Thursday, March 1, 2012

Apabila Internet Pause

Assalamualaikum ,



Hari ni rasa happy dan happy dan happyyyyyyyy gilerr!! Hahaha !!! Seronok sangat !! Internet dah tak merajuk , dah tak mogok , dah tak lari membawa diri kemerata-rata tempat !!! ( oh hanya metafora semata-mata..kalau betul2 rasa dah tak boleh on internet dah kot sebab bukak 24 jam je keja..ngee )


Bagi pengaggur yang berjaya seperti aku , internet adalah ibarat nyawa aku seharian..walaupun banyak perkara yang berfaedah yang boleh dilakukan...tapi manaa boleyy!! melayari ialah hobi okeyh ! Selalunya internet merajuk sehari je tapi alih-alih 4 hari..walaweyy bingung , buntu sekejap ! : 0

So internet dah mogok dan tidak dapat mengokeykan 'dirinya' aku pon cari laa aktiviti lain untuk mrngisi kebuntuan tahap nak melahap dah..ish3 !!

Antara aktiviti aku :


Membaca novel





Novel ni dah lama aku beli dan aku ambil masa yangg lama nak bukak plastik die dan baca...so alang-alang internet tak boleeh pakai aku pon rajin-rajinkan diri baca novel...
Durasi untuk aku membaca sesebuah novel selalunya mengambil masa dua ke tiga ke minggu kadang-kadang sampai sebulan pon belom tentu habis...tapi bila aku dah buntu aku berjaya habiskan baca novel 'merah cinta epal ' tu dua hari je..haaa?? hebat tak hebat untuk aku yang bukan peminat novel yang tegar...
Tapi novel ' rooftop rant ' tu tinggal suku lagi...dan internet pon dah okeyh tak tau bila aku nak habis baca.. : P



Melukis





Hahaha..okeyh nak cakap buruk cakaplah aku terima...mak,abang,kakak aku semua dah komen...buruk,tak lawa! Memang pon sebab aku bukan dalam mood nak lukis so aku malas nak edit or touchup2...ala kadar sudah...tapi ingat senang ke? lukis ni je pon ambil masa lebih kurang sejam...okeyh aku memang tak kreatif sangat..=,= Tak secantik cik Isya lukis...okeyh... : )


Masuk peraduan teka silang kata





Masuk peraduan nih dapat duit kott..aku saja nak try kot2 ada tuah..untuk penganggur macam aku ni duit nak mengalir ke arah mana pon taktau..so aku kena la cari lubang supaya duit boleh mengalir...agagaga...Iya konsepnya 2 dalam satu...first aku dapat pengetahuan baru dari sebalik perkataan die yang memang susah nak tercapai dek akal...second aku boleh menang duit...duit...duit...duit~~~ oh boleh ke? insyaAllah aku akan berusaha..chaiyok !! :D


Membeli dan membaca majalah




Ohh antara faktor yang berjaya buat aku beli majalah remaja nih sebab ada muka Lisa Surihani selain internet yang tak boleh pakai...huhu...yaa haha...selalu aku jarang dan malas nak beli sebab nak jimat duit satu...dan kebanyakan isi die macam tak ada kena mengena dengan aku seratus peratus...hehe


Tidur






Yaa tidur adalah satu kenikmatan yang bestt sangat...tapi kalau melebih-lebih boleh kena penyakit pulak...so sila jangan over...hehe..tambah-tambah pulak asyik hujan je..fuhh..memang lena..hehe...
Oleh sebab tak ada kerja lain dan hari-hari sepatutnya aku on9 aku tak dapat on9 tidur la antara salah satu aktiviti yang menarik...hehehe ^^v



....................


P/S : Masa untuk on9 24 jam..hehe : )





TERIMA KASIH SUDI BACE :) SUKE? KLIK LIKE ;)

0 Pendapat: