapat tengok pulak. Aku pon tahu bebai jugak laa wei! Okey sekian ;)



P/S : Jangan mudah melihat keburukan orang lain, seolah-olah tiada sekelumit kebaikan dalam diri dia...mari muhasabah diri! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, May 23, 2013

Hyee!!

Assalamualaikum,


:)


Aku kan sebenarnya banyak benda nak cerita. Tapi entahlah nanti jadi berterabur pulak. Okeyy whatever~~
So macam mana duduk kat sini? Duduk jauh dari keluarga, jauh daripada tempat kau dibesarkan? Hmmm just not cool but still acceptable. Aku belajar la nak biasa hidup dengan kawan-kawan yang aku baru kenal. Setakat ni masih di tahap okey. Aku cuma risau bila tiba time tak okeyy~~ Haaa. You know..first impression everything looks good, well, nice and whateverrr~~ Itu yang masih aku tengah nak adapt. So far masalah sekarang ialah bila nak cari makann~~ Aaaaa!!! =,=' Nak makan itu,ini...tapi dalam masa yang sama nak berjimat. Pinjaman tak dapat lagi. Hmm..so this place had thought me to think twice, triple before buy! :O Thats so annoying!! But im still fine. Kann macam banyak pulak speaking kali ni. Antara sebabnya adalah aku satu bilik dengan orang cakap fluent english. Haha. Ianya serba sedikit terpengaruh jugak la. Emm apa lagi aku nak cerita...haa setakat ni baru sekali je aku balik Taiping tu pon bulan lepas. Bulan depan baru balik. So aku memang totally homesick sekarang. Kerja aku memang banyak sangat tapi aku rasa malas sangat nak buat. So sekarang aku memang tengah risau giler. Aku tak boleh fokus dag. Dengan Mp3 buat hal. Aku tak boleh dengar lagu privately. Urghh~ Suasana kat sini bukan macam hostel tapi macam sewa rumah. So pergi kelas pon pandai-pandai la ko nak hidup mak Jemah, cari kenderaan ko. Naik bas. Cari makan. So independent. So and so many soooooooooOOO~~ :) So whatever. Aku banayak kerja sangat nak siapkan. Contoh busines math. Kena buat banyak latihan. Ada kerja lagi. Hahahaha! Aku sudah merasai tekanannya. Sekarang rasa letih mengantuk dan nak tidur. So whatever~~


P/S : I looks into the sky and said " i miss u "
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, May 11, 2013

I'm Here..

Assalamualaikum ,


:)


Jauh perjalanan luas pemandangan. Yes. Ya. Saya setuju. :) Sejak kat sini macam-macam aku belajar. Belajar berdikari. Belajar nak berjimat. (Aku semakin boros sejak akhir-akhir ni). Hoho.

Kalau kita pergi sekolah kita jumpa kawan kita hanya beberapa jam. Kenal die tak sampai sehari pun. Maksudnya kita tak tahu apa aktiviti atau perkara apa yang dia suka buat selain belajar kat sekolah. Tapi sejak aku dah masuk u ni tinggal dengan orang yang aku baru kenal..hmm..sebenarnya memang kita akan lebih kenal seseorang tu bila kita tinggal dengan dia. Kan?

Hal ini termasuk kenal mengenali diri aku sendiri. Apa yang aku buat waktu lapang-lapang dalam keadaan takda tv (hoh?!) Aku buntu. Haha. Konon. Aku belajar untuk lebih berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih ramah. Ikut aku memang aku akan senyap je. Setakat ni belom homesick lagi. Hehe.

Aku sedang belajar berdikari. Kenal lebih ramai orang. Dan kadang-kadang best dan kadang-kadang tak best. Macam-macam perangai manusia sebenarnya. Ada yang macam tu, ada yang, macam ni. :)

Lagi satu sejak dah sampai ke sini, ade beberapa perkara yang aku tak dapat nak kawal, contohnya perasaan aku, dan sekarang aku dapat kawal dan memang aku rasa aku dah lupakan dah. Aku rasa tenang. Fuhhh! Bila keluar dari rumah sendiri,daerah yang lama aku duduki ni, rasa macam wahh hidup ni luas. Kalau tak merantau memang tak merasa la semua ni. Kan nampak sangat view hidup aku yang dulu sangat sempit. Betul. Sekarang macam bolehlah. Tak la rasa jakun sangat. Hehe.

Ada la beberapa kawan aku tak tahu pon aku sambung belajar. Yang tahu pon aku bagi tau last minute. Adalah sebab nye. Tak penting pon nak cerita. Yang aku tahu jalan ini yang aku pilih dan insya Allah aku akan seronok. :)

Tapi bile duduk jauh daripada keluarga ni, memang la rasa kepayahan sikit. Tapi takpe itulah cabaran. Pengalaman hidupkan. Hehe. Kawan-kawan baru kat sini pon okey je. Takde pon yang sombong2. Takde pon teruk perangai macam aku bayangkan. Cuma kena lebih bijak bergaul la atau orang lain akan bosan dengan aku. HuaHua.

Aku akan cuba harungi hidup aku sekarang. Demi masa depan kan. :)



view dari tempat saya tinggal sekarang.

Saya rindu Taiping. Saya rindu mak saya, ayah saya.. :') Hari ibu aku sederhana je, sebab mak aku tiada di Malaysia dan sedang menunaikan umrah. :)

~Selamat Hari Ibu Mak..~


:')




P/S : Hijrah untuk mencari pembaharuan dann memahami hidup bukan hanya mengenai makan dan tidur saja... :)




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, April 8, 2013

I'm Move On~~



Assalamualaikum, 












TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, March 28, 2013

Its Me..Dilema

Assalamualaikum ,


:)


Lama sudah tak menaip kat blog ni. Takde lah tak sibuk pon. Cuma tak berapa nak ada mood nak menaip cerita sensasi :)

Tau tak pendam masalah atau perasaan sendiri itu sangat menyeksakan?? Hurmm aku ingat aku kuat sangat. Tapi tak. Aku rasa lemah sangat. Rasa sorang-sorang berdepan dengan hal-hal ini. Tapi aku tak lupa Allah sentiasa ada. Tak pernah lupa. :)

Aku bukan tak ada tempat nak cerita meaning manusia la. Kalau diari ada tapi tak sama macam manusia. Entah tak reti nak cerita. Bila nak mula cerita dan tengok muka je aku dah kelu lidah. Aku akan cakap kat diri aku.. " die pon banyak masalah, nak tambah dengan masalah aku pulak.." , " boleh ke die faham selepas aku cerita kat die? " ....... aku akan selalu akan melalui dilema macam tu. Sebab macam tu aku bukan seorang story teller yang bagus. Cerita kelakar akan jadi tak kelakar sebab aku yang cerita.

So aku dah tak tau la nak telan macam mana lagi dah perasaan ni. Harap esok dan esok dan esok akan jadi lebih baik untuk aku. Harap masih ada harapan untuk aku esok. :)


*Tertangguh lagi nak cerita pasal baitul muslim...banyak hal menarik yang dikongsi..nanti-nantilah..insya Allah :)



P/S : Aku dah tak larat nak tanggung...dan aku serius...
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, February 15, 2013

Tak Tidur

Assalamualaikum ,


:)


Huarghhhh!!! Pecah rekod la aku tak tidoq. Haishh. Tunggu nak charge MP3 ni. Dah la charge kena guna tenaga laptop ni dan aku pulak baru tau cara-cara charge MP3 ni pukul 3.30 pagi tadi. Hahh?! Adoi sampai sekarang tak penuh-penuh lagi. Sekarang dah pukul 5.00 pagi. Zombi la aku esok ni. @_@


Dah esok, mungkin sesuai cakap hari ni la kot, dalam pukul 2 petang nak gerak pergi KL. Yeayy KL aku datang!!!!!!!! Hehehe. Seronok bangat dapat pergi jalan-jalan. :D Okey kehadiran aku ke KL adalah sempena seminar yang dianjurkan disana. Aku pon tak sangka tiba-tiba aku nak pergi. Iyelah kalau sebelum kalau ada seminar kat KL ke memang aku tak pernah pergi sebab alasan jauh. Takda teman. Tapi kali ni dah alang-alang kakak aku nak pergi, apa salahnya aku pergi untuk tambah ilmu ye dokkk?? Hehe. Seminar ni dua hari. So mungkin isnin baru balik. Naik bas. Aku seorang. Pertama kali. Haaa~ yang tu aku rasa tak excited pon. Huhuhu. Tapi apa-apa pun tawakal je lar. :)



Seminar Baitul Muslim 2.0


Nampaknya macam menarik! So excited! Ermm tengok macam nanti. First time yokk!! :D Aku cuba sebaik mungkin catat dan ingat apa yang disampaikan dan lampirkan dalam blog ni. Aku ni kalau bab tulis menulis  atau menceritakan balik memang kadang-kadang terseangkut jugak. Tapi aku akan cuba insya Allah. Benda baik elok dikongsi. Doakan saya! :D



P/S : Cari tudung tak jumpa lagi!!! Stresss!!

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, February 10, 2013

Serius

Assalamualaikum ,


:)


Aku sekarang berada dalam situasi getir. Getir tak berapa getir. Alaa tak getir kott. Aku tak taulah nak explain macam mana. Tak nak melbih-lebih sangat. Hurmm. Sekarang aku rimas, rungsing, rimas, rungsing. Rasa macam dah tak tau nak cerita kat siapa. Tu laa susah kalau orang yang jenis suka pendam buat pekasam ni. Tengok sekarang semua dah jam, hang, sesak, serabut, kusut!! Aku betul buntu. Arghhh. Kalau orang seribu kali menyampah apatah lagi aku kali kan la dengan empat ratus. Haaa macam tu laa perasaan aku. Aku kusutttt. Kadang-kadang tu kan kenapa?? Kenapa?? Please.........laa........... Betul-betul dah takda mood. Rasa macam hape je sekarang. Rasa macam hye hye to bye bye dah.


Malam ni akan tidoq dengan otak serabut. Bangun pagi dengan sakit kepala. Petang yang akan menyampah. Sekian.


Ya Allah kuat kan hamba Mu ini Ya Allah...aku terasa lemah...Kuatkan aku Ya Allah.
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, February 8, 2013

Tu La Berangan Lagi~~

Assalamualaikum ,


:)


Jalan-jalan kat facebook tengok kak sepupu post gambar anak die. Comelll bangat. Tembam,bulat semua ada. Tengok rasa macam nak picit-picit ja. Then teringat la dah besar dah semua. Rasa macam baru semalam je main badminton sama-sama. Hurmm cepat masa berlalu....

Aku pon tak taulah berangan ni dah jadi habit ke ape kat aku semenjak akhir-akhir ni. Mentang-mentang lar makan tido makan tido ja keja...berangan je la keja.... :) Tapi syok tau berangan ni sebab macam kita tengah susun cerita indah pasal diri kita. Lepas tu senyum sorang-sorang. Haha. Memang lagha, lagha..

Back to the real story. Tadi mak beli lauk. Haah dua orang makan beli je la. Bagi kenyang perut pon dah alhamdulilah.. :) Kemudian mak suruh masak nasi. Aku masak lar. Aku masak guna dapur gas malas nak masak guna rice cooker alasan cepat sikit masak. Tapi mak cakap buat apa masak dapur gas nanti 'ralik' (leka) dah hangus nasi tu. Aku malas nak pikir banyak beras dah basuh, masak je la kat dapur gas. Hoho.

Semasa nak menunggu masak aku belek-belek majalah mingguan wanita yang baru dibeli emak. Woo. Sambil belek berangan dan berangan. Kemudian aku serius lupa aku ada masak nasi dan waktu tu juga aku terpaksa ke tandas. So memang totally aku dah lupa. Beberapa minit kemudian mak datang ketuk pintu tandas.

" Intannnnn, ang lupa ka ang masak nasi!!!!!!!!"

"Patut mak bau hangit semacam, nasib tak terbakar rumah ni. Habis periukkk akuuu!!!!"

"Mak nak ang sentall balik!!"

" Tu la Tuhan marah tak dengar cakap mak"

Lebih kurang macam tu la dialog mak. Huahuahuahua~~ Aku cuakkk! Masa tu baru teringat. Ya Allah macam mana boleh lupa? Tu la berangan nak kahwin lagi~~ =,=" Memang bahaya la berangan tak ingat dunia ni. So ni la terjadi kepada periuk kesayangan mak..Keh3..Sori mak.. ^^v





Tadaaa!! Cana aku nak sental bagi ke asal ni??! :O



P/S : Time to push up otakk!!







TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Sunday, January 27, 2013

Cot Cet Cot Cet Sebentar

Assalamualaikum ,


:)


Aku tak tahu la apa yang terjadi kat aku ni. Hadoyyyyy!! Hurmmm...Tahu tak dalam tempoh 24 jam berapa kali aku dokk bukak page yang sama jaaa!!! Haaaaaaa~~

Tak tau gila apa aku ni. Harap ni hanya sementara ja. Dengar orang cakap otak orang bercinta ni tak betoi? Maksudnya bukan tak betoi yang tu tapi alaaa macam di pukau macam tu laaa. Dengar orang cakap-cakap je la kan. Betoi ke tak haaaa~~ *jungkit bahu 2X* tak tau lah? Errr...So apa-apa je lah kan. Asalkan kita tak lupa diri dan paling penting tak lupa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Ceewahhhhh!! ^^v
Kita masing-masing dah besar, fikirlah yang mana terbaik. Jangan sampai ada perkara lain terabai oleh sebab terlampau obses dengan perkara satu lagi.

Oleh sebab taip ni masa maghrib, so Selamat menunaikan solat Maghrib!


:)
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, January 21, 2013

Test JPJ

Assalamualaikum ,


:)


Hari ni teman Afiza pergi test JPJ. Dia yang test aku yang nervous. Tapi aku tak tunjuk la. Buat muka biasa dah la. Takkan nak melebih. Afiza test JPJ kereta. Dia dapat sesi dua. Jadi lama la juga la kena tunggu. Sampai tempat yang nak diuji tu pukul 8 pagi. Dengan perut bergendang pelbagai irama, tahan je. Tulis kat kad yang diberi test pukul 11 pagi. So bayang kan berapa lama kena tunggu plus dengan perut bergendang-gendut tali kecapi. Hoh! Tapi takpa aku dah biasa bertahan jadi takda la side teruk seperti pengsan, mual, pening-pening lalat. Eh macam lain pulak! Haa~

Bila sampai tempat tu teringat la waktu aku test JPJ kereta empat tahun lalu. Banyak berubah seperti penngurusan dia yang kelihatan lebih teratur. Tetapi tempat die aku tengok sama je macam dulu, kerusi masih warna sama, tv, pokok, kipas, dan pelbagai lagi. Cikgu yang mengajar memandu dah bertambah. Eh jap aku pon tak pasti bertambah ke berkurang sebab sebelom ni aku tak pernah kira. Cuma ternampak la kelibat cikgu baru. Cikgu perempuan. Okeylah kan tak adalah rasa kekok sangat nak belajar. Dulu aku dapat cikgu berbangsa cina, lelaki pulak tu. Huhu. Nak sembang pa kami kan. Huhu.

Okey sesi pertama sepatutnya pukul lapan berdasarkan kad yang diberi. Tapi JPJ  sampai lambat. Dalam pukul 9 lebih macam tu lah baru start. Masa tu aku tengok semua muka dah nervous, excited pon ada jugak kot. Hehe. Dan paling menarik dengan aku sekali terasa bahangnya. Wah! Haha.

Nak cerita satu demi satu panjang. Dan salah satu kelemahan aku susah nak pendekkan cerita. Kadang-kadang.

Okeyh. biasalah ujian bahagian dua test bukit. Parking. Pusingan apa ntah aku lupaaa! Haha! Ada tiga. Okeyh lepas tu ujian bahagian tiga. Kat jalan raya. Masa ujian bahagian dua adalah beberapa orang fail kat bukit. Parking setakat yang aku tengok semua pass. Cantek! Kemudian bahagian tiga jalan raya ada aku tengok budak, ke kakak ke, aku tak pasti, mungkin adik kot..hehe..kesian gak la baru bawa tak sampai satu kilometer lagi dah gagal. Ni semua gara-gara panik kot. Mungkin. Aku tengok dia tegesa-gesa keluar dari selekoh sedangkan ada kereta sedang lalu. Dan kereta tu masa tu jugak la dia nak lalu. Aishh.. takpa lah ak faham perasaan dia. Iyelah kalau boleh kita nak lulus sekali je kan. Fail nanti kena bayar lain pulak. Serangan nervous pon datang lagi. Haa~~ Memang memang..takpalah.. sabar jelah.

Afiza pulak asyik cerita dia takutlah, nervouslah, cuaklah, hadoyyy~~ aku pulak kena serangan nervous. So aku suruh la dia doa banyak semuanya berjalan lancar dan alhamdulilah..dia LULUS! Fuhh lega~~ legalah dia berjaya mengharungi ujian ni sekali je. Hehe. Lepas ni bolehlah kalau aku penat nak drive bolehlah ada orang tolong drivekan.. muehehe~~

Okey semoga berjumpa di entri seterusnya.. :)


P/S : Hidup adalah apabila kita tak pernah kenal erti putus asa walau apapun cabaran yang hebat melanda ;) winkk~~


TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, January 15, 2013

Why??

Assalamualaikum ,


:)


Yeahh kenapa?? kenapa??

Sekarang ni aku nak tanya kenapa? kenapaaaa?????!

Kenapa aku mesti kena amik tau??

Kenapa salasilah keluarga sampai ke moyang dia aku kena amik tau????

Kenapa aku mesti kena sensitif setiap kali ada berita pasal dia???

Kenapa aku kena tau sapa kawan dia??

Kenapa aku kena cari nama dia setiap kali bukak internet?????????

Kenapa hal kecik2 pon macam dah hal besar??

Arghhhhhhhhh kenapaaa????????????????!!!!!!!! Bila nak habiss ni???????




Aku benci giler bila aku dah start obses....... =,="
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)