Friday, December 21, 2012

Patah Hati, Jahit Manik, Plan A ke Plan B..

Assalamualaikum ,


: )


Hai lamanya tak update kat blog. Hehe. Well tak ada benda nak taip jadi tak update ler. : )

Patah hati. Memang sakit giler bila dah patah hati. Rasa macam kelabu jugak la hidup ni dalam 40 saat gitu. 40 saat per sehari. Haha. Jiwa kacau memang jiwa kacau. Aku pon tak tau la macam mana la aku boleh tetibe patah hati ni. Haishh. Tapi serius rasa macam mayat hidup pon ada. Makan tak lalu, mandi tak basah, nak online pon takda mood. Haaa. Memang sakit. Tu la jadinya bila aku gagal kawal hati aku menyebabkan sampai patah bukan patah seribu macam lagu Shila Amzah tu, tapi patah banyak ribu daa. Sekarang pon aku tengah lawan dan lawan dan lawan tak nak jadi macam mayat hidup tu dah. Tak cool. Tak sosial. Huhu. Tapi kan bila aku fikir luar dari kotak fikiran aku, rasa macam kelakar dan geli hati pon ada. Sebab? Sebab benda ni tak patut pon aku patah hati. Ini semua hanya sebab obsesi yang melampau dan lupa yang aku masih ada masa depan untuk dilukis. So sekarang kita enjoyyy!!! walau dalam patah hati... : )


Okeyh hari tu kan aku ada masuk kelas. Kelas apa? Aku belom sambung belajar lagi tapi dah masok kelas. Hehe. Saya suka saya suka. Terus terang la aku cakap duduk rumah goyang kaki memang bestt tapi tak ada faedah langsung. Rasa macam kau la manusia paling rugi dalam dunia ni. Yelah muda goyang kaki, tua makan kaki. Haa nak macam tu? Tak da masa depan..Masa muda ni la nak try semua tapi try hal positif je la. Ni muda nak lepak aishh naik sebu otak aku habaq pi kat hang..hehe..Okay panjang leter pulak. Tak, macam ni, nak bagi tau aku masuk kelas jahitan. Haha. Jahitan manik. Syokk! Lama nak belajar jahit manik ni. Dah alang-alang ada orang sediakan dan murah pulak tu so grab je la peluangyang hanya sekali sebulan je. Tapi rasa kurenggg pulak masuk kelas tu sebab aku sorang-sorang. Aku bukan tak boleh hidup sorang-sorang tapi weii kelas baru takda geng nak sembang dengan sapa???Huhu..Tapi kerana minat yang mendalam aku gagah kan jugak. Kalau dah sorang-sorang tu kenalah buat ramah ye dokk? Hehe nasib baik semua geng2 kat kelas tu sporting. Aku takda rasa dipinggiran. Cikgu yang ajar tu pon sporting. Dan tak sportingnya aku. Tiba-tiba aku jadi pendiam. Sampai cikgu tu kata senyap je okey ke tak ni? Adess.. =,="


Jahit manik ni diajar oleh cikgu tangan kanan so aku kenalah ikut rentak tangan kanan. Dan selalu macam tu. Agak mencabar la sebab die jahit pakai tangan bukan mesin yang tak kisah kiri ke kanan kan. Bila kidal yang buat rasa lambat giler. Pastuh corak lari. Tak larat nak kejor =,=" Maksudnya tak perfect macam peserta yang lain. Haiyaa ~ Takpalah aku pon masih belajar. Kayuh pelan2. : D




Ni hasil cikgu tu punya jahitan. Yaa kemas tertarik memang debomm!







Dan ni la hasil jahitan aku..haha nampak tak beza? 




Yang bentuk daun-daun pink tu patut rapat-rapat jadi bunga. Takpa aku kena belajar lagi. : D



Okeyh satu perkara lagi aku dah tahu..yehaa!! Alhamdulilah..



Hari tu kan post sebelum ni cerita pasal nak sambut birthday Syera 24 Disember ni. Tapi sambut lebih awal la kan sebab pada tarikh lahir si Syera tu takda sapa la kat sini. Kalau ada sibuk! Huhu. So oleh sebab birthday girl nya tak boleh balik pada tarikh yang termaktub so terpaksa la cancel semua. Tinggal angan-angan je laa. Bukan apa dulukan masa sekolah birthday aku,atyn,solehah,eida,amalina,khairunnisa semua  sambut ramai-ramai dengan meriahnya. Sebab birthday kitorang adalah waktu sekolah. Syera pulak hujung tahun mana dah orang nak sekolah. So macam birthday die sorang je kitorang tak sambut. Tak syiok pulak kan. Jadi terjadi plan nak sambut Syera ni. Tapi malangnya tak jadi sebab tu lah. Takda. Kawan-kawan dah merantau dah semua. Kesimpulan yang tak berapa nak simpulnya tak taulah bila kami nak sambut ramai-ramai sekali. Tett!! 

Tak jadi plan A beralih kami ke plan B. Kami buat hal kami la terpaksanya. Jalan-jalan Taiping Sentral. Tengok wayang , karoake , pusing-pusing lake garden. Part paling menarik shooting!!! Semua bajet model sudah. Hehe. Okeyh gambarnya memang cun dan meletopz. Oleh sebab itu tak payah tunjuk la kan..hehe. Just imagine empat gadis posing ditaman yang indah. Heeee ~~


Okeyh itu je lahh setakat ni. Nak out nak cari lagi ubat untuk patah hati. Hehe.


: )










TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, November 22, 2012

Aktiviti Berfaedah Kami ~

Assalamualaikum ,


: )


Lama tak taip dan publish kat blog. Hehe. Tak ada benda menarik nak cerita. : ) Tapi kali ni ada la jugak benda nak cerita. Aktiviti aku dan kawan-kawanku!! Hehe! Orang bujang memang ada ja kerjanyo~ : D Idea ni timbul kerana kami takda kerja. Idea apa?? Idea buat kek beramai-ramai bersama Atyn dan Soleh. Berlangsung dirumahku syurgaku. Kononnya ni ala-ala practise sebelom buat kek hari jadi Syera bulan Disember nanti. See2 kami ni rakan-rakan penyayang sebab kek hari jadi kawan buat sendiri pastuh siap ada hari untuk practise. Kes3~~ : D

Kami buat dua jenis kek ja iaitu kek oren dan kek coklat. Tapi kek coklat tu buat sampai dua biji, perabih bahan la katakan plus practise habis-habisan untuk kek birthday Syera. Hehe. Mesti konfim sedap la practise sampai dua kali : P

So ini laa kek-kek yang sedap dalicious sangat ni..hehe sediakan kain untuk lap takut2 terliur.. : P




KEK OREN








KEK COKLAT : DENGAN HIASAN COKLAT RICE DAN KACANG BADAM







KEK COKLAT : DENGAN HIASAN COKLAT RICE WARNA-WARNI DAN KACANG HAZEL







Hehehe..terliur tak?? Tak?? ok fine.. : P Penat oww sampai tiga biji kek. Nasib tiga orang buat, kalau sorang-sorang pengsan 4 jam bangun pon longlai. Hehe kes stamina tak cukop la tu.. : D

Okey la tunggu apa citer kek Syera pulak..haha..ntah jadi ka ntah tunggang-langgang.. : D In the next entry : )





: D


P/S : Hope for better life..pray for Gaza!










TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, October 8, 2012

Pergi Takkan Kembali

Assalamualaikum ,



Ini adalah first entry selepas aku kehilangan ayah buat selama-lamanya pada 5 Oktober yang lalu. Sebenarnya aku tak tau nak nak explain macam mana perasaan aku sebenarnya. Kalau nak cakap sedih tu sememangnya sedih. Tapi aku redha. Sudah tertulis ajal ayah sampai pada waktu tersebut. Aku sebagai anak apa yang boleh aku buat adalah selalu berdoa untuk ayah aku. Doa untuk kesejahteraan ayah. Sentiasa jaga diri sebagai anak perempuan.

Kehilangan ini memang aku tak pernah jangka. Selama ni ayah sakit. Jadi mungkin susah aku nak sedar apa yang lainnya daripada ayah. Aku sedikit dan sangat terkilan sebab sewaktu ayah menghembuskan nafas terakhir aku tiada disisi. Selama ayah sakit aku ada disisi ayah tapi apabila tiba waktu ayah nak 'pergi' aku tiada. Tapi aku redha ketentuan Ilahi. Siapalah aku untuk menghalang rencanaNya. Aku cuba apa yang aku termampu.


Al-Fatihah.


P/S : Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dan kata-kata nasihat. Tak lupa juga ucapan takziah dan sedekah al-Fatihah kepada ayah. Aku sangat menghargai. :')






TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, September 17, 2012

Kudap - Kudap

Assalamualaikum ,



: )



Ohohoho bulan syawal sudah habis maknanya raya pon sudah habis , dan maknanya jugak tak boleh dah puasa enam. Jeng3. Tiba pulak bulan Zulkaedah. Musim haji pulak. : )

Suatu hari tu kan perot aku rasa lapar sangat. Bukak peti ais tak ada apa pon untuk aku makan. Buka kabinet pon lagi lagi lagi laaaaa..tak ada yang menarik untuk aku kudap-kudap. Lepas tu buntu laaa aku ni. Lapar beb..takkan nak pelahap nasik 24 jam je.. mahu jadi belon aku. Tak nak ! Tak nak ! : P

Oleh itu berfikir la otak aku dengan pantasnya...pasal bab makan otak selalu laju, tapi kalau bagi soalan math otak selalu jam macam kat jalan raya masa orang berpusu-pusu nak balik kampung sempena hari raya...kah3..dan tiba-tiba ! Ting ! bunyi idea sudah mari..Hehehe..

Aku teringat aku ada beli coklat bar sebab ingat nak buat coklat yang corak-corak tu. Tapi selalu tak sempat sebab sibuk sangat, okayy malas pon ya jugak hahaha. Okayyy oleh sebab hari ini aku rajin sikit so aku gunakan bahan-bahan yang aku telah beli suatu ketika dulu. Haha. Dan corn flakes pon masih ada, sesuailah nak buat kudapan aku ni.


Mula-mula kenalah cairkan coklatkan. Kalau tak cairkan macam mana nak ngap sekali besar bar coklat tu. Saiz coklat bukan saiz macam coklat cadbruy tu. Bukan ! Haha. Lepas dah cair masukkan cornflakes dan gaulkan.




Dah siap gaul masukkan dalam 'cup'.






Dah masukkan dalam 'cup' sejukkan di dalam peti ais.




Dan tadaaaa ! Dah siap. Bolehlah dijadikan kudapan pada waktu lapang.Haha. Kalau suka boleh tabur badam. Tahap kesedapannya dijamin sedapp ! Hehe.


Orang buat masa nak raya, tapi aku buat masa dah habis raya. Haha. Okayy la baru lain daripada yang lain. : D 



P/S : Hari tu timabang berat..rasa nak nangis je...huhuhu ;'(





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, September 3, 2012

Ke Panggung Wayang Le Kiter !

Assalamualaikum ,


: )


Menyinarrr bagai kelip-kelip.......Menyinarrrr bagai kelip-kelip.....


Ini semua penangan filem 29 Februari. Baru je tengok tadi. Boleh tahan jugak la citernye. Ada lawak. Ada sedih. Ada sweet2 sikit. Bila dengar lagu OST filem ni yang dinyanyikan oleh Remy Ishak terus menusuk kalbu. Suka lagu die. Suke lirik die. Mendayu-dayu ~~ Menyinar bagai kelip-kelip ~~ 


Kelip-Kelip - Remy Ishak

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

[Chorus]
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi



                                                              Menyinar bagai kelip-kelip

Sebenarnyakan motif utama nak tengok filem 29 Februari ni nak tengok lakonan Pija yang pertama...Hehehehehe ~~ Tambahan pulak filem ni ada scene yang diorang shoot kat Taiping. Hehe. Bertambah keterujaan hambo. : D

Secara jujurnya cerita ni okayylaa. Ada lawak2 jugak. Tambah menarik bile ditonton dalam bentuk 3D. Nampak sedikit kelainan. Selain itu, secara tak langsung rasa lebih prihatin pada orang yang lahir pada 29 Februari. Macam mana la kan perasaan sambut hari lahir empat tahun sekali? Tapikan apa yang berlaku pada Budi tu aku macam tak sure berlakukah dalam realiti? Macam tu sekali ke? Hurmmm....Tapi sangattt menarik. Lain daripada yang lain. : ) Sila jangan lupa tonton !







P/S : I need a vacationn !!!!!! 



TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Wednesday, August 29, 2012

Celoteh ' Nenek '

Assalamualaikum ,


: )



Photo: visit us at >♥www.art2shere.blogspot.com♥


ohhohohoiiii hoii !! mood raya dah habis : ( orang dah mula bercerita pasal kerja, sekolah, assignment, haaaaaa!! aku? takda apa-apa nak cerita. Sob sob sob ( Bajet sedih... )

Semua orang akan berubah kan kan kan??? huhuhuh...... Hahaha..pehal la minah ni emo tak tentu pasal...Okayy2! terus terang ! Straight to the point ! Hidup kita bagaikan roda..selalu dengar orang cakap macam tu..iye kadang-kadang nampak jugak kelogikannya. Apabila kita berada di bawah kita mesti akan cuba nak ke atas kan? Kalau tak takkan lah Neil Armstrong ( baru aku tahu die orang first naik ke bulan...huhuhahahihi ) naik sampai ke bulan yang tinggi ke langit kan? So macam tu lah kita...mesti nak hidup kita sentiasa ada peningkatan kan ? Siapa taknak kemajuan beb? Siapa?? Siapa yang taknak orang tu tersangatlah rugi.. Kemajuan boleh dicapai dengan ilmu..tak kira ilmu itu langsung ke secara tak langsung ke ilmu tetap ilmu..mak ajar memasak tu pon ilmu jugak tuu..tak semestinya dekat sekolah je kita dapat ilmu..kat mana-mana pon boleh....jika ingin kemajuan carilah ilmu...

Okayyyyyyy !!! 

Akukan sebenarnyakan kan kan kan...gembira, sedih, seronok, sayu, sebak, merana, rindu, sayang, cinta, kasih, ceria, tersenyum, gembira lagi, sebab tak lama lagi kawan-kawan aku akan menjejak kaki ke menara gading..tinggal beberapa hari je lagi..mereka akan tinggalkan bandar yang mereka diami selama berbelas-belas tahun ni untuk menuntut ilmu di negeri orang. Aku aku aku..aku tak payah la tanya..lalalaala ~~ takpa2 aku happy sangat untuk diorang. Rezeki diorang. Aku sapa suruh tak belajar rajin2. Okayy tak perlu kata-kata atau unsur nasihat untuk aku. Sendiri buat sendiri tanggung. Sekian. Sambunggg....Aku harap diorang akan berjaya di menara gading. Dapat bawa pulang segulung ijazah ; ) Nantikan diorang adalah kawan baru tu.. Seronok dapat kawan baru. Tambah-tambah lagi lain-lain negeri. Memang memang. Hehe. Yang mungkin best sikit tu kawan yang dapat pi sabah. Hehe. Seronok ulang-alik dapat naik flight. Alhamdulilah apabila kita mencari ilmu macam-macam pengalaman kita boleh jumpa. : ) 

Ucapan : Hua3 ada ucapan khas gitu.. Lantaklah takda sapa baca pon tapi nak tulis jugak..Semoga Berjayaa !!! I Love uolsss so much !!! hahaha...sila geli ~~~  Semoga berjaya. Aku happy korang berjaya ke peringkat seterusnya ! Serius ! Korang memang kawan yang membahagiakan : ) Seronok sebab pernah jadi classmate korang. Aku doa korang berjaya sampai graduate dan dapat kerja yang bagus. Stadi elok2. Peluang datang hanya sekali. Good Luck again !! Aminnn... ^^v


Picisan gambar sebagai kenang-kenangan..
di mana kita takkan boleh kembali ke zaman itu..
:' )





















* copy paste dari fb teacher dan aku ^^v

Ini je yang termampu dari aku..doa yang terbaik untuk korang : )



P/S : Sedang merancang perjalanan hidup.... ( kahwin tak kahwin, kahwin tak kahwin...hehe )

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, August 24, 2012

Eh Cerita Rayalah!!

Assalamualaikum ,


: )


Selamat Hari Raya.

Raya tahun ni biasa biasa sahaja. Sambut ala kadar sahaja. Semenjak tak jadi budak sekolah dah ni rasa tak best pulak raya. Semua kawan-kawan dah ada haluan masing-masing. Kalau masa sekolah dulu satu je misi kami iaitu EXAM EXAM EXAM ! Sekarang semua dah bawa hal masing-masing. Nak jumpa pon kena buat appointment seminggu lebih awal. Ish3. Redha je la. Hidup memang sentiasa berubah. : )

Tapi ada jugak bestnya raya ni tau. Boleh jumpa orang yang lama dan susah giler nak jumpa. Kalau aku orang yang paling susah nak jumpa ialah sepupu sebelah ayah aku. Choii betoi. setahun sekali je jumpa. Memang kalau jumpa tengah jalan memang sah2 aku tak kenal dah. Iyelah setahun jumpa muka dah lain. Semua makin hensem dan makin lawa. Kadang-kadang tu macam tak percaya eh tu sepupu aku ke? Haha. Sampai macam tu sekali. Memang susah nak jumpa sebab tinggal jauh dan jarang contact. Bila tibanya hari raya nih dapatlah kami bersua muka walaupun masing malu-malu kucing. Tak sembang pon. Haha. Nak tangkap gambar apatah lagi. Alamat facebook pon aku tak tau. Nama diorang pon aku ingat2 lupa dan memang pon kalau jumpa tengah jalan tak tau dia tu saudara aku. Haha. T_T

Yang paling nostalgia untuk aku hari raya nih dapat jumpa jiran lama balik. Masa aku pindah aku kecik lagi. So bile dah jumpa waktu raya2 ni semua dah besar panjang. Seronok dapat jumpa Izzah dan Kirah balik. Dulu dioranglah kawan sepermainan aku waktu kecik. Walaupun aku lebih tua dari diorang tapi aku suke kawan dengan diorang. Okayy sebenarnya bukan diorang , sebenarnya Izzah je dan Kirah kadang-kadang sebab Kirah kecik lagi waktu tu. Beza aku dengan Izzah tiga tahun. So boleh la kan geng. Kirah ntahla aku tak ingat. Tapi waktu tu die memang kecik lagi. Nak ajak main panjat pon die tak past lagi. Macam mana nak geng. Hehe. Sekarang jumpa semua dah besar panjang. Izzah pon nak ambik SPM dah tahun ni. Cantik dah die sekarang. Oleh sebab aku dan die malu-malu kucing kami tak sembang pon. Tak tangkap gambar pon. Kami just salam senyum bertentang mata dan selesai. Ermm kan bagos dapat sembang rancak dengan die masa kecik2 dulu. Tapi nak buat macam mana dah lapan tahun kami terpisah. So macam kekok dahlah nak sembang. Ermm rindu kot waktu kecik-kecik dulu... : )

Raya tahun ni paling sederhana dan biasa-biasa sahaja sebab tahun kami sekeluarga tak pi beraya dimana-mana pon. Raya kat rumah je. Huhu. Semenjak ayah sakit raya pon biasa-biasa je. Kemas, cat rumah sebab nak raya je. Kuih pon beli sikit je. Cuma kali ni mak kena masak. Sebab orang yang datang beraya kat rumah kami. Memang penat. Tengok orang tak putus-putus datang rumah rasa macam nak lari je. Haha. Daripada raya pertama sampai raya ketiga memang ramai. Raya ke empat dah biasa-biasa. Satu dua kereta je datang. Hehe. Tapi mana boleh. Tetamu adalah keutamaan. Eh bukan senang tau orang nak datang rumah kite. Nak2 yang datang dari jauh tu lagilah. Tunjukkanlah keseronokan anda. Huhu. : ))

Raya tahun ni jugak dapat la jugak beraya kat rumah teacher Murni. Sekaligus melawat teacher yang baru keluar hospital. Alhamdulilah teacher dah beransur pulih. Lagi seronok dapat beraya dengan kawan-kawan yang tersayang. Tu je lah motipnye. Dapat jalan-jalan dengan diorang. Seronok sangat. Hehehe. : ) Sebenarnya tak cukup korum lagi nak beraya. Banyakkk rumah tak pi lagi. Tapi tulah macam aku cakap kawan-kawan sudah ada komitmen masing-masing. Kena buat appointment seminggu lebih awal baru dapat keluar sekali. Kalau zaman sekolah dulu anytime, anywhere je. Haha. Teros jalan. Duet raya pon dapat kumpul banyak :P Ni mulalah rase nak jadi budak sekolah balik nih. Aduyaii~~

Masih ada lagi raya ke enam ke tujuh dan seterosnyaa...semangat!!



SELAMAT HARI RAYA!!!


P/S : Ada cerita yang tak mungkin dilupakan : )))
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, August 7, 2012

Awan Putih Macam Kapas

Assalamualaikum ,


Setiap hari ( sekarang tak dah ) suka dan mesti saja-saja ja nak pi tengok wall dia. Haha. Kira mengintai la. Mesti tengok apa la yang terbaru pasal hidup dia. Then kalau jumpa mesti pandang dari jauh je. Pandangan penoh bermakna. Haha. Apa makna pon taktau. : P Kalau duduk dalam satu group besar atau dalam kalangan orang ramai, mata kat tempat lain tapi sebenarnya tengah curi-curi pandang jugak. Haha macam mana tu? Imaginasi itu penting : D

Tapi dalam suatu ketika semua perasaan tu hilang. Rasa macam ermm malas la nak fikir, malas la nak mengharap. Biar je lah. Tiada apa pon perlu diusahakan. Tak bersedia untuk apa-apa komitmen. Cewahhh! Belajar nak betulkan diri yang banyak pincangnya. Sebelum pergi ke satu fasa yang kalau boleh pergi dengan penoh persediaan. Ada tanggungjawab terhadap satu komitmen. Takpe memang pon tak comel. Tapi tak kisah. Selesa je macam ni. Kecantikan luaran/kecomelan yang tercomels adalah kelebihan : ) Tapi kalau kecantikan dan kecomelan dalaman, tepuk dada tanya diri kau : )






P/S : Pelangi itu warna warni macam hati aku... : )

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, July 13, 2012

Belajar Buat Apam Pokadot dan Coklat Buatan Tangan

Assalamualaikum ,


: )


Sebenarnya belajar benda baru ni seronok sangat. Tambah-tambah lagi belajar perkara yang kita suka. Dan paling best kita rasa seronok. Hehe. : )

Sementara nak tunggu result upu yang lamooo gilorrr nak keluar tu, aku lepak2 la dulu cari ilmu baru. Bosan derr duduk rumah goyang kaki sahaja. Walaupon macam best, tapi sebenarnya BOSAN! Happy die sekejap jep. So untuk menghilang kan rasa kebosanan yang tahap kritikal pergilah aku mengembara mencari benda baru. Hak3. Bajet pergi ke negara China. Iyalah menuntut ilmu sehingga ke negeri China ye dokk?? Hehe.

Belajar Buat Apam Pokadot


Belajar masak memasak nih best sangat. Even belajar jenguk-jenguk buku jep. Tambah lagi bila kita belajar dan resepi kita tu menjadi. Hehe. Dulukan first time aku jumpa apam pokadot nih aku rasa pelik. Aku fikir nih apam ke? Kenapa pelik sangat? Ada dot-dot lepas tuh warna-warni lagi. First time tu rasa was-was giler nak makan. Sebab comel sangat pon iye sebab terlalu pelik dan warna-warni pon ada.

Tapi sekarang tak lagi. Aku rasa tak pelik dan tak tertanya-tanya lagi. Haha. Makan dengan penoh konfiden dan keasyikan. Haha. Sebab baru aku tahu rupanya ianya kuih apam pokadot. Ala-ala adik-beradik kuih apom (eja apom ke apam?? ). 


Belajar buat kuih apam pokadot nih mula sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang. Tapi sekarang dah lain sebab macam best dapat buat benda baru dalam hidup. Nampak sangat tak pernah buat kuih. Hua3.




Sebelum kukus..tapi ini bukan aku buat..hehe



Lepas kukus...macam-macam corak ada..mengikut kreatviti masing-masing.. : )



Warna-warni ; )



Dengan muka kebanggaan dapat siapkan banyak giler apam pokadot..hak3..padahal campur orang lain punyer sekali.. ;P



Cik Afiza jugak tidak ketinggalan :D




Corak strawberi kaler pelik tu dengan bentuk hati merah tu aku buat. Kreatif tak? Hak3


Sebenarnya macam-macam corak boleh nak buat. Tapi nanti tak boleh panggil apam pokadot dah la panggil corak suka hati I lahh..Hahaha..Okayy tak lawak. =,= " Kalau bosan boleh la try. Hehe. : )


Coklat Buatan Tangan

Wahh belajar buat coklat very kevavvomm!! Opps bahasa apa tuh? Hak3..Hentam sajalah labu. :D Siapa tak suka makan coklat ? Haa Haa Haa...jangan tak suka wei sedapp oooo.. tak caye? Try la pi kedai beli dan makan. Haa sedapkan? Heeee~~

Sebenarnya dah lama dan teringin sangat nak belajar buat coklat hasil buatan tanganku sendiri ahakzz. : ) Then bila ada peluang bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang mengantuk disorongkan  bantal, haa apa lagi peribahasa boleh digunakan...ermmm...heee tak ingat dah...haaa macam tu lah perasaanya. best gilerrww.. Hua3 :P

Macam-macam aku belajar. Coklat buatan tangan yang kita makan tu rupanya tak sama dengan coklat masakan. Heh ke aku sorang je fikir selama ni coklat buatan tangan tu guna coklat masakan =,=" Atotototoyy~~ Coklat buatan tangan nih guna coklat compound, ada macam-macam jenis white coklat, dark coklat, milk coklat. Jangan risau coklat-coklat ini boleh didapati di kedai yang jual barang-barang buat kek. Cuma balik rumah cairkan dan langsungkan kreativiti yang anda suka. Ceewahhhh!! :D



Cantik tak? :D




Kalau suka bolehlah tambah hazelnut..tapi nak makan hazelnut macam tu saja pon bolehh..macam aku..kah3




Ni antara corak lain..boleh tambah warna..Bentuk pon boleh buat suka hati.. ; )


Serius lorr best sangat. Rasa macam senang sangat. Tuang coklat dalam acuan, ketuk-ketuk, bubuh dalam freezer, lukis corak suka hati kau, tunggu sampai keras sikit, then ngapp! Hak3! :D Senangkan? Senangkan? Hehe. Trylahh nanti. Hehe.

Selain belajar buat coklat untuk dimakan aku belajar jugak nak hias coklat. Hias cantik-cantik jadi macam jambangan bunga. Seronok sebab senang rupa-rupanya. Tapi tengok memang senang. Dapat kat tangan aku ermm tengok takda selera orang nak beli. Sebab tak berupa. Hahaha. Haa lagi satu belajar buat lolichoc. Ni kalau budak-budak tengok sure terpegun habis! Rasa bukan budak-budak je mak budak kakak budak, abang budak pon mesti suka. Sebab apa? sebab die menarik giler! Tapi alaaa tak tangkap gambar pon nak tunjuk.Tapi ni aku search kt google.



lolichoc

Then belajar juga buat coklat cornflakes raya. Ni lagi senang. Bubuh cornflakes bubuh coklat, lepas tuh letak dalam freezer. Then ngapp! Sedapp kot. Nanti raya nak try buat. Takda gambar nak tunjuk sebab taksub nak makan. Hahaha. Okayy tipu. Sebab bateri dah lemah. takda chance nak tunjukkan. Hek3. Imagine sajalahkan. Hehe. Selain boeh dijadikan hobi dan makanan feveret boleh dibuat jual jugak kot. Serius kalau kita kreatif lagi bagus. Boleh masyukkk~~ Hohoho. 


P/S : Lepas ni nak pergi kelas buat kek pulak..hahaha..Memang pulun.. :D
















TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, July 6, 2012

Ting Tong Random

Assalamualaikum ,



Tiap kali kalau nak tulis benda baru :

" ................"

" ishh tak boleh tulis macam nih..(backspace 5x) "

" ( idea hilang secara tiba-tiba ) "

" skemanye ayat "

" (idea keluar meluap-luap macam pop corn tanpa henti ) "

dan

menghasilkan karya yang bukan tulus dari hati.

Tak tahu apa masalahnya. Apa yang ditakot sangat pon tak tau. Dan kemudian yang membacanya tak faham. Dan terus beredar. Mencari perkara yang lebih baik untuk dibaca.




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, July 2, 2012

Much Random

Assalamualaikum ,




Hurmm rasakan macam nak lari jauh-jauh je. Delete akaun fb, blog (mungkin), off hp. Lari jauh-jauh dari semua orang. Cari kehidupan baru. Kadang rasa macam benci , annoying , geram , malas...dengan keadaan sekeliling sekarang. Semua orang ada hal. Busy. So why i should not have buzy life too? Yeahh dengan melarikan diri dari realiti kehidupan sekarang.

Tapi aku je macam tak sanggup. There always have sweet part in a bitter life. So jangan putus asa. Mereka tidak menarik aku akan menarikkan. Styling your life. Huhhhhhh ! : (

Losing my temper. So tak elok. Jalan-jalan cari makan mungkin best. Belajar menghormati.







P/S : Look , think , stay cool then take an action!

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, June 28, 2012

Why So Serious? : Nangis

Assalamualaikum ,


 : )


WHY SO SERIOUS??

Hohohoho.

Memang tetibe je nak tulis entry macam ni haha. Dah lama tak menaip kat blog nih. Selalu main fb dan kadang-kadang main tweet2 jep. Haha. Sebab blog ni kena tulis panjang baru best ye dokk?? Kalau takat tulis pendek tu boleh potong mood nak baca. Yaa beriya-iya bukak blog die tengok2 alahai~~ seciput put put jep. Kecewa. Menangis lari dalam bilik. Krohh3 :D

Menangis. Mesti semua orang pernah nangis. Siapa cakap dia tak pernah menangis tipu jep. Masa baby tu bukan selalu nangis ke? Heee~~ : ) So tu citer masa baby masa besar dewasa ni pernah nangis tak? Ecececehh : ) Aku tengok Portugal kalah dengan Sepanyol pon rasa macam sebak nak keluar air mata je. Walaupon aku sokong Sepanyol. Hahaha. Motip?? Heee ^^v

Aku selalu ja nangis walaupun umur dah taraf boleh jadi mak orang dah haha. ( Tak tanya ponn...) Tetibe teringat betapa sensitifnya aku. Benda kecil pon aku bisa mengeluarkan air mata. So kena la sebijik. WHY YOU SO SERIOUS?? ITS ONLY SMALL MATTER LORRR.. =,=






Aku boleh menagis bila aku jadi blurr.
- Kes ni selalu terjadi bila nak jawab soalan math. Arghh i don't like math. Aku akan mulalah tersebak sedu sedan bila aku masih blurr nak jawab math tapi kawan-kawan aku laju je jawab. Sampai nak selesai dah soalan. Lepastuh keluar la air mata mintak simpati kawan-kawan. Hahaha. Kawan aku pon tanya kenapa? kenapa? laa macam ni jawabnya...haha..dan air mata aku tak berhenti berjurai-jurai sederas air terjun. Mungkin sebab terharu terhadap keprihatinan kawan aku campur gembira. : P dan akan berhenti secara otomotik tanpa aku sedar.


Bila aku marah
- Ini mungkin laa satu kelemahan aku jugak la.. nak marah pon tak reti. Memang la kena pijak kepala sekali. =,= Bila aku rasa nak naik angin ja mulalah keluar air mata tak henti-henti. Puncalah orang ingat aku ni kuat emo. Kan dah salah sangka disitu. Hishh. Marah dan emo. Arghh tak dapat nak bezakan. Ingat masa Wan Yunus conteng pencil box aku. Caitt. Kalau lukis kartun lawa2 takpa jugak ni tulis kak Limah <3 Intan, Whattt?? Geram tau tak. Tulis merapu kat pencil box aku. Tau la pencil box comott. Aduyaii. Aku marah tau sebenarnya tapi sebaliknya aku tiba-tiba menangis. Ya Allah geram masa tuh tak tau nak cakap macam manaa. Sebab tu habis termenangis bagai. Sampai Wan Yunus tu pon hairan dan tanya kenapa tak marah dia. Hehh. Untong aku tak marahlah.

So why so serious. Hoho. Tapi okayy what nangis. boleh cuci mata. Bukan cuci mata makan angin tu tapi cuci mata alaa cuci mata. u knoww ambil air curoqq ( bahasa utara yang bermaksud curah ) sekali kat mata bagi bersih dan segar-bugar. Haaa~~ : )

Nangis jugak boleh luahkan perasaan yang susah nak diceritakan melalui kata-kata. Satu perasan yang lega lepas dapat nangis. Kadang-kadang dah rasa macam terbeban sangat perasaan tuh menangis boleh bagi lega. Beban rasa kurang. :' )






Dan bila nangis tu bukan kita lemah. Tapi melepaskan lelah yang tak tertanggung lagi. dan lepas nangis kita dapat jadi kuat dan takkan biar diri nangis sebab yang sama lagi. ;' )

Biarlah nangis sebab apa pon. Sebab kecik ke sebab besar ke. Yang penting kita bahagia kann. : )



P/S : Entry nangis pulokk..Huhu :'/




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Wednesday, June 13, 2012

Ouch! Terlepas Lagi...

Assalamualaikum ,


: )


Wahhh demam Euro semakin menjadi-jadi nampaknya yeep..Bukak fb mesti ade je yang update. Aku juga salah seorang yang mengikuti Euro nih..hehe..ape?? Perempuan pon minat bola?? Okayy kalau siapa-siapa pon terfikir macam tu tak patut betul..Sukan is universal kan..minat pon beza-bezakan..so suka hati la kann??!! lalala~~

Oleh sebab ketaksuban ( taksub sangat tuhh ishh3 ) Euro nih, aku boleh pulak ter'miss' game Malaysia vs Singapura. Aduyaii~~ tak suka betol. Dah la perlawanan yang kontrovesi sebelum nih aku terlepas dan perlawanan kali kedua nih pulak aku terlepas lagi sekali..cehhh!! Geram2!! Dah la Malaysia menang pulak. Damn! =,="  Terlepas shot2 yang cantik..Tak suka tau nak tengok versi ulangan..tak gempak! :(




Woww!



Harimau mengaumm !!



Letak gambar-gambar harimau malaya ni je la dapat pengubat kedukaan hati ini..isk3 :'(
Walaupun mungkin tiada kena mengena dengan perlawanan tadi..so whatt?? suka hati lah suka hati lah... :P


P/S : Tahniah Malaysia! Malaysia Boleh! Yakin Boleh! : )))






TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, May 25, 2012

Have A Nice Day Peoples : )

Assalamualaikum ,


: )


Hari ni macam hari biasa. Tiada apa pon yang menarik. Tapi mungkin mood baik nak tulis. Hehe.



 


So have a very nice day everyone! : )


P/S : Love ; )

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Mencari Menu Diet Untuk Kurus

Assalamualaikum ,



Beberapa bulan lepas la kan timbang berat badan kat Tesco..Ecececehh 50++ je..BMI masih stabil..So tak kisah sangat. TAPI BARU-BARU ni timbang tengok..OH MY!!!!!!!!! Rasa nak pengsan nak nangis nak jerit kuat!!!!! Dah NAIK la!!! Bukan sikit...tapi BANYAK!! :'(

Ermm aku daripada dulu mulut dok cakap diet! diet! tapi tak pernah pon nak diet. Makan macam tu jugak. Semalam pukol 11 malam makan nasi goreng. Campur dengan garam, sos tiram, telur goreng, minyak sesuku, bawang putih, bawang merah. Hah tengok2 betapa banyak bahan yang boleh punca gemuk + sakit. Adoiii~~ Padahal pagi dah makan nasi lemak dan tengah hari makan nasi dengan ikan keli pedas. Hah!! Mana tak gemuk !! : ( Kalau terus macam ni habis lah...Lagi susah la aku nak cari baju. Adoyyy nak diet jugak tak kira! tak kira!

Tadikan ada tengok cerita Jamie Oliver's Food Revolution (Okayy tukar mood bertenang sikit )




Cerita ni bagus. Cerita nih menceritakan bahawa Jamie ni cuba nak ubah cara pemakanan rakyat Amerika. Dia menjelajah ke negeri-negeri dan bandar-bandar di Amerika sebab nak ubah cara pemakanan mereka kepada cara pemakanan yang lebih sihat tapi sedap. Dia pergi ke sekolah-sekolah dan masak untuk mereka dan ajar tukang masak mereka bahawa pentingnya menyediakan makanan yang sihat kepada pelajar. Mungkin kadar obesiti di Amerika semakin meningkat sebab diorang makan fastfood. Aku pon tak tengok dari awal macam mana dia boleh sampai kat Amerika. Hehe. Okayy nak tau nanti tengok hari rabu, pukul 10 lebih kot tak silap tak ingat sebab bukak2 je dah ada. Hanya di 8tv. : )

Okayy apa kena mengena cerita nih dengan diettttt : P Bila je aku tengok je cerita nih baru aku sedar apa yang makan... okayy tak tak... cara pemakanan aku selama nih tak sihat. Makan ikut lidah dan ikut perut sesuka hati kau je kan. Hurmm. Dan sebab tu aku jadi takot. Nanti dah tua semua kerja aku tak larat nak buat. Ntah-ntah nak makan pon tak larat.Dok terlentang atas katil ja. Sebab apa? Sebab muda-muda makan fastfood banyak, makan makanan bergoreng banyak, makan buah dan sayur kurang dan yang penting kurang senaman. Makan tidoq makan tidoq ja keja. Oh My !! Sangat takottt !! Sekarang ni pon nak lagi sikit je nak masok obesiti! Oh My !!! Aku sudah insaf. ( Harap insaf betoi2 kali ni )

Nak Dietttttttttttttttttttt!!! 


Mood : Cari menu diet sekarangg!!!! Google !!!!!!!!  


P/S : Chaiyok !!






TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Monday, May 21, 2012

Bukit Larut : Pendakian Yang Berjaya !!

Assalamualaikum ,


: )


Lama dah tak tulis menulis kat blog nih...hehe...bukan malas...okayy malas sikit tapi sebenarnya keterujaan menulis hilang cepat sangat...haha..iyelah baru bukak komputer teros on fb lepas tuh baca itu baca ini lepas tuh tetibe tak ada mood...hehh? apo kena mengeno jooo?? : P

Okayy sekarang nih aku giler serabut sangat...lima bulan duduk rumah...perabih duet perabih beras.. suatu tekanan sebenarnya sebab aku tak menjadi apa-apa. Rasa macam i'm miss zero sekarang nih. Nak cari benda nak buat tak ada benda nak buat. Tengok tv tak larat nak tengok. Tengok fb lagi sumpah aku tak larat. Bosan. Makan takot gemuk pulak. So?? apa yang aku dah buat selama lima bulan ni. Arghhhhhh!!! tak ada apa-apa. : (

Okayy lupakanlah sekejap cerita pasal hal serabut. Sekarang nak cerita pulak aktiviti aku. Bila aku dah serabut aku mesti nak keluar. Tapi bukan keluar pergi merapu-merapu. Tapi keluar beriadah dengan kawan-kawan lama. Actually tak ada lah lama. Tiga tahun ja kami terpisah. Haha macam jejak kasih pulak. Memang jejak kasih pon. Hehe.

Cerita ni dah lama tapi sekarang baru nak cerita. Aishh panjang betoi intro. Cecube straight forward. : P Okayy pada hari ahad 13 Mei 2012 hari tu memang bosan tak bosan jugak la bagi aku. Tapi agak seronok jugak sebab kawan aku ajak mendaki bukit larut. Yahoo !! ya bedabedaduuuu!!! Rindu tau nak jupa diorang. Masing-masing sibuk belajar semua so lama sangatttt kami tak jumpa. So kami decide pergi bukit larut sempena reunion semula kami nih : )

Nak cerita habaq mai mendaki bukit larut ni bukan macam mendaki tangga kat sekolah tu. Giler penat. Ambil masa kira-kira berjam-jam jugak sampai. Ikot hati kau aku pilih nak naik jip ja sebab tinggii sangattttt !! Lebih kurang pukul 8 kitorang daki. Aku baru je pijak beberapa step permulaan perdakian kami nih dah terasa lelah. Nama pon daki. Mesti la kan condong. Tenaga yang digunakan banyak daripada kita jalan straight. Dan namanya pulak bukit mesti banyak condong. Hahaha ! Serius tenaga aku habis. =,=" So untuk elak penat sangat berhenti jugak la sambil snap beberapa gambar dengan "kalkulator" (bukan nama sebenar).




aku muka letih.mereka je masih steady =,="




di check point pertama. sebenarnya penat tapi masih bersemangat. Yeah!





kamilah duta kempen menjaga kebersihan jalan raya kita ; )




King and Dayak malu-malu nak tangkap gambar : P





love them <3







macam-macam sudut kami cuba...hehe






rasa ni kat checkpoint 2...budak lelaki jenoh tunggu budak perempuan kesian depa : D


 


budak lelaki malu nak tangkap gambar...hehe




wahhh cantik sangat...rasa tu macam wisma Taiping je? Yeke?




masa ni aku rasa aku kena tinggal jauh dah...=,="




mereka masih bersemangat..arghh mana aku?




sambil tunggu aku..mereka posing dulu...aku mana?




ni haaa...penat tau nak kejar diorang...tak ada tenaga dah...




Mape,Hafiz,Dayak,King heroes of 5Sc2










Sampai puncak jugak akhirnya..Yeayyy!! Pendakian yang berjaya !



Fuhhh!!! serius penat sangat. Aku rasa ni la first time aku rasa dah tak ada tenaga sangat-sangat. Tapi akhirnya syukur berjaya jugak naik bukit larut sehingga ke puncak. Ni semua berkat semangat kawan-kawan aku. Hehe. Diorang suruh jugak aku naik sampai puncak dan aku berjaya !! Totally masa kami naik lebih kurang 5 jam. Dari pukul 8 sampai pukul 1. Penat tau. Kesian jugak kat diorang sebab aku semua lambat. Hehe. Patut 4 jam jadi 5 jam gara-gara berhenti banyak kali sebab tunggu aku. Baikkan diorang..Hehe..


Okayy kalau dah alkisah naik 5 jam macam mana pulak turun?? Jauh kott...Di entri akan datang..Hehe : D



P/S : Jiwa kacau fikir masa depan =,="





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)