Sunday, March 18, 2012

Cubaan Pertama...Alamakk!!

Assalamualaikum ,


: )



Hye!! Ape khabor all the readers sekalian?? Sihat?? Semoga sihat semuanya....: )

Hohohoho...cubaan pertama apa yang alamak sangat nihh...masuk pertandingan mentor musim ke-6 ke?? Ke haaa tak ada apalahh...hehe...suke melalut terlebih-lebih sudah ~~

Ni haa tadaaaa!! First trial ever!! Semenjak 19 tahun yang lalu dan entah berapa bulan =,= ...ohh sikit lagi je nak 20 tahun dah...wuuuu~~













Hahaha! macam tak jadi je kan?? Ntah pape ntahh laa aku buat nihh...hehe~~ Ni pertama kali buat kek...Memang pon dah tua2 macam ni baru nak buat...ok belom masok 20-an belom tua lagi...hehe..Selalu aku hanya jadi assistant yang setia menghulurkan bahan je...tapi sekarang nih aku lahh tukang buatnya pulak...Ni semua gara-gara nak belajar buat benda baru...dan naik jeles kawan-kawan lain boleh buat kek sedap2...so terjadilah eksperimen yang tak berapa nak jadi nih...hihi..first eksperimen kott...takpe cubaan pertama gagal cuba lagi sampaiiiiiiii berjaya jugak..!! : D

Ermmm walaupun rupanya tidak menjadi idaman kalbu...tapi rasanya...macam mana pulak dengan rasanya?? Ermmm bagi aku....ermmmmmm okayy laa...rasa la jugak kek coklat yang tak berapa moist...=,= masih lagi boleh ditelan dan dinikmati pada waktu senggang...hehe...sedappppp tauuu ~~ : )

Kali ni mak pulak setia menjadi assistant dan aku chef..haha! Chef yang tak diiktiraf...bahan sudah dibeli lamaaa dah baru semalam berpeluang nak buat...hehe..aku memang macam tu...mula bukan main semangat nak buat kek coklat moist2..lepas dah beli ada ja alasan malas nak buat pulak..ish3..tapi apa-apa pon tadaaa...kek yang sudah siap yang rupanya sangat 'cantik'...hehe ^^v 

Ehh kalau ada siapa2 nak tempahh kek nih boleh laa inbox yee...sedapp tauuu!! Hahaha!! Okayy mungkin belom masanya lagi....: D



P/S : Menunggu dan teruss menunggu.....




TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, March 15, 2012

Ubat Untuk Hati

Assalamualaikum , 




 



Ubat Hati Ada 5 Perkara : -

1) Baca Quran dan maknanya
2) Solat Malam Dirikanlah
3) Berkumpullah Dengan Orang Soleh
4) Perbanyakkan puasa
5) Zikir Malam Berpanjangan



Mungkin antara kita selalu mengalami masalah hatikan? Mungkin inilah ubat-ubat yang terbaik sebenarnya...Ajarlah diri kita untuk sentiasa dekatkan diri dengan Maha Pencipta...Peringatan untuk diri sendiri dan yang membacanya  :' )) Selamat Beramal....


P/S : Perkara yang baik eloklah dikongsi untuk manfaat bersama... : ) 

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, March 10, 2012

I'm in Random Way

Assalamualaikum ,

: )



“If Allah knows any good in your hearts, He will give you something better than what has been taken from you"


(Surat ul-Anfaal, 8:70)




Ohh hari ni aku update pagi-pagi..haha! Selalu waktu-waktu macam ni aku...ermm...: D

Okeyh motif aku terupdate pagi-pagi ni sebab aku tak boleh tidur lena langsung bila terfikir masa depan aku..bila terfikir apa akan aku rasa bila tengok kawan-kawan aku pergi jauh dari aku..bila tengok mereka berjaya dari aku...bila tengok mereka tak mampu nak gembira untuk aku...bila aku terpaksa berpura-pura bahagia tengok mereka pergi padahal dalam hati penuh kejelesan dan menangis sehabis mungkin...bila saudara-mara bertanya pada mak aku dan mak aku hanya boleh cakap berlapik-lapik sebab taknak aku malu or sebenarnya mak aku mungkin...bila saudara mara fikir dan cakap nada yang simpati...bila saudara mara bagi macam-macam cadangan yang buat aku sendiri pening nak pilih yang mana...bila aku rasa nak mengamuk atau mungkin bebai dalam nak buat pilihan...atau lebih terbaik aku buat solat istikarah...aku tak kuat..nak menangis tapi tak ada air mata nak keluar....aku taknak simpati orang....nak berjaya memang susah bila aku sendiri tak pernah serius dan taknak berusaha...and i get a very well done LESSON! So macam mana nak hadapi dunia...untuk kali keberapa aku kecewa sebab salah aku sendiri??!! Ermm apa-apa pun hidup mesti diteruskan...Aku akan berfikiran positif mulai sekarang....Rezeki ada dimana-mana... : )





P/S : Aku harap aku tak akan putus asa ditengah jalan dengan ambil jalan singkat....kahwin dengan orang kaya...Haha! =,=





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Friday, March 9, 2012

Simple Note

Assalamualaikum ,


: )


Ohh hari ni tak tau nak buat apa..
Nak isi upu ntah tak reti nak isi sorang-soarang
Rasa macam semua u aku nak ambik..haha! Sori aku memang tamak! :P
Sejak-sejak dapt result tengok ramai yang dah tak on9
Ohh yaa mereka berkerjaya..sibuk dengan agenda kerja mereka
Tak macam aku rilek kool2! :D
So aku bosan..apa patut aku buat..ermm
On9 fb sama saja seperti aku tak mengonlinekan diri
Tiada yang menarik untuk aku teruja!Haha!
Hanya menglike-like status dan baca status orang
Ohh best kot!
Yaa tiada sebarang ucapan untuk aku difb selepas ambil result 
Haha! Ohh fahamkan apa aku cuba sampaikan..good2 :D
Dan aku tidak bosan melayan lagu diblog aku berulang kali
Well in love susah dibendung
Ceeewahhh..Haha! lepas off lappy aku akan nyanyi balik lagu ni
"Katakan kenapa kau buat malam ku sukar untuk tidur..."
Lalalalalalala~~ Just have fun with my feeling : )
Will miss youu deep deep deeply!!
:')
Ohh aku dalam mood cinta so kadang-kadang memang macam ni
Haha!
So apa yang aku nak sampaikan disini aku bosan!
Ok itu je : )






P/S : Aku jatuh hati padamu~~lalalala (aku tengah nyanyi)

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Tuesday, March 6, 2012

Aku Si Ahli Koperasi Sekolah

Assalamualikum ,


: )


Tadi tengah dok termenung sana, termenung sini terkenang balik masa zaman aku menjaga koperasi dulu. Tak tau macam mana perkara tersebut boleh menimbulkan diri beliau di dalam fikiran yang sedang asyik penoh angan-angan mat jenin saja..hehehe..

Mula-mula tu macam tak pasti macam mana aku boleh terlibat dalam hal ehwal koperasi nih..Seingat aku laa masa tu cikgu dah lantik pengerusi iaitu incik Fasya..ohh bukan Fasha Sandha tapi Amirul Fasya...die lelaki bukan perempuan ^^ ..Well Fasya ni seorang jejaka yang agak hensem laa jugak..sedap mata memandang..yaa bagi aku laa..dan aku pon tak pasti die nih dah berpunya ke belom..hihi

Then masa tuh aku dengan Syera teringin nak cuba perkara baru..yela form 6 ni lain dari form 5...selain dapat title yang paling senior..form 6 ni dilayan lebih dewasa...dan cara belajar yang lebih santai...( yaa santai sampai aku banyak main..tapi itu semua bukan alasan okeyh ! score tetap kena score ) sebab subjek die ada 4 je..4 pon mencabar keupayaan fikiran..hehe biasalah tu..makin banyak belajar makin banyak perkara baru kita belajar..haaaa dah jauh melalut!!

Okeyh Fasya nih dulu satu sekolah dengan aku dan Syera masa form 5..so kitorang pon beranilah sikit nak offer laa diri nak jadi ahli koperasi wink wink* dan okeyh kami diterima dan kena buat praktikal...okeyh praktikal laa konon-kononnya dekat koperasi..haaa seronok2!! excited2!!! hehe..well dulu sekolah lama tak berpeluang so kali ni rebut laa peluang bila ada peluang ye dokk?? hehe

Okeyh lama-lama kami jadi laa ahli koperasi akhirnya bersama kawan-kawan yang lain...Faizal,Jojo,Ain,Eton,Umi,Adam dan Fasya...Yeyyy!! Kami bersama-sama mengharungi cabaran di koperasi..penat-penat! Rasa macam dah meniaga..keh3

Okeyh pengalaman menjaga koperasi memang macam2 ragam. Yang paling penat tu bila sekali pelajar-pelajar datang serbu..Wahh memang penat nak melayan..ruang nak meniaga nih sempit tak sempit dan luas tak luas..so kalau dah dua tiga orang menjaga koperasi mulalah pelanggaran disana-sini..nak ambil duit laa, nak ambil coklatlaa,biskut laa, air laa..bila masing-masing dah nak terlanggar semua jadi kalut..hahaha...

Lepas tuh ragam lain bila jaga koperasi ialah bila nak kira duit..macam ni laa nak cerita...Satu hari tu ada budak tu datang koperasi dan aku tanya laa nak beli apa...well kena jadi seorang koperasi yang peramah yee ^^ Ya Allah masa tuh kan aku rasa macam menyesal je melayan budak tu..hahaha..memang laa tak baik...diorang pelanggan aku kena laa bersikap peramah sikit...huhu...die mintak macam-macam...mintak coklat ni dua...biskut ni tiga...air botol tu satu...ohh coklat tu juga empat....lebih kurang macam tu lah permintaan die..(.fuyyyooo banyakkan duit budak 2...nak buat stok sebulan ke hape? ish2).. Haa dah la masa tengah layan die, pelajar yang nak beli 'sikit' punya ramai dan biasalah kalau pergi koperasi mestilah orang menjerit " Kak nak coklat satu! " , "Abang nak air oren dua! " Haaa bingung sat kepala..nak kira semua benda yang budak tu beli rasa tak tenteram...aku mengaku la aku kalau bab congak2 ni lambat sikit...okeyh kelemahan aku =,= so terketek-ketek laa aku nak kira...dan dalam masa yang sama aku kena berlagak profesional sebab seniorr laa kan..konon...dan tau tak apa yang terjadi akibat ke'slow'an aku mengira?? hahaha..gelak dulu...last2 sekali budak tu yang tolong kira kat aku...chup chap chup chap..okeyh RM 4.30!
Hahaha dan aku pon tercengang dan mood rase down..oh malunya!! (Tepat kot budak tu kira..aku pon dapat RM 4.30 jugak tapi lambat beberapa saat ja..okeyh saja bagi chan haha!!)




Masa jaga koperasi jugak kitorang kena susun stok makanan dan air..woww!! Mula-mula je kami ni rajin bagai..okeyh aku sebenarnya...Aku rajin nak susun coklat je...huhu..coklat tak berat nak angkat...air past kat budak lelaki..well kerja berat past-past je laa kat budak lelaki..hehe..tapi kadang-kadang diorang angkat kiotrang budak perempuan susun jugak..ohh susun stok pon penat kott..dan yang paling best bile kami susun stok cikgu belanja kami selalunya RM 2..okeyh rasa berbaloi laa jugak..hehe...lepas laa coklat milo 5 , air kotak singgit satu... ; )

Selalu koperasi ada mesyuarat tahunan...dan kami sebagai ahli koperasi jugak dapat manfaat disebalik...hehe..kami dapat makan sedap-sedap kot!! Teringat lagi masa tu lower 6 terkejut tengok jamuan makan makanan barat...lamb chop kot tak silap...ntah tak ingat...lepas tuh ada spaggheti, dessert ais krim kott..haha..syiokk owww!! Tahun lepas makan makan makanan melayu je..tapi sedapp pastuh dapat kebas dua burger lagi...walaupun cikgu tak bagi ambil dua..kami ambil jugak..ambil sorok2 plan baikkk punyaa!! hahaha!! Lepas tuh tahun lepas jugak jamuan akhir tahun kott buat kat kamalodge..makan chicken chop dan siap dapat souviner lagi..hehe!!

Hehe...sebenarnya tak rugi dapat jadi ahli koperasi nih...macam-macam pengalaman ada...dengar cerita nak pergi Sarawak tapi mungkinkhabar angin je la kott yang tuh..hahaha! okeyh takpe pengalamn yang nih pon dah rasa syiokk !! Ermm nak cerita lagi rasa panjang pulak...dan cik Isya sedang menunggu di fb...so tak leh nak fikir lagi..nanti kalau ada lagi cerita menarik.. aku selit2 je la kat mana2 ekk..hehe ^^v



 

Ni masa jamuan dekat kamalodge..
gambar ni credit to cik Jojo ^^v
copy dari fb beliau








Ni masa mesyuarat tahunan koperasi tahun lepas..
Aku ALK 2010/2011..
gambar credit to cik Jojo ^^v
copy dari fb beliau



P/S : In Memory forever : ))

TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Saturday, March 3, 2012

Tujuh Mac

Assalamualaikum ,


: )





Ehem2 dengan ini diumumkan tarikh untuk melihat anak bulan jatuh pada tujuh Mac. Kite akan beraya tak lama lagi yeyyy!!!

Oww yaa itu semua tipu! tipu! tipu! Maaf kerana membuat rasa terbazir masa membacanya..

So apa yang tujuh Mac sebenarnya nih?? Hurmmm ..7 Mac sebenarnya ialah tarikh yang amat penting sekali yang akan menentukan mood aku suram? duka? gembira? ceria? Yaaaa ianya adalah tarikh yang amat penting..Tarikh dimana RESULT STPM 2011 akan dikeluarkan. Result yang akan menentukan kemana hala tuju selepas nih..ke universitikah? ke rumah lagikah?? ohh sangat mengerikan..haaaaa!!!!!!!

Yaa kalau dah berusaha bersungguh-sungguh tak ada apa yang perlu ditakotkan...chill2....tapi bagi aku no chill2!! aku tak tau aku tak tau aku boleh dapat berapa...tak tau!!! tak tau!!! Ni yang mengerikan ni..Lepas tuh ada lah yang tanya eh result ko ape? result ko dapat ape?? Haaaaaa!!!! Tak mau bagi tau! Okeyh dah habaq siap2 nohh!! Hahaha!! ^^v


* Oww 7 Mac jugak merupakan birthdayy Piqahh!! Happy Birthdayy Piqah..aku wish awai..konfim orang first..hehe


P/S : Okeyh ke tak okeyh ke result..its okeyh try again..hahaha!! ^^v
TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

Thursday, March 1, 2012

Apabila Internet Pause

Assalamualaikum ,



Hari ni rasa happy dan happy dan happyyyyyyyy gilerr!! Hahaha !!! Seronok sangat !! Internet dah tak merajuk , dah tak mogok , dah tak lari membawa diri kemerata-rata tempat !!! ( oh hanya metafora semata-mata..kalau betul2 rasa dah tak boleh on internet dah kot sebab bukak 24 jam je keja..ngee )


Bagi pengaggur yang berjaya seperti aku , internet adalah ibarat nyawa aku seharian..walaupun banyak perkara yang berfaedah yang boleh dilakukan...tapi manaa boleyy!! melayari ialah hobi okeyh ! Selalunya internet merajuk sehari je tapi alih-alih 4 hari..walaweyy bingung , buntu sekejap ! : 0

So internet dah mogok dan tidak dapat mengokeykan 'dirinya' aku pon cari laa aktiviti lain untuk mrngisi kebuntuan tahap nak melahap dah..ish3 !!

Antara aktiviti aku :


Membaca novel





Novel ni dah lama aku beli dan aku ambil masa yangg lama nak bukak plastik die dan baca...so alang-alang internet tak boleeh pakai aku pon rajin-rajinkan diri baca novel...
Durasi untuk aku membaca sesebuah novel selalunya mengambil masa dua ke tiga ke minggu kadang-kadang sampai sebulan pon belom tentu habis...tapi bila aku dah buntu aku berjaya habiskan baca novel 'merah cinta epal ' tu dua hari je..haaa?? hebat tak hebat untuk aku yang bukan peminat novel yang tegar...
Tapi novel ' rooftop rant ' tu tinggal suku lagi...dan internet pon dah okeyh tak tau bila aku nak habis baca.. : P



Melukis





Hahaha..okeyh nak cakap buruk cakaplah aku terima...mak,abang,kakak aku semua dah komen...buruk,tak lawa! Memang pon sebab aku bukan dalam mood nak lukis so aku malas nak edit or touchup2...ala kadar sudah...tapi ingat senang ke? lukis ni je pon ambil masa lebih kurang sejam...okeyh aku memang tak kreatif sangat..=,= Tak secantik cik Isya lukis...okeyh... : )


Masuk peraduan teka silang kata





Masuk peraduan nih dapat duit kott..aku saja nak try kot2 ada tuah..untuk penganggur macam aku ni duit nak mengalir ke arah mana pon taktau..so aku kena la cari lubang supaya duit boleh mengalir...agagaga...Iya konsepnya 2 dalam satu...first aku dapat pengetahuan baru dari sebalik perkataan die yang memang susah nak tercapai dek akal...second aku boleh menang duit...duit...duit...duit~~~ oh boleh ke? insyaAllah aku akan berusaha..chaiyok !! :D


Membeli dan membaca majalah




Ohh antara faktor yang berjaya buat aku beli majalah remaja nih sebab ada muka Lisa Surihani selain internet yang tak boleh pakai...huhu...yaa haha...selalu aku jarang dan malas nak beli sebab nak jimat duit satu...dan kebanyakan isi die macam tak ada kena mengena dengan aku seratus peratus...hehe


Tidur






Yaa tidur adalah satu kenikmatan yang bestt sangat...tapi kalau melebih-lebih boleh kena penyakit pulak...so sila jangan over...hehe..tambah-tambah pulak asyik hujan je..fuhh..memang lena..hehe...
Oleh sebab tak ada kerja lain dan hari-hari sepatutnya aku on9 aku tak dapat on9 tidur la antara salah satu aktiviti yang menarik...hehehe ^^v



....................


P/S : Masa untuk on9 24 jam..hehe : )





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)